
Mata wang Pound terus didagangkan suram sementara pasaran berwaspada menantikan keputusan mesyuarat polisi bank pusat England (BOE)…
Biro Perangkaan Buruh Amerika Syarikat akan mengumumkan CPI bulanan dan CPI teras pada 10 Februari, 15:30 GMT+2. Indeks Harga Pengguna (CPI) mengukur purata perubahan harga yang dibayar pengguna untuk satu senarai barangan dan perkhidmatan. Statistik CPI mengambil kira keperluan pelbagai jenis individu dengan pendapatan yang berbeza-beza, termasuk pesara, tetapi tidak merangkumi populasi tertentu, seperti pesakit hospital mental.
Seperti yang anda ketahui, inflasi di AS mencecah paras tertinggi dengan kadar 7%. Akibatnya, AS merangkan perancangan untuk menangani kenaikan harga, termasuk penamatan program pembelian bon dan kenaikan kadar. Walau bagaimanapun, langkah-langkah ini masih belum memberikan kesan. Pelabur di seluruh dunia memerhati pasaran dengan teliti selepas CPI AS diumum kerana dolar AS ialah mata wang rizab dunia. Oleh itu, angka yang tinggi untuk AS bermakna harga telah meningkat di hampir setiap daerah.
Pengumuman terakhir pada 12 Januari mencetus pergerakan bullish yang besar pada EUR/ USD, mendorong pasangan itu naik 900 mata lebih tinggi. Pengumuman kali ini mungkin akan memberikan kesan yang sama pada USD. Walau bagaimanapun, masih ada kemungkinan angkanya kurang daripada yang dijangkakan. Dalam kes seperti itu, USD akan meningkat berdasarkan jangkaan kenaikan kadar yang lebih awal atau bilangan kenaikan yang lebih tinggi di tahun 2022. Setakat ini, pasaran menjangkakan lima kenaikan kadar sepanjang 2022.
Lantaran kerana pentingnya data CPI, ia boleh mempengaruhi pasangan emas dan USD. Emas dianggap sebagai lindung nilai terhadap inflasi, tetapi angka yang tinggi meninggikan peluang untuk kenaikan kadar jadi logam kuning itu boleh jatuh berbanding dolar AS.
Semak kalendar ekonomi
Instrumen untuk didagangkan: XAU/USD, EUR/USD, NZD/USD, USD/JPY.
Mata wang Pound terus didagangkan suram sementara pasaran berwaspada menantikan keputusan mesyuarat polisi bank pusat England (BOE)…
Harga emas kecundang lebih jauh ke paras terendah tiga minggu di tengah-tengah dagangan USD dan hasil bon AS 10 tahun yang kukuh…
Pedagang Wall Street bersedia menghadapi kenaikan kadar Federal Reserve pada hari Khamis yang menyebabkan saham menurun dengan spekulasi bahawa Jerome Powell akan menandakan bahawa kenaikan lain tahun ini belum sepenuhnya dihapuskan…
Dolar Amerika melonjak lebih tinggi selepas Federal Reserve (Fed) meneguhkan pendirian hawkishnya walaupun mengekalkan kadar faedahnya tidak berubah pada mesyuarat terbaru…
USD mengukuh pada hari Khamis, disokong oleh data pasaran buruh Amerika Syarikat yang kukuh dan pelabur menantikan ucapan Pengerusi Fed, Jerome Powell, pada hari Jumaat di Simposium Dasar Ekonomi Jackson Hole…
Pergerakan yang perlahan dapat dilihat dalam pasaran mata wang bilamana pelabur mengambil pendekatan berhati-hati menjelang penyiaran data inflasi Amerika Syarikat…
FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.
Permohonan anda telah diterima
Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat
Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam
Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat
Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi
Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!