
Tersenyum lebar emas hari ini selepas menyaksikan lonjakan pada harga logam kuning itu yang mencapai paras rekod tertinggi sepanjang masa (ATH) baharu pada $2,146…
Emas Tak Bermaya, Kata-Kata Hawkish Fed Kuatkan Dolar AS!Hari ini, harga emas jatuh sedikit beriktuan kenyataan Federal Reserve (Fed)
yang agak hawkish, mendorong pasaran mengkaji semula kenaikan kadar faedah.
Kini, permintaan terhadap emas dilihat agak perlahan dan berkurangan lantaran dari kebimbangan konflik yang berlaku di Timur Tengah (Israel-Hamas), ia juga menyebabkan para pelabur berhenti seketika.
Selepas lonjakan harga sebanyak 10% pada Oktober lalu, emas dilihat meneruskan kenaikkan pada awal November. Namun, ia terus menjunam ke paras terendah pada pembukaan minggu baru.
Walau bagaimanapun, harga emas sempat menyaksikan beberapa kenaikan pada Khamis lalu selepas penjualan besar-besaran bon Perbendaharaan yang mengecewakan. Ia mendorong lebih banyak penjualan bon dan ramai pedagang beralih kepada jualan emas.
Jadi di sini dapat dilihat dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu ini telah menyaksikan pengukuhan susulan daripada kenyataan yang hawkish baru-baru ini.
Pengerusi Fed Jerome Powell memberi amaran bahawa bank pusat AS itu akan mengetatkan dasar monetari dengan menaikkan kadar faedah sekiranya inflasi berterusan meningkat.
Analisis Teknikal (XAUUSD)
Pasangan mata wang XAUUSD pada hari ini di lihat dalam perjalanan menuju Rintangan terdekat 1957.90-1960.60. Dan setelah itu ia dijangka akan membuat penurunan untuk mencari Sokongan terdekat 1948.70. Jika harga berjaya menembusi Sokongan tersebut maka harga akan membuat penurunan lagi untuk menguji Sokongan seterusnya berada di 1939.70.
Tersenyum lebar emas hari ini selepas menyaksikan lonjakan pada harga logam kuning itu yang mencapai paras rekod tertinggi sepanjang masa (ATH) baharu pada $2,146…
Tumpuan pasaran beralih sebentar kepada mata wang Yen Jepun yang ketara melonjak semalam mencatatkan kenaikan harian terbesar dalam tempoh satu tahun susulan petunjuk terbaru berkenaan dasar monetari oleh bank pusat…
Walaupun berterusan jatuh dari awal minggu, harga emas berjaya mengekalkan posisinya di paras sokongan atas $2,000 semasa sesi pembukaan Asia pagi tadi…
Pagi ini, harga emas dibuka sedikit rendah pada paras $2,030 semasa pembukaan sesi dagangan Asia tadi…
FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.
Permohonan anda telah diterima
Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat
Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam
Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat
Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi
Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!