Apakah Itu Indikator Envelopes?

Baca artikel ini di laman web FBS

Dalam pasaran kewangan dan perdagangan, pedagang menggunakan pelbagai indikator teknikal untuk menganalisa pergerakan harga dan membuat keputusan termaklum. Salah satu indikator ini ialah indikator Envelopes. Artikel ini bertujuan untuk menyediakan pemahaman yang komprehensif tentang indikator Envelopes, cara ia berfungsi, cara penggunaan yang berkesan, cara untuk mengira dan mentafsirkannya, serta batasan indikator ini.

Apakah itu indikator Envelopes?

Indikator Envelopes ialah alat yang popular di kalangan pedagang. Ia adalah indikator tindihan yang diplot pada carta harga dan terdiri daripada dua purata bergerak, satu terletak di atas dan satu lagi di bawah aras harga. Indikator Envelope diwujudkan dengan tujuan untuk membantu mengenal pasti tahap terlebih beli (overbought) dan terlebih jual (oversold) dan menyediakan signal untuk kemungkinan berlakunya penyongsangan trend.

Cara Envelopes Berfungsi

Indikator Envelopes adalah berdasarkan konsep bahawa harga naik dan turun dalam julat tertentu di sekeliling purata bergerak. Ia memberikan gambaran visual tentang julat ini dengan memplotkan dua garisan atau jalur sekeliling purata bergerak. Kelebaran selubung (envelopes) boleh dilaraskan dan disesuaikan mengikut keutamaan pedagang dan keadaan pasaran.

Pasaran dianggap terlebih beli apabila harga bergerak ke arah jalur atas, menandakan kemungkinan penyongsangan atau pembetulan ke arah bawah. Sebaliknya, apabila harga menghampiri jalur bawah, ia mencadangkan keadaan pasaran terlebih beli yang menandakan potensi penyongsangan atau pembetulan ke arah atas. Pedagang sering kali mencari interaksi harga dengan jalur-jalur yang disediakan sebagai titik masuk atau keluar yang berpotensi untuk dagangan mereka.

Cara Menggunakan Indikator Envelopes

Apabila anda memuat turun MetaTrader 4 (MT4) atau MetaTrader 5 (MT5), anda akan menemui indikator Envelopes disertakan sebagai alat standard yang disepadukan dalam set instrumen teras platform itu.

Untuk menambahkan indikator Envelopes pada carta, klik butang “Insert” di atas sudut kiri tetingkap MetaTrader, kemudian klik “Indicators” dan pilih “Trend,” seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah.

Cara melaras tetapan indikator Envelopes | FBS

Tetapan lalai untuk indikator Envelopes ialah:

"Period" (Tempoh) - 14

"Shift" (Anjakan) - 0

"Deviation" (Sisihan) - 0

"Method" (Kaedah) - simple (mudah)

"Apply to" (Gunakan pada) - close (harga penutupan)

Pedagang disyorkan untuk bermula dengan nilai-nilai lalai semasa menggunakan indikator ini buat kali pertama. Mari kita lihat parameter-parameter ini dan bagaimana ia mempengaruhi indikator Envelopes.

Period

"Period" (tempoh) merujuk pada bilangan lilin dengan rangka masa khusus yang digunakan oleh indikator untuk mengira nilai harga purata dan menjana garisan purata bergerak. Tempoh yang lebih tinggi menyebabkan indikator Envelopes menggabungkan lebih banyak data harga dan menghasilkan lengkung yang lebih licin. Pedagang yang berdagang dengan kekerapan yang rendah mungkin mendapati nilai tempoh yang tinggi lebih sesuai kerana ia menghasilkan selubung yang lebih jauh daripada harga.

Shift

Parameter Shift (Anjakan) mendayakan pelarasan Purata Bergerak / Moving Averages (MA) sepanjang paksi masa. Garisan MA boleh beralih ke hadapan atau belakang dengan menentukan nilai dalam medan "Peralihan". Misalnya, satu angka yang positif seperti 10 menyebabkan garisan MA bergerak ke hadapan sebanyak 10 bar, manakala nilai negatif seperti -10 menganjaknya ke belakang sebanyak 10 bar dan sebagainya.

Method

Method (Kaedah) MA menentukan bagaimana nilai-nilai dipuratakan dalam rangka masa yang ditetntukan oleh parameter Period. Kaedah lalai ialah "Simple" (Mudah), yang mana setiap nilai harga diberikan wajaran yang setara. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa pilihan alternatif untuk kaedah pengiraan purata. Antaranya termasuklah "Exponential" (Eksponen). "Smoothed" (Terlicin) dan "Linear Weighted" (Berwajaran Linear), setiap satunya menawarkan pendekatan yang berbeza untuk mengira purata bergerak.

Apply To

"Appl to" (Gunakan pada) mentakrifkan jenis nilai harga yang digunakan untuk setiap bar. Nilai lalai ialah "Close" (Tutup), tetapi banyak pilihan lain yang wujud, termasuk tinggi, rendah, buka atau median.

Deviation

Parameter "Deviation" (Sisihan) menentukan anjakan vertikal untuk garisan purata bergerak sepanjang paksi masa. Pada asasnya, ia mengawal kelebaran "envelope" (selubung). Nilai 0.1 menandakan garisan purata bergerak akan menganjak ke atas dan bawah sebanyak 0.1% daripada harga.

Dalam imej di bawah, kami telah menambahkan indikator Envelopes dengan tetapan lalai pada carta satu jam EURUSD.

Indikator Envelopes | FBS

Cara Mengira Indikator Envelopes

Indikator Envelopes biasanya dikira dengan menambah satu peratusan atau nilai pada purata bergerak untuk menghasilkan jalur atas dan menolak peratusan atau nilai yang sama itu untuk memperoleh jalur bawah. Peratusan atau nilai yang digunakan untuk mengira selubung boleh dilaraskan berdasarkan keutamaan pedagang dan keadaan pasaran.

Contohnya, jika pedagang ingin menetapkan lebar selubung pada 2%, jalur atas akan dikira dengan menambahkan 2% pada purata bergerak. Sebagai perbandingan, jalur bawah akan dihasilkan dengan menolak 2% daripada purata bergerak.

Formula yang digunakan ialah:

  • Envelope atas = SMANx X [1 + D%]
  • Envelope bawah = SMANx X [1 - D%]

N ialah bilangan tempoh yang digunakan untuk mengira purata, dan D ialah nilai sisihan. Misalnya jika kami memilih 0.2 sebagai nilai sisihan, envelope atas ialah 1.002 kali SMA, dan envelope bawah ialah 0.998 kali SMA.

Cara Mentafsir Indikator Envelopes

Indikator Envelopes dibina berdasarkan Purata Bergerak dan oleh itu mempunyai ciri-ciri dan kegunaan khusus seperti Purata Bergerak yang lain. Pertama, garis condong indikator menunjukkan arah trend: jika jalur Envelopes condong ke atas, ia menunjukkan uptrend, manakala jika ia condong ke bawah, ia adalah downtrend. Selain itu, indikator menunjukkan dengan jelas permulaan pasaran rata apabila garisannya mula mendatar.

Terdapat beberapa cara untuk mentafsirkan indikator Envelopes:

  • Dagangan boleh dibuat dari dalam saluran yang terhasil oleh jalur Envelopes: beli apabila harga mencapai jalur bawah dalam uptrend dan jual apabila harga mencapai jalur atas dalam downtrend.

Signal jual oleh indikator Envelopes | FBS

  • Untuk pasaran yang terkepung dalam julat, harga yang meningkat melebihi jalur Envelopes atas menandakan aset adalah "overbought" (terlebih beli) dan berkemungkinan mengalami pembalikan ke bawah. Pergerakan di bawah jalur bawah menandakan pasaran adalah "oversold" (terlebih jual) dan mungkin mengalami pembalikan ke atas.

Cara menggunakan indikator Envelopes untuk perdagangan dalam julat | FBS

Keterbatasan Formula Indikator Envelopes

Walaupun indikator Envelopes merupakan alat yang sangat berguna, ia juga mempunyai keterbatasannya sendiri. Salah satu daripada batasan ini ialah ia merupakan indikator lamban (lagging) yang bergantung pada purata bergerak. Akibatnya, ia mungkin tidak cukup pantas menghasilkan signal semasa keadaan pasaran berubah pesat atau semasa tempoh kemeruapan tinggi.

Indikator Envelopes juga boleh menjana signal palsu, terutamanya semasa pasaran mengalami trend yang kuat. Dalam pasaran trend, harga boleh kekal berhampiran jalur atas atau bawah untuk tempoh yang panjang, ini membawa kepada dagangan "whipsaw" jika pedagang bergantung hanya pada penyilangan envelope.

Kesimpulan

Indikator Envelopes adalah alat analisis teknikal yang digunakan secara meluas, ia membantu pedagang mengenal pasti tahap terlebih beli dan terlebih jual, menawarkan signal untuk kemungkinan terjadinya penyongsangan trend. Walau apa pun, adalah penting untuk mempertimbangkan keterbatasan indikator ini dan menggunakannya bersama dengan alat analisis teknikal yang lain agar ia lebih berkesan. Dengan pemahaman yang jelas dan penggunaan yang betul, penunjuk Envelopes pasti tambahan yang berharga pada set perkakasan analisis teknikal seorang pedagang.

Mula berdagang

2023-06-28 • Dikemaskini

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.