Ichimoku

Baca artikel ini di laman web FBS

Ichimoku Kinko Hyo (IKH) atau secara ringkasnya Ichimoku adalah sebuah indikator yang sangat berguna dan bermaklumat. Namanya jika kita terjemahkan dari Bahasa Jepun bererti "sekilas pandang pada carta yang sedang dalam keseimbangan". Ideanya di sini adalah anda akan belajar segalanya yang anda perlu tahu tentang keadaan pasaran dengan hanya sekali pandang pada carta yang dipasang indikator ini.

Indikator Ichimoku melakukan beberapa tugasan penting. Ia:

  • menandakan arah trend dominan;
  • menunjukkan momentum dan kekuatan suatu trend;
  • memberikan aras-aras sokongan dan rintangan yang boleh diandalkan;
  • memberikan signal untuk berdagang.

Bagi yang menggunakannya buat pertama kali, indikator ini mungkin tampak menggerunkan tetapi bila anda sudah mengenalinya anda akan mendapati ia agak ringkas dan sangat berharga untuk menganalisa pasaran.

Di dalam tutorial ini, kami akan memberitahu anda tentang unsur-unsur Ichimoku dan signal-signal yang ia hasilkan. Kami akan menjelaskan bagaimana cara menganalisa pasaran dengan perkakas teknikal ini.

Unsur-unsur pada Ichimoku

Indikator ini diasaskan dari purata bergerak (moving averages) yang diubah suai sedikit. Garisan-garisannya diberi nama-nama tradisi Jepun dan juga nama-nama konvensional moden.

Sila lihat pada contoh indikator Ichimoku di carta. Kita boleh lihat 3 lapisan yang berbeza — masa lalu, semasa, dan masa hadapan.

Semasa

Mari kita lihat pada apa yang kita panggil sebagai "semasa". Ia terdiri dari 2 garisan – Kijun dan Tenkan. Antara dua garisan ini, Kijun (garisan asas, the base line) adalah suatu purata bergerak dengan tempoh yang lebih panjang. Lantaran itu, ia mengukur momentum jangka sederhana dan mempunyai pemberat yang lebih besar berbanding Tenkan. Harga lebih sering menyilang Tenkan berbanding Kijun, dan jika harga ada menyilang Kijun, ia memberikan signal berlakunya perubahan pada pasaran.

Masa hadapan

"Masa hadapan" pula terdiri dari Awan Ichimoku (the Ichimoku Cloud). Awan ini dibentuk oleh 2 purata bergerak yang dianjakkan ke hadapan. Jika purata bergerak dengan tempoh yang lebih panjang (Senkou Span B) berada di bawah purata bergerak yang tempohnya lebih pendek (Senkou Span A), Awan dikira sebagai bullish. Warnanya biasanya cerah. Jika Senkou Span B berada di atas Senkou Span A, Awan dikira sebagai bearish. Awan begini biasanya berwarna gelap. Awan bullish bererti pembeli mendominasi pasaran, manakala Awan bearish bermakna penjual sedang menguasai. Anda boleh lihat Awan berubah warna dari masa ke semasa, mencerminkan peralihan imbangan kuasa dari bull kepada bears dan sebaliknya. Lebar Awan juga penting: lebih lebar Awan bearish, penjual lebih kuat. Untuk memahami imbangan kuasa semasa di pasaran, lihat pada bahagian Awan yang berada di "masa hadapan", iaitu bahagian yang lebih kanan dari harga semasa. Bahagian Awan yang sejajar dengan kandil harga semasa, ia bertindak sebagai sokongan dan rintangan bagi harga.

Masa lalu

Di "masa lalu", ada satu garisan tunggal yang dipanggil sebagai Chinkou Span. Tidak seperti garisan-garisan Ichimoku yang lain, ia bukan purata bergerak, tetapi hanya garisan harga yang dianjakkan beberapa tempoh ke belakang supaya ia lebih lat (lag) di bekalang pasaran. Cara garisan ini berinteraksi dengan carta harga itu sendiri memberikan petunjuk untuk para pedagang.

Mengapa sesetengah unsur indikator ini dianjak ke hadapan dan sebahagiannya dianjak ke belakang? Pertama sekali, sukar untuk kita membaca carta jika semua 5 garisan berada di tempat yang sama. Tambahan lagi, dengan cara ini unsur-unsur indikator Ichimoku dapat menghasilkan signal. Tutorial selanjutnya akan menunjukkan kepada anda bagaimana cara untuk mentafsir signal-signal ini.

Cara-cara menggunakan Ichimoku

Untuk menggunakan Ichimoku di mana-mana carta pada MetaTrader, klik "Insert", pilih "Indicators", dan pilih "Custom", kemudian "Ichimoku". Di setting, anda boleh pilih nilai untuk Tenkan, Kijun, dan Senkou Span B. Anda juga boleh mengubah suai warna garisan-garisan indikator ini mengikut selera anda.

Tetapan default, 9-26-52, adalah parameter asal yang dicadangkan oleh pencipta indikator ini. Ia popular di kalangan para pedagang dan boleh digunakan pada mana-mana rangka masa (timeframe). Dalam masa yang sama, anda juga bebas untuk mengubah tetapan default ini. Yang penting bila mengubah angka-angka ini, pastikan supaya nilai Tenkan-sen adalah yang terkecil dan nilai untuk Senkou Span B adalah yang terbesar.

Berdagang dengan Ichimoku

Posisi garisan Ichimoku membolehkan pedagang melihat dengan lebih jelas trend semasa. Bila pasaran sedang menjajar (sideways), garisan-garisan indikator adalah horizontal di mana harga turun naik sekitar mereka. Awan pula nipis dan sering berubah warna.

Jika harga berada di atas Awan, Tenkan serta Kijun, dan Awan bullish pula solid, ia adalah uptrend. Chinkou Span akan berada di atas harga dalam kes ini.

Jika harga berada di bawah Awan, Tenkan serta Kijun, dan Awan bearish pula solid, ia adalah downtrend. Chinkou Span akan berada di bawah harga di dalam kes ini.

Garisan Ichimoku menghasilkan signal dengan menyilang satu sama lain dan harga, kerana itulah ada banyak signal-signal berbeza pada jadual di bawah. Perhatikan bahawa bila suatu trend baru bermula, signal dari pelbagai unsur berbeza indikator ini cenderung untuk muncul sekitar waktu yang sama dan dalam satu arah.

 

Mari kita lihat satu contoh bagaimana Ichimoku memberikan signal dagangan.

1 - Harga turun ke bawah Kijun-sen. Ia signal bearish yang pertama.

2 - Tenkan-Sen turun ke bawah Kijin-sen.

3 - Chinkou Span menyilang carta harga dari atas ke bawah.

4 - Harga menembusi ke bawah Awan Ichimoku.

5 - Awan berubah dari bullish kepada bearish.

Signal 2-4 muncul sekitar waktu yang sama dan memberi signal bermulanya suatu trend bearish. Ia menunjukkan munculnya peluang untuk membuka dagangan jual. Garisan indikator ini kemudiannya bertindak sebagai rintangan kepada harga.

6 - Chinkou Span kembali menembus ke atas carta harga. Muncul potensi untuk membuat keuntungan dengan posisi short.

7 - Harga naik ke bahagian atas Kijun-sen.

8 - Tenkan-sen naik ke bahagian atas Kijun-sen.

9 - Garisan tebal Awan Ichimoku yang bearish bertindak sebagai rintangan bagi harga, tetapi ia akhirnya berjaya ditembusi.

10 - Awan bertukar dari bearish kepada bullish. Harga naik ke bahagian atas Awan. Ada petanda akan muncul uptrend, namun, mengambil kira bahawa Chinkou Span telah dibetulkan (corrected) kepada harga, ada kemungkinan terjadi trend menjajar (sideways) untuk sekian tempoh

Kesimpulan

Indikator Ichimoku adalah sebuah sistem perdagangan yang lengkap. Anda boleh menggunakan hanya indikator ini sahaja bila berdagang. Anda boleh menggunakannya untuk mengenal pasti trend, menyemak aras-aras sokongan dan rintangan, dan anda juga boleh mendapatkan signal untuk masuk berdagang. Anda boleh ubah suai tetapan indikator dan gunakannya bersama dengan perkakas-perkakas analisis teknikal yang lain.

Mula berdagang

2023-05-08 • Dikemaskini

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.