Apakah itu perkakas Fibonacci?

Baca artikel ini di laman web FBS

Perkakas Fibonacci digunakan dengan kerap oleh para pedagang Forex. Untuk menggunakannya di carta anda di MetaTrader, anda perlu mengklik butang “Insert” di menu dan seterusnya pilih “Fibonacci”. Anda boleh temui beberapa perkakas Fibonacci di terminal perdagangan anda: retracement (pengunduran), expansion (perluasan), fan (kipas), arcs (lengkungan) and time zones (zon masa). Semua perkakas-perkakas ini berasaskan nisbah Fibo.

Mari kita kaji logik di sebalik perkakas Fibonacci.

Pada kurun ke-13, ahli matematik Leonardo Fibonacci telah mengkaji satu jujukan angka (0, 1, 1, 2, 3, 5, 8, 13, 21, 34, 55, 89, 144, dsb.). Setiap angka di dalam jujukan ini adalah jumlah bagi dua angka sebelumnya. Ternyata nisbah antara angka-angka ini secocok dengan nisbah antara objek-objek di alam semulajadi. Sebagai contoh, dahan-dahan pokok terbentuk atau terpecah kepada ranting sejajar dengan angka-angka Fibo, tampuk benih di buah pain tersusun di dalam pola berpilin Fibo, dsb.

Pasaran kewangan juga tidak terkecuali: pelbagai pergerakan di dalam pasaran juga kerap konsisten dengan nisbah Fibonacci.

Jujukan Fibonacci mempunyai beberapa nisbah yang malar. Nisbah-nisbah Fibo yang terpenting adalah:

- 161.8%, “nisbah emas” (nisbah antara mana-mana angka di dalam jujukan dengan angka yang mendahuluinya, cth.: 89/55 = 1.618). 

- 61.8% (nisbah antara mana-mana angka di dalam jujukan dengan angka yang berikutnya, cth.: 55/89 = 0.618).

- 38.2% (nisbah yang diperolehi dengan melangkau 1 angka dalam jujukan bagi angka pembahagi, cth. 55/144 = 0.382). 

Antara perkakas Fibonacci yang sudah kami sebutkan, yang paling berguna untuk para pedagang adalah aras pengunduran Fibo dan perluasan Fibo (juga disebut sebagai sambungan Fibo), namun kipas, lengkungan dan zon masa juga agak berguna.

Nisbah-nisbah Fibonacci juga memainkan peranan penting di dalam Elliott Wave Theory dan PolaHarmonik.

Mula berdagang

2023-05-09 • Dikemaskini

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.