Fraktal

Baca artikel ini di laman web FBS

Fraktal adalah pola di mana konfigurasi yang sama ditemui pada seluruh struktur, dengan skala yang pelbagai. Ia pola yang boleh dicerakinkan kepada pola-pola yang serupa dengan pola induk dan pola-pola yang seangkatan dengannya.

Seperti mana nisbah Fibonacci boleh ditemui dengan mudah di alam semulajadi, begitu juga halnya dengan Fraktal – pada tumbuh-tumbuhan, kristal, emping salji, dsb.

Idea berkenaan fraktal diaplikasikan pada pasaran kewangan oleh Bill Williams. Menurut beliau, pergerakan pasaran yang kompleks dibentuk oleh pola-pola yang identikal dan berulang-ulang. Kesannya, walaupun dinamik harga tampak rawak, ia sebenarnya tidak begitu dan ia mempunyai struktur yang spesifik.

Berdagang dengan fraktal

Jadi jika kita lihat pada carta, fraktal dianggan sebagai pola yang dibentuk oleh sekurang-kurangnya 5 candlestick di mana harga tinggi/rendah (high/low) candlestick tengah melampaui ekstrem kandil sebelahnya.

Fraktal ke atas adalah satu siri 5 candlestick yang berturutan di mana harga tinggi tertinggi (highest high) didahului oleh dua harga tinggi yang lebih rendah (lower lows) dan diikuti oleh dua harga tinggi yang lebih rendah. Fraktal ke bawah pula adalah songsangan konfigurasi ini. Kedua-dua struktur tampak seperti penyongsangan harga yang kecil. Kedua-dua fraktal (beli dan jual) boleh berkongsi candlestick.

Bukan satu tugas mudah untuk menjejak fraktal secara visual dengan berterusan. Anda boleh tandakan fraktal di carta MetaTrader dengan mengklik "Insert", memilih "Indicators", "Bill Williams" dan kemudian "Fractals". Indikator ini akan meletakkan satu simbol pada candlestick pertengahan bagi setiap fraktal yang ia dapat kenal pasti.

Bagaimana cara berdagang menggunakan fraktal?

Cara-cara menggunakan fraktal di dalam perdagangan

Selepas anda tambahkan indikator Fraktal ke carta, anda boleh cari signal untuk berdagang. Berikut adalah kaedah yang disarankan oleh Bill Williams:

1. Tunggu untuk situasi di mana fraktal terakhir menuding ke arah yang berlawanan dari signal sebelumnya. Ini dipanggil sebagai 'fractal start'. Dagangan haruslah dibuat dalam arah fraktal yang kedua.

2. Signal perdagangan akan muncul jika harga bergerak melewati fraktal ini (ie. candlestick tengah).

3. Letakkan Renti Rugi (Stop Loss) melepasi 'fractal stop', iaitu titik terjauh dari salah satu antara dua fraktal sebelum ini di arah yang bertentangan dengan signal.

Indikator Fraktal boleh menghasilkan banyak signal. Adalah lebih bijak untuk menggunakannya dengan indikator-indikator lain yang dibangunkan oleh Williams untuk menyaring signal yang baik dari signal yang buruk.

Mula berdagang

2023-05-15 • Dikemaskini

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.