-
Bagaimana cara membuka akaun di FBS?
Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang.
-
Bagaimana cara untuk mula berdagang?
Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.
-
Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?
Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.
Apakah itu Forex?
Forex (FX) atau "Foreign Exchange" adalah pasaran untuk membeli dan menjual matawang pelbagai negara, dengan membayar menggunakan matawang suatu negara bagi mendapatkan matawang negara lain. Forex salah satu pasaran kewangan yang terbesar di dunia untuk perdagangan pelbagai matawang.
Servis pasaran Forex tersedia 24 jam sehari. Ia dibuka lima hari seminggu dan beroperasi di seluruh dunia secara dalam talian. Ini bermakna, sesiapa pun di muka bumi ini mampu mengakses perdagangan matawang – beliau boleh membuka posisi jual dan beli pada bila-bila masa di hari berkerja.
Maksud yang ingin disampaikan di sini adalah betapa tidak ada keperluan untuk hadir secara fizikal semasa penukaran matawang dilakukan. Zaman sekarang adalah zaman pasaran elektronik. Justeru, pembelian dan penjualan matawang suatu negara tertentu melawan matawang negara lain berlangsung di Internet. Pedagang membuka posisi bagi matawang tertentu dan berharap matawang tersebut menguat jika objektifnya adalah membeli, atau mengharap ia melemah jika objektif beliau adalah untuk menjual. Lantaran dari pergerakan harga tersebut, peniaga dapat memperoleh keuntungan.
Adalah mustahil untuk mendagangkan matawang secara sepihak. Perdagangan adalah satu proses yang relatif – bila satu pihak membeli, harus ada pihak yang menjual. Kerana adanya perbezaan di antara transaksi ini, pedagang dapat meraih manfaat.
Bagaimana FX Berfungsi
Salah satu perkara yang paling penting yang perlu difahami adalah fakta betapa pasaran Forex beroperasi dengan struktur yang terpencar (decentralized). Dalam lain perkataan, tidak ada satu pun lokasi fizikal di mana para pelabur pergi untuk melaksanakan perdagangan matawang.
Pemain-pemain pasaran berada di seluruh dunia. Internet membantu mereka memeriksa sebut harga bagi pelbagai pasangan matawang dari pelbagai orang tengah (dealer). Pusat kewangan utama dunia membentuk pasaran tukaran matawang asing yang terbesar. Kota-kota besar di mana pusat-pusat ini berada adalah London, New York, Singapura, Tokyo, Frankfurt, Hong Kong, dan Sydney. Semua pusat-pusat ini dianggap seperti milestone oleh para pedagang. Untuk mendapatkan akses ke pasaran matawang interbank, para pedagang menggunakan servis broker Forex yang menghubungkan mereka dengan aliran pasaran antarabangsa.
Siapkah Pemain-Pemain Terbesar Di Forex
Perdagangan Forex melibatkan ramai individu dan organisasi. Sebahagian daripada mereka berdagang untuk mendapatkan keuntungan. Yang lain pula berdagang untuk melindungi risiko mereka. Selain dari itu, sebilangan pedagang menggunakan matawang asing untuk membayar barang dan perkhidmatan yang diperlukan.
Pemain-pemain FX yang utama adalah bank-bank gergasi seperti Citi, UBS, Barclays, Deutsche Bank, Goldman Sachs, dan Bank of America. Bank-bank ini, yang secara bersama dikenali sebagai pasaran interbank, membentuk sejumlah besar transaksi kewangan setiap hari.
Syarikat komersil besar juga mengambil bahagian dalam pertukaran matawang asing untuk tujuan perniagaan. Contoh syarikat tersebut ialah Apple, Facebook, dan Microsoft. Penggabungan dan pengambilalihan antara syarikat-syarikat ini mampu mencetus turun naik pada kadar tukaran mata wang. Justeru dari penggabungan dan pengambilalihan yang merentas sempadan antarabangsa ini, berlaku banyak transaksi penukaran matawang dan ia mendorong pergerakan harga.
Selain dari bank-bank gergasi dan syarikat komersial besar, peserta pasaran Forex yang tetap adalah kerajaan dan bank pusat seperti ECB (European Central Bank), BoE (Bank of England), dan Rizab Persekutuan AS.
Kerajaan juga mengambil bahagian dalam pasaran Forex untuk menangani rizab tukaran asing dan melakukan pelbagai operasi perdagangan. Bank-bank pusat mempengaruhi pasaran dengan dasar dan pengumuman mereka. Mereka boleh mengawal inflasi dan menggunakan kadar faedah untuk tujuan ini.
Selain dari pelbagai bank, kerajaan, dan syarikat multinasional, terdapat juga ramai pelabur yang mencari risiko dan sentiasa sedia untuk terlibat dalam pelbagai jenis spekulasi.
Lebih baik kita tumpukan perhatian kepada tujuan berspekulasi di pasaran untuk menjelaskan apakah itu spekulasi. Kegiatan ini melibatkan penjualan dan pembelian matawang dengan niat untuk membuat keuntungan.
Di kalangan pelbagai jenis pencari risiko, sebahagiannya adalah pedagang runcit. Kumpulan ini termasuklah individu, yang berdagang setiap hari atau mingguan untuk mendapatkan wang sebanyak yang mungkin. Sebilangan besar dari mereka mengkaji berita ekonomi dan politik, pengumuman bank pusat, siaran statistik, dan pengumuman umum, yang banyak mempengaruhi pasaran untuk meramalkan trend yang mungkin terbentuk pada pergerakan harga matawang di masa akan datang. Yang lain pula lebih gemar bergantung kepada indikator teknikal dan kurang mempedulikan apa yang sedang berlaku di dalam dunia ekonomi dan kewangan. Anda juga boleh menyertai golongan ini dengan tujuan untuk meraih keuntungan dari turun naik harga dan masuk ke dalam rangkaian pelbagai institusi kewangan.
Bagaimana Cara Operasi Di Forex
Seperti yang telah disebutkan sebelum ini, broker memberikan pedagang akses ke pasaran Forex. Broker adalah syarikat, yang menghubungkan orang dan pasaran interbank di mana semua proses perdagangan berlaku. Untuk meringkaskan cerita, sesiapa sahaja boleh berdagang di pasaran dengan bantuan broker Forex.
Broker menyediakan perkhidmatan untuk perdagangan yang selamat, serta program perisian di mana para pedagang dapat melihat sebut harga matawang secara masa nyata dan membuat pesanan untuk posisi membeli atau menjual (matawang) dalam beberapa klik sahaja.
Untuk memulakan karier perdagangan, cukup dengan membuka akaun di broker Forex pilihan anda. Spread atau komisen adalah ganjaran yang dibayar untuk servis yang disediakan oleh broker.
Bagaimana Cara Memilih Broker Forex Yang Betul
Pedagang harus berikan perhatian kepada tiga parameter penting bila memilih broker – reputasi, kepakaran dengan pengalaman bertahun-tahun, dan kawalan selia. Mengapakah kriteria ini layak dijadikan andalan? Jawapannya mudah – semua kriteria ini membuktikan bahawa broker tersebut cukup layak dipercayai untuk memberikan servis kewangan. Reputasi menunjukkan budi pekerti syarikat dan gambaran secara umum tentang syarikat ini. Ia memberitahu seandainya broker tersebut mesra pelanggan dan memberikan dukungan yang bagus kepada pelanggannya. Pengalaman di pasaran memberitahu kita jika suatu broker itu cukup berkelayakan untuk mengendalikan proses perdagangan. Manakala untuk kawalan selia, kriteria ini bertujuan untuk memastikan aliran kerja syarikat ini telus dan selamat untuk para pelanggannya. Broker yang berlesen menjamin perlindungan untuk para pedagang dan dana mereka.
FBS sebuah broker yang berlsesen dan menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi kepada pelanggannya sejak tahun 2009 lagi dan kini diakui di seluruh dunia sebagai peneraju pasaran. Syarikat ini telah diberikan banyak sekali anugerah dan pengiktirafan antarabangsa. Selama lebih dari 11 tahun, pakar pasaran ini telah menunjukkan polisi yang amat berorientasikan pelanggan. Sungguh pun ia telah mencapai kejayaan di persada antarabangsa, FBS memenuhi keperluan setiap pedagang. Pasukannya sentiasa ada dan bersedia untuk membantu – chat khidmat pelanggan mereka beroperasi 24/7.
Selain dari itu, keberanekaan syarat perdagangan yang tersedia salah satu dari perkara yang memainkan peranan penting dalam proses pemilihan broker. Lihatlah pada pelaksanaan, spread, dan komisen yang ditawarkan oleh broker. Periksa jika mereka menyediakan opsyen bebas swap. FBS terkenal dengan pelaksanaan sepantas kilat, bermula dari spread 0 pip dalam kebanyakan kes, bonus deposit 100% untuk perdagangan, dan banyak perkhidmatan lain yang menyenangkan untuk perdagangan yang baik. Matlamat kami adalah untuk memberikan para pedagang yang terbaik dari pasaran Forex!
2023-11-06 • Dikemaskini
Artikel-artikel lain di bahagian ini
- Kalendar Ekonomi: Cara Membaca dan Menggunakannya
- Bagaimana cara membuka dan menutup pesanan dalam MetaTrader?
- Berapa Banyak Yang Anda Perlukan Untuk Mula Berdagang Forex
- Akaun Demo Forex
- Saiz posisi tahap risiko
- Leveraj Dan Margin: Bagaimana Anda Boleh Manfaatkannya Dalam Perdagangan Forex?
- Apakah Itu Rollover Dan Swap Serta Bagaimana Cara Menggunakannya Bila Berdagang?
- Jenis-Jenis Pesanan Perdagangan: Pasaran, Limit, Stop, Trailing Stop, Stop-Limit
- Bilakah Waktu Operasi Pasaran Forex?
- Spread Bid-Ask
- Mengira keuntungan
- Apakah itu Lot, Poin, dan Leveraj
- Bagaimana cara berdagang?
- Pasangan Matawang Dalam Perdagangan Forex
- Apakah Perisian Yang Anda Perlukan Untuk Berdagang?
- Kelebihan dan Risiko Berdagang Forex