
AS akan mengumumkan Daftar Gaji Bukan Perladangan pada Jumaat, 7 Januari, pukul 15:30 GMT+2 (waktu MetaTrader).
Pada hari Jumaat, bilangan total jangkitan yang disahkan di seluruh dunia telah melonjak setinggi 84,000 dengan kira-kira 2800 kematian. Dari angka ini, 78000 jangkita dan 2700 kematian berlaku di China, manakala selebihnya – kebanyakkannya di Korea Selatan, Itali, Iran, dan Jepun. Perhatian: peningkatan di dalam China tampaknya mulai surut. Sungguh begitu, bagaimana virus ini akan menyebar di negara-negara lain – kita masih perlu tunggu dan lihat.
Pada masa ini, KDNK global dijangka akan susut 0.5% akibat dari Virus Korona. Itu akan menjadikannya 5.5% dan ia suatu paras yang membimbangkan. Bagaimana pun, jika virus ini mencapai klasifikasi pandemik, penurunan ini akan menjadi lebih besar. Pasaran saham sedang berada di dalam mode pra-panik: S&P susut lebih 4%, NASDAQ juga serupa, dan Dow kehilangan lebih 12% dari paras tertinggi 12 Februari. Goldman Sachs meramalkan kebanyakan syarikat AS tidak akan menyaksikan pertumbuhan pendapatan di tahun 2020 akibat dari penularan wabak ini. Beberapa sektor saham AS (kebanyakannya IT justeru dari kebergantungan kepada rantaian bekalan dan pembuatan dari China) kehilangan lebih dari 10% pada minggu terakhir Februari. Seperti yang anda boleh saksikan, dampak situasi ini bukan calang-calang, dan kita masih belum melihat jalan keluar darinya.
Kesan berantai terhadap ekonomi mudah difahami. Oleh kerana ekonomi dunia saling terhubung dan perdagangan dunia amat bergantung kepada China, gangguan besar ke atas aktiviti China menjurus kepada gangguan besar ke atas produktiviti seluruh dunia. Mari ambil satu contoh yang ketara sekali: para pelancong dari China disekat dari memasuki hampir separuh negara-negara yang ada di dunia, jadi mereka tidak dapat keluar dari China dan tidak berbelanja di negara luar. Syarikat-syarikat penerbangan tidak mendapat apa yang mereka rancangkan, dan sektor pelancongan tidak mendapat apa yang mereka harapkan, dan banyak peruncit yang menyaksikan kutipan jualan yang lebih rendah. Senario yang serupa, malah ada yang kesannya lebih parah, berlaku di pelbagai peringkat dan sektor ekonomi global, lebih kritikal dari yang dialami sektor pelancongan.
Untuk jangka panjang, urus langkah lindung nilai (hedge) dengan baik: pastikan anda mempunyai aset perlindungan (safe havens) di dalam portfolio anda.
Untuk jangka masa sederhana, buat untung dari urusniaga bearish di saat mood panik menguasai pasaran. Tempoh pengelakan risiko sebegini bagus untuk menjual indeks S&P, AUD, dan NZD. Nanti, bila paras terendah sudah dicapai (bila kes jangkitan sudah tidak ada peningkatan dan lengkungan graf jangkitan sudah hilang momentum vertikal), ambil risiko dan bertindak bullish di pasaran.
Untuk jangka masa pendek, setakat hari Jumaat ini, matawang perlindungan tradisional seperti JPY dan CHF lebih berkuasa berbanding USD. Dengan perkembangan dan unjuran terkini, wujud kebarangkalian ia akan terus mendapat permintaan selagi mana ada ketidaktentuan. Matawang yang terkait secara langsung dengan China seperti AUD dan NZD adalah yang paling banyak akan terjejas dan tidak berdaya melawan USD, walaupun USD itu sendiri sedang goyah. Emas menamatkan minggu lalu dalam keadaan mendatar dan "keliru", tetapi ia aset perlindungan juga jadi ia akan terus menguat lantaran dari Virus Korona sehinggalah masalah ini diyakini telah selesai di peringkat global. Minyak sedang bergolek kerana tiada jaminan permintaan akan pulih – OPEC bertindakbalas terhadap ancaman ini pada 5 Mac dan akan membantu harga.
AS akan mengumumkan Daftar Gaji Bukan Perladangan pada Jumaat, 7 Januari, pukul 15:30 GMT+2 (waktu MetaTrader).
AS akan menerbitkan Jualan Runcit pada 14 Januari, Jumaat, pukul 15:30 GMT+2.
AS akan mengumumkan Indeks Harga Pengeluar (PPI) pada 13 Januari, Khamis, pada 15:30 GMT+2.
Indeks Harga Pengguna, Jualan Rumah Sedia Ada, Keputusan Kadar Fed AS - semua perkara ini akan kami bincangkan dalam ulasan terbaru kami. Jangan terlepas semua siaran ini!
RBA dan Bank Kanada akan menambah kemeruapan pada AUD dan CAD, manakala USD dijangka dirangsang oleh Daftar Gaji Bukan Ladang.
Bank Rizab Australia (RBA) akan membuat kenyataan dan menerbitkan Penyata Kadar Tunai pada 7 Februari, 05:30 GMT+2. Ia salah satu alat utama yang digunakan oleh RBA untuk berkomunikasi dengan pelabur mengenai dasar monetarinya.
FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.
Permohonan anda telah diterima
Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat
Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam
Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat
Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi
Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!
Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.
Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.