Pasangan Matawang Dalam Perdagangan Forex

Mari kita mulakan dengan asas: Forex, atau FX, adalah pasaran pertukaran asing, di mana anda berjual-beli matawang.

Setiap matawang biasanya diringkaskan menjadi singkatan yang mengandungi tiga huruf. Secara amnya, ini bagi membantu pedagang untuk mengenali matawang ini tanpa menghafal namanya, dua huruf pertama mewakili nama negara, dan yang ketiga ialah nama matawang. Sebagai contoh, USD bermaksud dolar Amerika Syarikat, GBP adalah pound Great Britain, dsb.

Ketika anda mula-mula belajar mengenai perdagangan Forex, anda akan melihat bahawa matawang didagangkan secara berpasangan: EURUSD, AUDCHF, NZDJPY, dsb. Semasa membuat pesanan untuk Forex, anda membeli matawang yang pertama (asas) dan menjual matawang kedua (sebutharga). Sebagai contoh, jika anda memilih pasangan EURUSD untuk dibeli, ini bermaksud anda membeli euro dan menjual dolar.

Apakah itu matawang asas dan matawang sebutharga?

Matawang asas dan matawang sebutharga adalah komponen-komponen pada pasangan matawang FX – tidak lebih daripada itu! Pasangan matawang Forex mempunyai struktur yang sangat ringkas: yang pertama adalah matawang asas, dan yang kedua adalah matawang sebutharga, juga dikenali sebagai matawang lawan. Harga yang anda lihat di pasaran adalah nilai matawang asas Forex semasa berbanding dengan nilai matawang sebutharga. Contohnya, jika kadar EURUSD di sekitar 1.22, nilai satu euro bersamaan dengan ~1.22 dolar AS ($1 dan 22¢).

Pasangan matawang EUR/USD

Dalam mana-mana pasangan, satu matawang akan lebih kuat berbanding matawang yang satu lagi. Walau bagaimanapun, kekuatan matawang adalah tidak tetap dan boleh berubah atas sebab-sebab tertentu, perubahan biasanya berlaku disebabkan oleh peristiwa kewangan penting di rantau tersebut. Inilah sebabnya mengapa membandingkan matawang dan menilainya secara relatif antara satu sama lain adalah munasabah.

Jenis-jenis pasangan: major, silang, dan eksotik

Pasangan matawang major

Pasangan Forex yang paling popular, juga dikenali sebagai major  atau pasangan matawang major, yang membentuk sebahagian besar daripada volum perdagangan di pasaran:

Seperti yang anda boleh lihat, semua pasangan matawang major Forex mengandungi USD dan satu matawang lain yang popular. Secara total, pasangan major membentuk sekitar 75% dari semua urusniaga – dan itulah sebabnya mengapa ia dinamakan major. Major adalah matawang yang paling banyak didagangkan lantaran kecairannya yang tinggi dan kemeruapannya yang sederhana. Hasilnya, spread pada pasangan matawang major perdagangan forex adalah lebih rendah berbanding pada pasangan silang atau eksotik, menjadikannya pasangan matawang perdagangan yang terbaik.

Pasangan matawang silang

Pasangan matawang popular yang terdiri daripada matawang major selain daripada dolar AS biasanya dipanggil pasangan silang atau "cross pairs". Walau bagaimanapun, pasangan ini masih mengandungi beberapa matawang yang paling banyak didagangkan, seperti EUR, GBP, AUD, CAD, NZD, CHF dan JPY: 

Semasa berdagang matawang ini, ia akan ditukarkan ke dolar Amerika yang bermaksud pedagang sebenarnya membuat dua transaksi dan boleh menghadapi kerugian. Biar pun USD masih lagi sangat popular di pasaran, kepopularan perdagangan Forex menjadikan perdagangan pasangan silang lebih lazim dan lebih memudahkan.

Pasangan matawang eksotik

Satu lagi kategori pasangan matawang FX adalah  pasangan eksotik. Secara umumnya, satu matawang yang digunakan di sini adalah yang popular seperti USD, dan yang satu lagi – matawang yang agak langka (jarang-jarang didagangkan), biasanya matawang ekonomi yang sedang membangun atau sedang berkembang. FBS menawarkan 10 pasangan matawang eksotik untuk didagangkan: 

Kepentingan jenis pasangan matawang

Kategori-kategori ini biasanya menggambarkan kecairan dan kemeruapan harga suatu pasangan matawang.

Kecairan dan kemeruapan adalah dua faktor utama yang dipengaruhi oleh jenis pasangan matawang.

  • Kecairan menunjukkan seberapa tinggi minat para pedagang lain terhadap suatu pasangan. Pasangan yang lebih popular (cth., pasangan major) mempunyai kecairan yang lebih tinggi. Hasilnya, anda boleh membeli dan menjual EURUSD dalam kuantiti yang besar dengan mudah tanpa risiko gelinciran (slippage).
  • Kemeruapan adalah julat harga dalam satu jangka waktu tertentu (hari, minggu, bulan, dll.), dan ia menunjukkan tahap kestabilan harga suatu matawang. Ia bergantung pada jumlah pesanan untuk matawang berkenaan di pasaran, kesejahteraan ekonomi di rantau yang terlibat, dan peristiwa makroekonomi yang tertentu.

Matawang yang berkecairan lebih rendah mempunyai kemeruapan yang lebih tinggi , dan begitu juga sebaliknya. Biasanya, semakin rendah populariti pasangan matawang tersebut, semakin tinggi kemeruapannya. Kemeruapan yang tinggi boleh mendatangkan risiko kepada para pedagang, walaupun ia cenderung membawakan keuntungan yang lebih besar: semuanya bergantung pada gaya perdagangan anda dan strategi yang anda gunakan.

Untuk menjadi pedagang yang lebih baik, anda harus sentiasa sedar akan aspek-aspek ini.

Kesimpulan

Pedagang perlu membuat analisis tentang tingkah laku pasangan matawang major dan jenis matawang lain (silang, eksotik). Ini boleh membantu pedagang untuk memahami matawang yang manakah yang akan menjadi yang terkuat dan yang mana akan menjadi yang terlemah dalam suatu jangka masa. Berdasarkan maklumat ini, pedagang boleh membangunkan strategi perdagangan dengan betul.

Tambahan lagi, oleh kerana matawang major kurang meruap dan mempunyai kecairan yang lebih tinggi, matawang ini lebih sesuai untuk pedagang harian dan scalper. Sebaliknya, matawang silang dan eksotik sangat ideal untuk pedagang swing lantaran kemeruapannya yang tinggi.

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Berita terkini

EMAS Dijangka Akan Mendaki Sementara, Dijangka Sambung Penerjunan!

Fed mengumumkan pada hari Rabu bahawa ia membiarkan kadar dasar tidak berubah pada 5…

Yen Tersungkur kepada Paling Rendah Sejak 1990 , Betul Ke Ni?

Jepun melangkah lebih dekat kepada campur tangan mata wang dengan amaran terkuatnya apabila yen merosot ke paras paling lemah dalam kira-kira 34 tahun berbanding dolar…

XAU/USD Berundur Selepas Menguji $2,200, Mana Arah Tuju USD?

Sentimen pasaran yang memulih pada pembukaan dagangan awal minggu semalam telah menukar semula haluan pergerakan USD…

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera