Bilakah Waktu Operasi Pasaran Forex?

Pasaran Forex dibuka 24 jam sehari, lima hari seminggu. Sesi-sesi perdagangan selari dengan masa pasaran saham dibuka di rantau dunia tertentu. Biasanya, volum dagangan lebih tinggi pada pertindihan waktu sesi-sesi tersebut. Masa perdagangan Forex sentiasa bermula di Australia dan New Zealand dan kemudian meluas ke Asia. Selepas itu, giliran Eropah pula, dan akhirnya, Amerika Syarikat dan Kanada turut ikut serta.

Anda boleh berdagang bila-bila masa yang anda mahu sepanjang minggu kerja. Anda boleh membuka posisi matawang anda selama beberapa jam atau kurang dari (perdagangan intrahari) atau untuk beberapa hari (perdagangan jangka panjang) – mengikut keperluan anda.

Anggaran waktu sesi perdagangan (GMT)

Terdapat empat jenis sesi perdagangan Forex: Australia (Sydney), Asia (Tokyo), Eropah (London), dan Amerika Utara (New York). Sesetengah pedagang memanggilnya dengan nama benua, manakala yang lain memanggilnya dengan huruf besarnya sahaja.

Minggu perdagangan bermula pada pagi Isnin di New Zealand, manakala ia masih hari Ahad di seluruh dunia.

  • Sesi perdagangan Australia berlangsung dari 21:00 hingga 06:00 (UTC+0).
  • Sesi perdagangan Tokyo bermula pada tengah malam dan berakhir pada 09:00 (UTC+0).
  • Sesi perdagangan London berlangsung selama sembilan jam, dari 07:00 hingga 16:00 (UTC+0)
  • Akhir sekali, waktu pasaran Forex New York adalah dari 13:00 hingga 22:00 (UTC+0).

Pedagang biasanya memfokus pada salah satu daripada empat sesi perdagangan Forex tersebut.

Sesi perdagangan New York dan London adalah yang paling sibuk. Sesetengah pedagang menganggap tempoh antara sesi perdagangan London dan New York adalah masa yang terbaik untuk perdagangan Forex kerana pasaran yang aktif.

Sebaliknya, masa antara 19:00 dan 22:00 (UTC+0) mempunyai kemeruapan terendah. Ini berlaku kerana kebanyakan pedagang Amerika meninggalkan pasaran aktif, dan pedagang Australia pula melangkah masuk.

Adalah penting untuk mengambil kira Daylight Saving Time (DST). Ini ialah amalan bilamana jarum jam diundurkan satu jam ke belakang pada musim luruh dan satu jam ke hadapan pada musim bunga.

Disebabkan oleh perkara ini, masa pasaran Forex berbeza pada musim panas dan musim sejuk.

Masa sesi perdagangan Forex

Jadual perdagangan untuk pelbagai instrumen yang berbeza

Perlu diingat bahawa jadual perdagangan bagi pelbagai jenis instrumen adalah berbeza-beza. Walaupun kebanyakan pasangan Forex dibuka untuk perdagangan tanpa henti dari Isnin hingga Jumaat, ada beberapa pengecualian.

Instrumen-instrumen seperti logam, minyak, gas, saham-saham AS, dan indeks juga didagangkan dari hari Isnin sehingga Jumaat, tetapi waktu operasi perdagangannya berbeza. Waktu buka untuk emas dan perak (XAUUSD dan XAGUSD), USDCNH, EURCNH, dan CNHJPY di pasaran Forex ialah 01:00 waktu MetaTrader. Masa tutup untuk logam ialah 23:55 waktu MetaTrader. Harga minyak dan gas (XBRUSD, XTIUSD, XNGUSD) dibuka lewat lima minit, iaitu pada 01:05 waktu MetaTrader.

Anda boleh dagangkan saham AS pada 16:30-23:00 waktu MetaTrader. Waktu Forex saham UK dan Jerman ialah 10:00-18:30 waktu MetaTrader.

Indeks mempunyai jadual tertentu.US500, US100, US30, UK100, dan JP225 dibuka dari 01:05 hingga 23:15 waktu MetaTrader dan 23:30 hingga 23:55 waktu MetaTrader pada hari Isnin-Khamis, dan 01:05 hingga 23:10 waktu MetaTrader pada hari Jumaat.

AU200 dibuka dari 02:55 hingga 09:25 waktu MetaTrader, 10:15 hingga 23:55 waktu MetaTrader pada hari Isnin-Khamis, 02:55 hingga 09:25 waktu MetaTrader, dan 10:15 hingga 23:10 waktu MetaTrader pada hari Jumaat.

HK50 dibuka tiga kali sehari: 03:20-05:55, 07:05-10:25, dan 11:20-18:55 waktu MetaTrader. ES30 dibuka dari 10:05 hingga 20:55 masa MetaTrader.

Matawang kripto sedia untuk didagangkan sepanjang minggu.

Jadual di bawah membolehkan anda menyemak waktu perdagangan yang tepat untuk mana-mana instrumen yang anda boleh dagangkan dengan FBS.

Waktu Perdagangan bagi Instrumen Perdagangan

Sebab-sebab bagi perdagangan 24 jam

Perdagangan 24 jam pada Forex membolehkan perdagangan dibuat pada bila-bila masa yang sesuai untuk para peserta pasaran di seluruh dunia. Sebagai contoh, seorang pedagang dari Amerika Syarikat boleh berdagang bersama seorang pedagang di Eropah pada waktu perdagangan lokal masing-masing.

Kecairan pasaran forex juga memainkan peranan yang penting dalam proses perdagangan tanpa henti. Dalam perkataan lain, pedagang boleh membeli dan menjual matawang melalui platform perdagangan dengan satu klik, walaupun pada masa luar waktu.

Selain itu, perdagangan 24 jam di Forex membolehkan para peserta untuk mengambil kesempatan daripada berita di luar waktu kerja mereka. Oleh itu, para pedagang boleh mengakses instrumen-instrumen perdagangan pada bila-bila masa, bertindak balas terhadap perubahan pasaran dan peristiwa yang tidak dijangka.

Turun naik harga Forex

Harga di pasaran Forex sentiasa turun naik. Ia berlaku kerana perubahan dalam keseimbangan antara pembeli dan penjual, atau penawaran dan permintaan. Apabila permintaan untuk suatu matawang tertentu lebih tinggi daripada penawaran, nilai matawang tersebut akan meningkat berbanding matawang-matawang yang lain.

Sebaliknya, apabila penawaran matawang lebih tinggi dari permintaannya, nilai matawang tersebut akan berkurangan berbanding matawang-matawang yang lain.

Kesimpulan

Pasaran Forex membolehkan para pedagang untuk berdagang 24 jam sehari, lima hari seminggu, dengan sesi perdagangan yang sama dengan waktu pembukaan pasaran saham di tempat-tempat yang berbeza di seluruh dunia. Empat sesi perdagangan utama ialah Australia, Asia, Eropah dan Amerika Utara, dan sesi London dan New York adalah yang paling sibuk.

Perlu diingat bahawa jadual perdagangan bagi pelbagai jenis instrumen adalah berbeza-beza. Para pedagang perlu menyemak waktu perdagangan yang tepat untuk mana-mana instrumen perdagangan yang mereka ingin dagangkan untuk mengelakkan kekeliruan. Untuk berbuat demikian, mereka boleh melawat Buku Panduan FBS atau semak spesifikasi setiap instrumen secara terus melalui MetaTrader.

Perdagangan 24 jam di Forex membolehkan para pedagang untuk mengambil kesempatan daripada berita dan perubahan pasaran di luar waktu kerja mereka, dengan harga di pasaran Forex yang sentiasa berubah-ubah.

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Berita terkini

Data PMI AS Gagal Tumbangkan Nilai Emas, Apa Yang Akan Berlaku Di Penghujung Minggu Ini?

Emas mencacatkan kerugian sederhana pada malam tadi di saat pengumuman data ekonomi PMI AS yang menunjukkan pengukuhan pada angka pekerjaan…

Unjuran Ekonomi Dikemaskini ! Keadaan Ekonomi Jerman Mengkhuatirkan

Kerajaan Jerman mensasarkan ekonomi akan tumbuh sebanyak 0…

Emas Teruskan Rentak Pendakian, Pasaran Nantikan Data PMI Terbaru

Dagangan emas tidak menunjukkan sebarang perubahan selepas Federal Reserve (Fed) menerbitkan laporan minit mesyuarat FOMC pada awal pagi tadi…

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera