Berdagang dengan Osilator Stokastik

Apakah itu Osilator Stokastik?

Osilator Stokastik yang dibangunkan oleh George C. Lane pada penghujung dekad 1950-an adalah alat perdagangan yang berharga untuk meramal penyongsangan trend. Indikator ini mengenal pasti aras-aras keselamatan terlebih beli (overbought) dan terlebih jual (oversold) dengan mengukur momentum harga, iaitu kadar pecutan dalam pergerakan harga.

Idea di sebalik Osilator Stokastik ialah momentum selalunya berubah sebelum harga berubah arah. Akibatnya, Indikator ini boleh mendahului pergerakan harga, memberi kelebihan kepada para pedagang.

Osilator Stokastik adalah alat yang berguna untuk para pedagang yang berpengalaman dan yang baru bermula. Digabungkan dengan alat analisis teknikal yang lain seperti purata bergerak, garis trend serta aras sokongan dan rintangan, Osilator Stokastik boleh menjadi instrumen yang berkesan untuk meningkatkan ketepatan perdagangan dan mengenal pasti poin-poin masuk dan keluar yang terbaik.

Bagaimanakah Osilator Stokastik Berfungsi?

Indikator tersebut mengukur nisbah harga penutupan terbaru dengan paras tertinggi dan paras terendah dalam julat sekuriti yang didagangkan dalam sejumlah tertentu tempoh masa lalu. Bilangan standard tempoh yang digunakan untuk pengukuran ialah 14. Sebagai contoh, pada carta harian, ini adalah 14 hari. Pada carta jam, ini bermaksud 14 jam, dsb.

Indikator Stokastik ialah Indikator dua garis yang boleh digunakan oleh para pedagang pada mana-mana carta. Kedua-dua garis ini ialah garis %K dan %D, yang bergerak antara 0 dan 100.

Stochastic - example.png

  • Apabila Indikator stokastik berada pada paras tertinggi, harga instrumen ditutup berhampiran bahagian atas julat 14 tempoh.
  • Sebaliknya, apabila Indikator berada pada paras terendah, harga ditutup berhampiran bahagian bawah julat 14 tempoh.
  • Peraturan umum untuk indikator stokastik ialah dalam pasaran dengan trend menaik, harga akan ditutup berhampiran paras tertinggi. Sebaliknya, harga akan ditutup berhampiran paras terendah dalam pasaran yang menurun. Jika harga penutup jatuh daripada paras tertinggi dalam pasaran bull atau paras rendah dalam pasaran bear, momentum semakin perlahan, dan penyongsangan mungkin akan bermula tidak lama kemudian.

Formula Osilator Stokastik

Formula osilator stokastik adalah:

%K = (Harga Penutupan Semasa - Paras Rendah Terendah)/(Paras Tinggi Tertinggi - Paras Rendah Terendah) * 100;

%D = SMA 3 hari bagi %K.

Di mana:

  • "Harga Penutupan Semasa" mewakili harga penutupan sekuriti bagi tempoh semasa;
  • "Paras Rendah Terendah" (Lowest Low) ialah harga terendah yang telah dicapai oleh sekuriti dalam tempoh yang ditetapkan;
  • "Paras Tinggi Tertinggi" ialah harga tertinggi yang telah dicapai oleh sekuriti dalam tempoh yang ditetapkan.

%K ialah indikator stokastik pantas, kerana ia bertindak balas dengan lebih cepat terhadap perubahan harga. %D adalah indikator stokastik "perlahan", kerana ia biasanya adalah purata bergerak 3 tempoh bagi %K.

Tetapan Osilator Stokastik

Osilator Stokastik ialah instrumen lalai bagi MetaTrader 4 dan MetaTrader 5. Anda boleh menambahkannya pada carta dengan mengklik “Insert” – “Indicators” – “Oscillators” dan kemudian memilih “Stochastic Oscillator.”

2 (3).png

Tetapan lalai ialah 5, 3, 3. Tetapan lain yang biasa digunakan untuk Stokastik termasuk 14, 3, 3, dan 21, 5, 5. Stochastic sering dirujuk sebagai Stokastik Pantas dengan tetapan 5, 4, Stokastik Perlahan dengan tetapan 14, 3, dan Stokastik Penuh dengan tetapan 14, 3, 3.

Stokastik Pantas bertindak balas dengan lebih cepat terhadap perubahan-perubahan harga pasaran, manakala Stokastik Perlahan mengurangkan bilangan penyilangan palsu dan menapis beberapa signal palsu. Terpulang kepada anda untuk memilih parameter yang anda mahu.

Membaca Osilator Stokastik

Seperti yang kami nyatakan di atas, Osilator Stokastik bergerak antara 0 dan 100. Walau bagaimanapun, harga biasanya tidak mencapai ekstrim ini. Oleh itu, para pedagang biasanya menggunakan tahap 20 dan 80 sebagai penanda untuk bahagian terlebih beli dan terlebih jual.

Jika Indikator naik melebihi 80, instrumen itu didagangkan berdekatan dengan bahagian atas julat paras rendah-tinggi dan kini terlebih beli. Sebaliknya, jika Indikator turun di bawah 20, instrumen itu didagangkan berdekatan dengan bahagian bawah julat paras rendah-tinggi dan kini terlebih jual. Biasanya, apabila harga mencapai bahagian terlebih beli dan terlebih jual, penyongsangan akan berlaku.

Jika osilator itu bergerak melebihi 50, instrumen itu didagangkan di bahagian atas julat dagangan, dengan bull menguasai pasaran. Sebaliknya, jika osilator bergerak di bawah 50, instrumen didagangkan di bahagian bawah julat dagangan, dengan bear menguasai pasaran.

Paras terlebih beli dan terlebih jual berguna untuk meramalkan penyongsangan trend.

Bagaimana cara berdagang dengan Osilator Stokastik

Seperti mana-mana indikator lain, Stokastik tidak memberikan signal yang 100% menguntungkan. Terdapat dua cara untuk menjadikan signal indikator ini lebih tepat:

Gunakan signal-signal yang terjana apabila penyilangan berlaku di bahagian ekstrim (di atas 80 untuk signal jual dan di bawah 20 untuk signal beli).

3 (2).png

Pertimbangkan trend pada rangka masa yang lebih panjang dan berdagang sejajar dengannya. Contohnya, jika anda menggunakan Stokastik pada H1, semak trend pada H4. Jika terdapat trend menurun yang kuat, jangan ambil signal beli, kerana harga mungkin kekal di bahagian terlebih beli dalam tempoh yang panjang. Sebaliknya, fokus pada signal jual yang dijana oleh Stokastik, dan anda akan mendapat manfaat daripada perdagangan trend.

4 (1).png

Sebagai tambahan, seperti Osilator yang lain, berikan perhatian kepada situasi apabila Osilator Stokastik membentuk capahan daripada carta harga. Signal jual berlaku apabila harga membuat paras tinggi yang lebih tinggi tetapi Stokastik membentuk paras tinggi yang lebih rendah (divergence/capahan bearish). Sebaliknya, signal beli muncul apabila harga membuat paras rendah yang lebih rendah, manakala Stokastik membentuk paras rendah yang lebih tinggi.

5 (1).png

Adalah juga disyorkan untuk menggunakan Stochastic Oscillator digabungkan dengan alat analisis teknikal yang lain, seperti Purata Bergerak, Heiken Ashi, Alligator, dll.

Ringkasan

Osilator Stokastik ialah alat yang berkesan untuk para pedagang kerana ia membantu mengenal pasti kemungkinan penyongsangan pasaran dan anjakan momentum. Anda boleh memperolehi kelebihan dalam pasaran dengan memahami cara ia berfungsi dan cara menggunakannya dalam strategi perdagangan anda. Walau bagaimanapun, penting untuk diingat bahawa tidak ada indikator teknikal yang tidak mungkin gagal, dan adalah penting untuk sentiasa mengurus risiko dan perdagangan anda dengan berdisiplin.

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Pedagang. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan pengesahan profil. Sahkan emel, nombor telefon, dan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Setelah proses pengesahan lengkap dan lulus, pergi ke platform perdagangan pilihan anda, dan mula berdagang.

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya sangat mudah. Pergi ke halaman Pengeluaran di laman web atau seksyen Kewangan dalam Laman Pedagang FBS dan buat pengeluaran. Anda boleh mendapatkan wang yang diraih menerusi sistem bayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit. Sekiranya anda memasukkan dana ke dalam akaun menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda dengan kaedah-kaedah yang sama dalam nisbah yang sama.

Berita terkini

Strategi Trading Jangka Pendek Yang Berkesan

Walaupun sesetengah trader berasa selesa berkerja dalam rangka masa yang lebih panjang yang membolehkan mereka memeriksa posisi mereka dengan kurang kerap dan mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat keputusan, sebilangan trader lain menikmati deruan adrenalin daripada perdagangan intrahari yang lebih agresif.

EMAS Dijangka Akan Mendaki Sementara, Dijangka Sambung Penerjunan!

Fed mengumumkan pada hari Rabu bahawa ia membiarkan kadar dasar tidak berubah pada 5…

Yen Tersungkur kepada Paling Rendah Sejak 1990 , Betul Ke Ni?

Jepun melangkah lebih dekat kepada campur tangan mata wang dengan amaran terkuatnya apabila yen merosot ke paras paling lemah dalam kira-kira 34 tahun berbanding dolar…

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera