
Tersenyum lebar emas hari ini selepas menyaksikan lonjakan pada harga logam kuning itu yang mencapai paras rekod tertinggi sepanjang masa (ATH) baharu pada $2,146…
21 Mac, 14:30 GMT+2.
Indeks Harga Pengguna Kanada untuk bulan Februari diterbitkan pada hari Selasa, 21 haribulan. Pasaran menjangka indeks MoM akan meningkat sebanyak 0.7%. CPI YoY pula dijangka pada 5.9%.
Kadar pengangguran di Kanada agak stabil – pada 5%. Situasi ini sejajar dengan lengkungan Phillips iaitu semakin rendah kadar pengangguran, semakin tinggi tahap inflasi.
Selain itu, menurut Indeks Pengurus Pembelian Ivey (Ivey Purchasing Manager Index) harga telah meningkat pada bulan Februari, bermakna inflasi di Kanada juga mungkin meningkat.
Keadaan itu mencetuskan kontroversi. Di satu pihak – pertumbuhan inflasi pasti mendorong BoC untuk meningkatkan kadar. Di pihak lain pula, Fed Amerika mungkin menghentikan kenaikan kadar buat seketika lantaran semua permasalahan yang dihadapi dengan bank perdagangan.
Instrumen untuk didagangkan: USDCAD, EURCAD, AUDCAD
21 Mac, 16:00 GMT+2.
Persatuan Ejen Hartanah Kebangsaan AS akan menerbitkan statistik tentang situasi semasa pasaran hartanah.
Data tersebut dikumpulkan daripada 400 papan penyenaraian dan lembaga ejen hartanah tempatan di seluruh AS. Biasanya, peningkatan dalam jualan rumah baharu akan menyebabkan angka jualan rumah sedia ada menjadi lebih ketara.
Jumlah jualan rumah baharu telah meningkat pada bulan Januari sebanyak 670K. Sementara itu, pada bulan Disember, jumlah itu menjunam kepada 602K.
Disebabkan itu, kami tidak percaya bahawa fakta akan lebih baik berbanding unjuran.
Instrumen untuk didagangkan: EURUSD, USDCAD, USDJPY
22 Mac, 20:00 GMT+2.
Fed AS akan memutuskan kadar faedah pada hari Rabu. Menurut CME Fed Watch Tool, pasaran berpendapat Fed akan menetapkan kadar pada tahap semasa dengan kebarangkalian hampir 50%. Untuk baki 50% lagi, Fed akan meningkatkan kadar sebanyak 25 mata asas kepada 5%.
Inflasi di AS adalah stabil (CPI teras ialah 5.5%). Persoalannya ialah, ‘Apakah yang menjadi keutamaan yang lebih tinggi bagi pihak berkuasa monetari: untuk mengurangkan inflasi atau untuk menyelamatkan sektor perbankan?’. Kemungkinan besar, Powell akan memilih pilihan kedua.
Isyarat lisan juga penting dan harus diberikan perhatian. Jika Pengerusi membayangkan bahawa Fed akan kembali kepada pengetatan monetari secepat yang mungkin, ini akan menjadi isyarat untuk kenaikan dolar AS.
Instrumen untuk didagangkan: EURUSD, USDCAD, USDJPY
23 Mac, 10:30 GMT+2.
Bank Negara Switzerland akan memutuskan dasar monetari pada hari Khamis.
Tiada kejutan di sini – kadarnya mungkin ditetapkan pada 1%.
Inflasi di Switzerland kekal stabil pada kadar tertingginya dalam sejarah iaitu +3.4%.
Lantaran situasi di AS, SNB tidak akan tergesa-gesa untuk kenaikan kadar baharu, tetapi pasaran mungkin melihat CHF sebagai suatu aset selamat seperti biasa.
Instrumen untuk didagangkan: USDCHF
23 Mac, 14:00 GMT+2.
Inflasi di UK melantun semula sedikit. Tahap semasa adalah 10.1%. Ia masih sangat tinggi, tetapi pada tahun lepas, BoE bertindak agresif dan meningkatkan kadar kepada 4%.
Reuters berkata ‘Pasaran hadapan kadar faedah menjangkakan kemungkinan Kadar Bank akan kekal tidak berubah pada 23 Mac kira-kira 40%, meningkat daripada jangkaan terdahulu 25% pada hari Isnin dan sekitar 10% pada minggu lalu. Pertaruhan pada kenaikan kadar suku mata peratus menyusut kepada kira-kira 60%.’ Itu agak logik. Kami tidak mempercayai pendirian hawkish BoE. Sekurang-kurangnya buat masa ini.
Instrumen untuk didagangkan: GBPUSD, GBPCHF, GBPAUD
23 Mac, 16:00 GMT+2.
Statistik jualan rumah baharu telah dikeluarkan di AS. Pakar ekonomi menjangkakan bilangannya ialah +638K (kurang daripada bulan sebelumnya).
Baru-baru ini Persatuan Bank Gadai Janji (Mortgage Bankers Association (MBA)) mengumumkan kadar gadai janji 30 Tahun yang sangat tinggi pada masa ini, iaitu +6.71%. Permohonan gadai janji pada bulan Februari jatuh selama tiga minggu.
Kami tidak melihat sebarang sebab mengapa jumlah jualan rumah baharu AS harus meningkat.
Instrumen untuk didagangkan: EURUSD, USDCAD, USDJPY
24 Mac, 14:30 GMT+2.
Pesanan Barangan Tahan lama AS bergantung pada pengeluaran, kadar kredit dan pasaran hartanah.
Pasaran hartanah berkembang dengan perlahan, tetapi masalah ini memang sudah nyata. Pengeluaran perindustrian semakin perlahan. Oleh itu, kami tidak fikir bahawa Pesanan Barangan Tahan Lama akan meningkat.
Instrumen untuk didagangkan: EURUSD, USDCAD, USDJPY
Tersenyum lebar emas hari ini selepas menyaksikan lonjakan pada harga logam kuning itu yang mencapai paras rekod tertinggi sepanjang masa (ATH) baharu pada $2,146…
Menutup dagangan pada November semalam, mata wang USD berjaya paparkan pemulihan namun kekal mencatatkan kerugian bulanan terbesar untuk tempoh 1 tahun…
Mata wang USD paparkan pemulihan dari paras terendah 3 bulan meredakan seketika situasi buruk yang menimpa raja mata wang itu…
Tumpuan pasaran beralih sebentar kepada mata wang Yen Jepun yang ketara melonjak semalam mencatatkan kenaikan harian terbesar dalam tempoh satu tahun susulan petunjuk terbaru berkenaan dasar monetari oleh bank pusat…
Walaupun berterusan jatuh dari awal minggu, harga emas berjaya mengekalkan posisinya di paras sokongan atas $2,000 semasa sesi pembukaan Asia pagi tadi…
Pagi ini, harga emas dibuka sedikit rendah pada paras $2,030 semasa pembukaan sesi dagangan Asia tadi…
FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.
Permohonan anda telah diterima
Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat
Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam
Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat
Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi
Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!