Saham: masa untuk berdagang sempena laporan perolehan

Baca artikel ini di laman web FBS

Laporan perolehan akan menunjukkan prestasi syarikat pada suku tahun ketiga. Ikuti pengumuman ini dan ingat: jika angka lebih baik dari unjuran, harga saham akan naik. Sebaliknya, perolehan yang lebih rendah dari jangkaan akan menekan harga saham lebih rendah.

19 Oktober, Isnin:

IBM telah melonjak baru-baru ini selepas syarikat ini mengumumkan ia akan memecahkan bisnesnya kepada dua saham teknologi yang berasingan: IBM dan NewCo. Para pemegang saham akan mendapat manfaat kerana jumlah dua saham tersebut berkemungkinan tinggi akan bernilai lebih dari satu saham tunggal. Di samping itu, IBM telah menerima gelaran Bangsawan Dividen (Dividend Aristocrat) pada tahun ini di atas peningkatan bayaran untuk 25 tahun berturut. Ikuti laporan perolehan Q3 pada tengah malam dari Isnin ke Selasa (masa MT)!

21 Oktober, Rabu:

Netflix akan menerbitkan laporannya pada jam 1:00 MT. Raksasa penstriman ini sedang didagangkan mendatar di sekitar harga tertinggi sepanjang masanya. Baru-baru ini ia harga sahamnya telah meroket bila Goldman Sachs menaikkan sasaran harganya menjadi $670. Bank tersebut yakin Netflix akan mengumumkan pendapatan Q3 yang lebih baik daripada yang dijangkakan. Sememangnya, orang ramai telah mula menghabiskan lebih banyak masa untuk menonton rancangan TV apabila mereka terpaksa terperuk di rumah lantaran dari perintah kawalan pergerakan.  

22 Oktober, Khamis:

Intel pada masa ini berstatus 'tunggu dahulu', menurut Zacks. Pada masa ini, syarikat itu adalah pembuat chip terbesar di dunia, namun saingan utamanya, AMD, telah memijak kaki Intel. Gergasi teknologi ini telah mengatasi unjuran selama 5 suku berturut-turut. Menurut Wall Street, kita mungkin akan melihat Intel mengatasi ramalan sekali lagi. Ikuti laporan pada tengah malam dari Khamis hingga Jumaat (waktu MT)!

Amazon baru-baru ini telah mengadakan Prime Day dan mencatat jualan 40% lebih tinggi daripada acara tahun lalu. Disebabkan oleh “platform effect”, pelanggan yang pernah menggunakannya sekali akan kekal setia menggunakannya selamanya. Sebilangan besar penganalisis memberikan unjuran yang bullish untuk saham ini kerana ia terus mengejutkan pelabur dengan pertumbuhannya yang mantap.

Coca-Cola akan mengumumkan pendapatannya pada jam 15:30 MT. Sebenarnya, ia salah satu saham yang paling meluas dikenali dengan kehadiran pasaran di lebih 200 negara. Gergasi minuman telah membuktikan kredibilitinya dengan peningkatan dividen yang berterusan sepanjang sejarahnya yang panjang.

AT&T akan menerbitkan pendapatan Q3 pada waktu yang sama dengan Coca-Cola. Saham syarikat ini didagangkan pada harga yang sangat rendah, tetapi sebilangan penganalisis percaya bahawa masih ada sinar buat AT&T. Mungkin, teknologi 5G yang canggih itu akan membantu stok ini pulih semula.

BERDAGANG SEKARANG

FBS Analyst Team

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Berita terkini

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.