Pola Harmonik

Baca artikel ini di laman web FBS

Ini salah satu dari topik yang sukar, tetapi jika anda cukup gigih untuk mempelajari analisis jenis yang begini, hasilnya pasti sangat berbaloi. Matlamat kaedah ini adalah untuk mengenal pasti sktruktur pasaran yang spesifik bernama "pola harmonik" (harmonic patterns) dan menjana idea berdagang dengan bantuannya.

Pola Harmonik ditemui oleh H.M. Gartley pada tahun 1932. Kemudian teori ini dibangunkan oleh Larry Pesavento, yang menulis buku "Fibonacci Ratios with Pattern Recognition" (Melayu: Nisbah Fibonacci dan Pengecaman Pola).

Pola Harmonik adalah serupa dengan pola-pola carta seperti "Head and Shoulders" di mana ia berdasarkan kepada corak geometrik tertentu aksi harga. Namun, pola harmonik ada sesuatu yang istimewa mengenainya: ia berasaskan kepada penggunaan perkakas Fibonacci (pengunduran dan pengembangan). Kombinasi sebegini membolehkan pola-pola ini menghasilkan signal perdagangan yang tepat dan andal. Idea utama di sini adalah untuk mengecam aras-aras di mana trend umum akan bersambung selepas pembetulan (correction) serta sasaran-sasaran trend tersebut juga.

Ada banyak pola harmonik yang berbeza: ABCD, Butterfly, Gartley, Shark, Crab, Bat, dsb. Pola-pola ini boleh jadi bullish atau bearish. Ada banyak pola yang mungkin kelihatan seakan-akan serupa dengan yang lain melainkan untuk beberapa ciri yang berbeza. Perdagangan harmonik adalah seni membezakan antara pola-pola ini. Analisis teknikal menganggap betapa sejarah itu berulang kembali. Justeru, ideanya di sini adalah pola-pola ini akan terbentuk lagi di masa hadapan dan akan mempunyai kesan yang sama seperti di masa lalu.

Di bawah, anda akan menemui skema-skema pelbagai pola harmonik. Kami akan menjelaskan bagaimana cara mendagangkan setiap pola di dalam artikel-artikel selanjutnya.

Kelebihan utama pola-pola harmonik adalah ia membebaskan anda dari keperluan untuk meneka kerana anda boleh bergantung kepada angka-angka Fibonacci tertentu.

Angka-angka yang digunakan pada pola-pola harmonik sama ada terbitan langsung atau tidak langsung dari nisbah 0.618 dan 1.618 jujukan Fibonacci. Angka-angka terbitan ini termasuklah 0.786, 0.886, 1.13, dan 1.27. Terdapat juga banyak angka-angka pelengkap seperti 0.382, 0.50, 0.707, 1.41, 2.0, 2.24, 2.618, 3.14, dan 3.618. Angka-angka ini mengesahkan pola-pola harmonik dan menentukan kawasan yang berpotensi berlaku perubahan harga.

Untuk mencapai hasil yang positif menggunakan pola harmonik, anda perlu:

- Mengingati rupa pelbagai pola harmonik yang ada.

- Mengenal pasti pola ini di carta harga.

- Menggunakan perkakas-perkakas Fibonacci dengan betul.

- Tahu cara mencari sasaran pola harmonik.

Lebih mirip bentuk pola harmonik yang dilihat pada carta dengan pola yang ada di buku-buku teks, lebih tinggi kecenderungan ia akan menghasilkan signal yang berkualiti. Maklum bahawa anda perlu menunggu sehingga pola ini lengkap terbentuk sebelum berdagang dengan signalnya.

Mula berdagang

2023-11-21 • Dikemaskini

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.