
Amerika Syarikat akan menerbitkan Kadar Inflasi dan Kadar Inflasi Teras, juga dikenali sebagai CPI dan CPI Teras AS, pada 10 Ogos, pukul 15:30 GMT+3.
Komen Pengerusi Fed Jerome Powell mengenai Simposium Jackson Hole menghasilkan candlestick mingguan yang terburuk di AS500 sejak bulan Jun. Kebanyakan aset berisiko mengalami penurunan yang teruk, dan EURUSD kembali ke kawasan di atas pariti. Walau bagaimanapun, pengumuman indeks Keyakinan Pengguna CB yang positif (103.2 sebenar berbanding 97.6 dijangka) menghenyak pasangan ini turun sebanyak 450 poin kerana ia secara tidak langsung menunjukkan kenaikan harga.
Eurostat mengeluarkan data Anggaran Kilat CPI. Ia menunjukkan harga naik sebanyak 9.1% setiap tahun disebabkan krisis tenaga. Sebagai contoh, kos gas di Eropah melebihi $3600 per tan metrik, hampir menyentuh paras tertinggi sepanjang masa untuk komoditi itu. Pengumuman yang paling signifikan pada minggu tersebut adalah Daftar Gaji Bukan Ladang, yang ternyata lebih tinggi daripada yang dijangkakan (315K sebenar berbanding 295K ramalan). Hasilnya, emas melonjak sebanyak 900 poin.
Di bawah ialah acara-acara utama untuk didagangkan dari 5 hingga 9 September.
6 September, 07:30 GMT+3
Bank Rizab Australia (RBA) akan mengumumkan perubahan Kadar Tunai pada hari Selasa, 6 September, 07:30 GMT+3. Ini adalah kadar yang dikenakan ke atas pinjaman semalaman antara bank dan institusi kewangan lain.
Australia berpeluang untuk memasuki stagflasi (harga meningkat dan ekonomi memperlahan). Apabila inflasi terus menjadi risiko ekonomi yang utama, pertumbuhan penggunaan juga semakin perlahan. RBA mahu menggunakan perubahan kadar yang sederhana untuk memastikan inflasi di bawah kawalan. Kami menjangkakan bank itu akan menaikkan kadar sebanyak 50 mata asas pada bulan September.
Pada kali yang terakhir, bank tersebut membuat kenaikan 50 mata asas, bertepatan dengan jangkaan. Pedagang menganggap ia tindakan yang tidak cukup agresif; AUDUSD susut 1310 mata pada hari itu.
Instrumen untuk didagangkan: AUDUSD, AUDJPY, EURAUD.
7 September, 17:00 GMT+3.
Bank Kanada (Boc) akan mengumumkan perubahan Kadar Semalam pada hari Rabu, 7 September, 17:00 GMT+3. Ia memberitahu pada kadar mana institusi kewangan utama meminjam dan meminjamkan dana.
Kadar faedah jangka pendek adalah faktor yang terpenting dalam penilaian matawang; pedagang melihat indikator lain untuk meramalkan bagaimana kadar akan berubah. Keputusan kadar ini datang bersama dengan penyataan kadar BOC, yang memberikan fokus pada masa depan. Biasanya, kemeruapan melonjak selepas peristiwa tersebut. Pertumbuhan inflasi di AS semakin perlahan. Oleh itu, kebarangkalian kenaikan 75 mata asas semakin rendah, dan acara itu perlu diberi perhatian.
Kali terakhir, BOC mengejutkan pasaran dengan anjakan 100 mata asas yang disifatkan oleh bank tersebut sebagai “front-loading.”. Pasangan CADJPY melonjak 1540 mata pada hari pengumuman tersebut.
Instrumen untuk didagangkan: CADJPY, USDCAD, EURCAD.
8 September, 15:15 GMT+3.
Bank Pusat Eropah (ECB) akan mengumumkan perubahan Kadar Pembiayaan Semula Utama pada hari Khamis, 8 September, 15:15 GMT+3. Kadar ini adalah ukuran utama dasar monetari kesatuan itu, yang menunjukkan bagaimana EU menangani cabaran ekonomi dan geopolitik semasa.
ECB tidak mempunyai banyak pilihan melainkan untuk meneruskan pengetatan walaupun ekonomi Eropah menganjak ke arah kemelesetan. Kemelesetan kini semakin berpotensi untuk terjadi. Pembuat dasar bank tersebut cenderung untuk memilih kenaikan 75 mata asas pada bulan September, yang terbesar sejak 2006. Pasaran mengambil kira kemungkinan kenaikan kadar ini ke dalam penilaian harga dengan mengekalkan pasangan EURUSD berhampiran pariti (1.0000). Kemudian, ECB akan mengeluarkan penyataan dasar monetari berorientasikan masa depan yang akan mencurahkan lagi minyak ke dalam api.
Kenaikan kadar yang terakhir adalah lebih besar daripada jangkaan dan telah mencetus satu siri lonjakan dalam pasangan EURUSD, meningkatkannya sebanyak 800 poin. Walau bagaimanapun, kemudian pasangan itu menjunam sebanyak 1100 poin.
Instrumen untuk didagangkan: EURUSD, EURJPY, EURCAD.
Amerika Syarikat akan menerbitkan Kadar Inflasi dan Kadar Inflasi Teras, juga dikenali sebagai CPI dan CPI Teras AS, pada 10 Ogos, pukul 15:30 GMT+3.
Biro Statistik Buruh Amerika Syarikat akan mengeluarkan data bulanan purata pendapatan per jam, perubahan penggajian bukan perladangan (NFP) dan kadar pengangguran pada 5 Ogos, 15:30 GMT+3.
Bank of England (BoE) akan terbitkan Kadar Bank Rasmi mereka dan membuat pernyataan mengenai dasar monetari pada 4 Ogos, 14:00 GMT+3.
Kini para pedagang mengikuti peristiwa ekonomi dengan visi yang baharu kerana inflasi di A.S. tampak seperti sudah mereda. Mari kita lihat pengumuman apakah yang akan mempengaruhi pasaran lantaran dari faktor ini.
Minggu ini akan menyaksikan peristiwa yang terbesar dalam proses politik AS sepanjang tempoh dua tahun terakhir ini. Bagaimana kesan pilihan raya ini terhadap pasaran Forex? Laporan kami mengupas tentang berita-berita terpenting minggu ini.
Memandangkan Eropah sedang bergerak ke dalam kemelesetan, minggu depan mungkin akan menyajikan beberapa peluang perdagangan yang menakjubkan untuk kita. Berikut senarainya!
FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.
Permohonan anda telah diterima
Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat
Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam
Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat
Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi
Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!
Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.
Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.