Bagaimana Cara Menggunakan Robot Perdagangan di MetaTrader 5?

Baca artikel ini di laman web FBS

Dalam artikel sebelum ini yang membincangkan tentang asas-asas perdagangan algoritma, kita telah melihat asal-usul kemunculannya dan bahasa pengaturcaraan yang paling popular untuk membina robot perdagangan. Oleh kerana kita telah memilih MQL5, bahasa MetaTrader 5, untuk belajar perdagangan algo, mari kita lihat jenis-jenis robot perdagangan yang utama dan di mana kita boleh menemuinya di MT5.

Dokumentasi MQL5 menerangkan tentang empat jenis aplikasi automasi perdagangan: skrip, servis, indikator custom, dan expert advisor. Setiap satunya melakukan tugas yang berbeza.

Skrip adalah program yang hanya melaksanakan satu tindakan. Ini adalah bentuk robot perdagangan yang paling ringkas dalam MQL5. Skrip boleh menjana amaran ketika tahap tertentu dicapai, mengubah renti rugi (SL) dan ambilan untung (TP), dan bahkan mengumpulkan data sejarah perdagangan anda.

Servis adalah aplikasi yang berfungsi tanpa perlu dilampirkan pada carta. Seperti skrip, servis hanya melaksanakan satu fungsi.

Indikator custom adalah indikator teknikal yang dibina oleh pengguna. Ia boleh berupa indikator standard yang telah diubahsuai atau boleh juga indikator yang sama sekali baru. Sama seperti indikator standard di dalam MetaTrader 5 (MACD, RSI, purata bergerak, dll.), indikator custom tidak melaksanakan urusniaga perdagangan secara automatik. Mereka digunakan sebagai instrumen tambahan untuk analisis teknikal.

Expert Advisor (EA) adalah jenis robot perdagangan yang paling kompleks yang boleh diprogramkan dalam MQL5. Ia mampu melakukan operasi perdagangan berdasarkan strategi perdagangan yang telah dikenal pasti. EA beroperasi mengikuti algoritma khas yang diprogramkan dan membuat pesanan mengikut peraturan yang ditetapkan penciptanya. 

Sekarang, kerana kita sudah mengetahui jenis-jenis program automasi perdagangan yang utama, mari kita pelajari di mana hendak mencarinya di MetaTrader 5.

Di mana kita boleh temui robot perdagangan di MT5?

Semua expert advisor, skrip, dan indikator disimpan dalam folder data MT5. Untuk membuka folder data ini, anda perlu mengklik Fail – Open Data Folder. Klik folder MQL5 di situ untuk mencari indikator, expert advisors, skrip, dan servis. Sekiranya anda ada memuat turun indikator custom atau expert advisor dari internet, anda perlu memasukkannya ke dalam folder ini. Dengan cara ini, MetaTrader akan dapat melihatnya.

Sekiranya anda cari dalam folder mana-mana jenis robot perdagangan (misalnya, Expert Advisors ), anda dapat melihat bahawa satu-satu program itu diwakili oleh dua fail yang saling berkaitan. Mereka mempunyai nama yang sama, tetapi duduk di dalam direktori yang berbeza: mq5 dan ex5. Direktori yang pertama mengandungi kod sumber yang dapat dibuka di MetaEditor (IDE untuk pengaturcaraan MQL5), sementara fail kedua mewakili versi program MQL5 yang sudah dikompilasi yang membolehkannya dilaksanakan di dalam platform perdagangan.

Di MetaTrader 5, anda boleh melihat semua program yang sudah dikompilasi di tetingkap Navigator.

Sekiranya anda ingin menggunakan indikator atau expert advisor tertentu, klik dua kali padanya, atau klik dan seret ke carta.

Tindakan ini akan membuka tetingkap "properties" untuk robot yang dipilih. Untuk memulakannya, klik "OK". Sekiranya ia berjaya dimulakan, ikon hijau akan muncul di sudut kanan atas carta.

Sekiranya ikon berwarna merah, Expert Advisor sudah dimatikan. Anda perlu mengaktifkan perdagangan algo dalam tetapan dan opsyen EA di platform perdagangan.

Catatan: Pada mana-mana satu carta, hanya satu Expert Advisor boleh dijalankan, tetapi anda boleh melampirkan lebih dari satu indikator.  

Dalam pengaturan mana-mana expert advisor, anda boleh mencari tab "Common" dan "Inputs". Tab "Common" mengandungi maklumat umum mengenai robot. Terdapat juga dua parameter individu: Allow modification of Signal settings (Benarkan pengubahsuaian tetapan signal) dan Allow Algo Trading (Benarkan Perdagangan Algo).

Pilihan pertama membolehkan program melanggan signal dan mengedit tetapan signal. Anda akan mengetahui lebih lanjut mengenai signal di MetaTrader 5 dalam artikel seterusnya yang dikhaskan untuk MQL5.

Opsyen Allow algo trading mengehadkan aktiviti perdagangan expert advisors. Ingat bahawa walaupun opsyen ini diaktifkan, perdagangan automatik mungkin dilumpuhkan dalam tetapan MT5. Pastikan anda menghidupkan kedua-duanya jika anda mahu melancarkan robot.

Tab kedua expert advisor atau indikator mengandungi parameter input. Mereka membolehkan anda menyesuaikan aplikasi dengan strategi anda, menjadikannya lebih fleksibel.

Sekiranya anda ingin mencuba robot perdagangan custom yang dibina oleh ahli komuniti MQL5, pergi ke Toolbox - CodeBase. Ia mengandungi beratus-ratus robot perdagangan yang boleh anda uji sendiri!

Atau anda boleh membeli atau memuat turun indikator, robot, dan skrip terus dari MQL5 Marketplace.

Ini adalah artikel kedua dalam kursus perdagangan algo FBS. Dalam pelajaran seterusnya, kita akan memerhatikan fungsi MetaEditor dan melihat struktur robot perdagangan. Teruskan bersama kami!

Mula berdagang

2022-06-30 • Dikemaskini

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.