Osilator Gator

Baca artikel ini di laman web FBS

Koleksi indikator yang dibangunkan oleh Bill Williams termasuklah dengan Osilator Gator. Indikator ini dicipta untuk menunjukkan jika pasaran sedang dalam trend serta julatnya. Gator adalah kesinambungan dari Indikator Alligator. Ia dipaparkan di tetingkap berasingan di bawah carta harga.

Alligator dan Gator serasi digunakan bersama. Osilator Gator membantu mengenal pasti dan mengesahkan maklumat dari Indikator Alligator. Untuk memanfaatkan keupayaan Indikator Gator dengan sepenuh-penuhnya, kami mencadangkan anda untuk membaca maklumat tentang Indikator Alligator terlebih dahulu.

Williams merancang untuk meringkaskan proses analisis. Dengan Gator, tidak wujud lagi keperluan untuk menganalisa jarak dan capahan (divergence) antara garisan-garisan indikator: Ia dilakukan secara automatik. Osilator Gator hadir dalam bentuk dual-histogram dengan bar di atas dan di bawah garisan sifar pada masa yang sama. Nilai positif datang dari perbezaan absolut antara rahang dan gigi Alligator (Alligator's Jaw and Teeth), manakala angka negatif mewakili perbezaan absolut antara gigi dan bibir (SMA 5 dan 8 tempoh) yang kemudian dijadikan negatif. Bar di histogram diwarnakan hijau jika ia lebih besar dari yang sebelumnya dan merah jika ia lebih kecil. 

Cara-cara untuk berdagang menggunakan Osilator Gator

Untuk menambahkan Osilator Gator ke carta anda di MetaTrader, klik "Insert", pilih "Indikator", "Bill Williams" dan seterusnya “Gator Oscillator”. Anda boleh mengubah parameter untuk rahang (jaws), teeth (gigi), dan bibir (lips). Tetapan default untuk parameter tersebut adalah apa yang disyorkan oleh Bill Williams dan ia sudah cukup baik buat peringkat permulaan. Jika anda mahu mencuba tetapan lain, anda boleh mencubanya.

Seperti Alligator yang membuka mulutnya dan cuba untuk memakan harga, Gator bersifat seperti makhluk hidup. Ia mempunyai 4 keadaan (states):

1. Ia tidur – kedua-dua bar berwarna merah. Ini bererti tidak ada trend di pasaran. Ini berkaitan dengan masa di mana garisan Indikator Alligator berpilin. Bill Williams mengesyirkan agar kita menjauhi pasaran di waktu-waktu begini.

2. Ia terjaga – Selepas tidur, satu bar berwarna hijau dan satu lagi merah. Ada trend yang sedang terbentuk. Ini masanya untuk mencari peluang memasuki pasaran.

3. Ia makan – Kedua-dua bar berwarna hijau. Trend berterusan. Pastikan dagangan anda terus aktif terbuka dan biarkan keuntungan anda bertambah.

4. Ia kekenyangan – Selepas makan, salah satu bar berwarna merah. Ia petanda bahawa trend menghampiri penghujungnya, jadi pertimbangkan untuk kaut keuntungan anda yang ada.

Perhatikan bagaimana Osilator Gator menunjukkan hanya kehadiran trend, bukan arahnya. Justeru itu, adalah lebih baik untuk menggunakannya bersama dengan Indikator Alligator atau perkakas-perkakas analisis teknikal yang lain.   

Mula berdagang

2022-03-08 • Dikemaskini

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.