Struktur Sebuah Robot Perdagangan

Baca artikel ini di laman web FBS

Selepas menamatkan pelajaran sebelum ini, anda kini sudah tahu tentang jenis-jenis robot perdagangan di MetaTrader 5. Anda juga tahu di mana untuk mencari alat dan perkakas perdagangan algoritma yang utama di MT 5 dan cara-cara menyediakannya untuk digunakan. Dalam pelajaran ini, kita akan meneroka tentang kerangka robot perdagangan. Kami berjanji kepada anda bahawa selepas pelajaran ini ketakutan anda terhadap pengaturcaraan di MQL5 akan mula luput!

Apakah yang membentuk sebuah robot perdagangan?

Pada mulanya, mari kita lihat struktur robot sesebuah robot di Meta Editor.

Nampak seram, bukan? Walau bagaimanapun, hakikatnya, semua robot perdagangan mempunyai elemen teras yang sama yang anda perlu ketahui.

Terdapat empat bahagian utama pada robot perdagangan:

  • Setup
  • OnIntIt
  • OnDeinit
  • OnTick

Mari kita lihat setiap elemen dengan lebih dekat.

Setup

Ini adalah bahagian di mana semua maklumat penataan tetapan robot diletakkan. Di sini, anda menulis nota, mengisytiharkan variable (pembolehubah, pelbagai jenis maklumat berbeza dengan nama yang unik), menjejaki rekod suntingan dan perubahan pada kod, dan menetapkan property (ciri-ciri atau sifat).

Pada tangkapan skrin di atas, anda boleh melihat contoh kod bahagian Setup. Ia boleh mengandungi notis hak cipta, pelbagai property (sifat) robot dan perintah #include yang memasukkan kandungan dari fail tertentu ke dalam expert advisor anda. Selain dari itu, di bahagian ini, kita mengisytiharkan input-input utama menerusi arahan #input.

OnInIt

Bahagian yang kedua dipanggil OnInit (OnInitiation). Bahagian ini dilancarkan apabila anda memulakan EA buat kali pertama.

 Di bahagian ini, anda boleh melihat arahan yang akan dilaksanakan sebaik selepas program dilancarkan. Kami akan menjelaskan tentang arahan-arahan ini dalam artikel seterusnya!

OnDeInIt

Bahagian pada expert advisor yang seterusnya dipanggil OnDeinitiation, atau sebentar lagi OnDeInIt. Ia dilaksanakan apabila expert advisor ditutup.

OnTick

Ia adalah bahagian pada expert advisor yang paling menarik. Ia terdiri daripada tiga bahagian utama yang dikemaskini dengan setiap tick (dengan maklumat baharu tentang harga). Ia adalah entri, keluar dan saiz. Fungsi ini penting untuk mana-mana expert advisor, kerana ia memberitahu anda bila hendak membeli, berapa banyak yang hendak dijual dan bila hendak menutup urusniaga anda.

Kod ini akan bermula setiap kali tick baharu tiba di platform MetaTrader 5 anda. Iaitu, jika harga bid, harga ask atau volum berubah, perubahan ini akan mempengaruhi bahagian OnTick pada kod anda juga.

Di tangkapan skrin di atas, anda dapat melihat bahawa robot ini menyemak masa pemprosesan bagi urusniaga terakhir serta data-data lain.

Bagaimana struktur kod ini akan dibaca oleh komputer?

Pertama sekali, ia akan pergi ke bahagian OnInit dan melaksanakan semua arahan yang ada di dalamnya, baris demi baris. Komputer akan mengadakan dan mempersiapkan semua pembolehubah dan parameter yang anda perlukan untuk strategi anda. Tindakan ini dilaksanakan sekali sahaja.

Setelah selesai, ia pergi ke bahagian OnTick. Pertama sekali, komputer menyemak sama ada anda mempunyai sebarang urusniaga yang perlu ditutup (keluar posisi). Selepas itu, ia akan mencari urusniaga yang boleh dibuka. Akhir sekali, algoritma saiz akan membantu anda menentukan saiz posisi anda.

Sebaik sahaja anda menutup EA anda, komputer akan melaksaanakan OnDeInIt. Opsyen ini membuang grafik daripada carta dan memadamkan semua data yang terkait dengan expert advisor itu sendiri.

Kesimpulan

Kesimpulannya, jika anda ingin membina robot perdagangan, anda perlu mengetahui strukturnya dengan teliti. Nasib baik, semua robot mempunyai struktur yang sama yang membolehkan anda membinanya langkah demi langkah.

Mula berdagang

2022-04-04 • Dikemaskini

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.