USDJPY mendekati rintangan sementara - analisis - 27-05-2019
Pasangan USDJPY hari ini dilihat membuka candle hariannya dalam keadaan bullish walaupun trend semasa masih boleh dikatakan dalam keadaan bearish yang jelas.Saya melihat bahawa pergerakan hari ini adalah mungkin dikategorikan sebagai kenaikan sementara sahaja sebelum berlakukan gelombang penurunan seterusnya.Saya menjangkakan bahawa harga akan cuba membuat kenaikan dan mendekati rintangan kukuh yang terdekat yang buat masa sekarang berada pada paras 109.887-110.031 yang mana paras ini masing-masing diwakili oleh MA100 dan MA50.Melanggar dua paras ini akan membatalkan jangkaan menurun kita dan kita akan menyaksikan kenaikan harga akan terus bergerak ke arah paras MA200 diparas 110.891.Sebaliknya jika harga gagal melanggar dua MA yang disebutkan tadi,maka harga akan kembali membuat penurunan dan menguji tahap 109.278 iaitu tahap sokongan kukuh buat masa sekarang.Melanggar tahap sokongan kukuh ini akan membawa harga terus mencari sokongan utama pada minggu ini iaitu pada paras 108.846
julat dagangan pada minggu ini adalah sokongan 108.846 dan rintangan 110.891
trend : bearish