Fokus pada Mesyuarat Bank Pusat dan NFP

Fokus pada Mesyuarat Bank Pusat dan NFP

Keputusan Kadar Faedah RBA

Mac 7, 05:30 GMT+2.

Bank Rizab Australia akan menerbitkan penyata dasar monetari dan mengumumkan kadar faedah pada 7 Mac, pukul 05:30 GMT+2.

Kadar itu dijangka berada di paras 3.6% (+35 mata asas). Menurut penjejak kadar RBA, kebarangkalian kadar dinaikkan sebanyak 35 mata adalah 75%. Inflasi di Australia agak tinggi (pada tahap 7.4%) manakala lengkung hasil masih belum berbalik. Turut penting dimaklumkan bahawa Fed AS mungkin akan meneruskan pengetatan monetari. Amerika Syarikat membentuk 11% daripada import Australia untuk 2022. Australia adalah pengimport bersih. Ini bermakna bahawa adalah tidak menguntungkan jika negara tersebut menurunkan nilai matawangnya berbanding dolar AS. Kita boleh menjangkakan bahawa RBA akan terus menaikkan kadar.

  • AUD akan menguat jika bank pusat tersebut membuat kenaikan kadar yang lebih besar daripada jangkaan atau membayangkan lebih banyak pengetatan.
  • Jika tidak, AUD akan menjadi lebih rendah.

Instrumen untuk didagangkan: AUDUSD, AUDJPY, AUDCHF.

Keputusan Kadar Faedah BoC

8 Mac, 17:00 GMT+2.

Bank Kanada akan membuat keputusan dasar monetari, yang merangkumi kemas kini kadar faedah pada 8 Mac, pukul 17:00 GMT+2.

Kali terakhir, kadar itu dinaikkan sebanyak 25 mata sehingga 4.5%. Kanada mempunyai salah satu kadar utama yang tertinggi di kalangan ekonomi maju. Sebaliknya, inflasi di Kanada berada pada paras 5.9% pada bulan Januari - lebih rendah daripada di negara-negara lain. CPI teras pada bulan Januari lebih rendah daripada yang dijangkakan (+5.9% berbanding unjuran 6.1%). Akibatnya, pasaran menjangkakan BoC akan berhenti seketika dan tidak mengubah kadar. Sementara itu, keadaan pasaran buruh Kanada sedikit lebih buruk daripada di Amerika Syarikat. Kadar pengangguran pada bulan Januari mencapai paras Julai 2022 (+5%). Reaksi CAD bergantung pada campur tangan lisan.

  • Jika bank pusat tidak itu memberi petunjuk tentang pengetatan seterusnya – CAD akan jatuh.
  • Jika tidak, CAD akan menjadi lebih tinggi.

Instrumen untuk didagangkan: USDCAD, CADJPY, EURCAD.

Kadar Pengangguran AS

10 Mac, 15:30 GMT+2.

Biro Statistik Buruh AS akan menyiarkan data Kadar Pengangguran dan Daftar Gaji Bukan Perladangan (NFP) pada 10 Mac, pukul 15:30 GMT+2. Ini adalah peratusan orang yang menganggur di Amerika Syarikat dan bilangan orang yang bekerja pada bulan sebelumnya tidak termasuk mereka yang bekerja di industri pertanian.

Kali terakhir, kadar pengangguran diumumkan pada paras terendah dalam sejarah +3.4%. Ahli ekonomi menjangkakan +3.6%. Semakin rendah kadar tersebut – semakin kuat pasaran buruh. Ia memberi ruang kepada Fed AS untuk mempergiatkan lagi pengetatan monetari. Pada bulan Februari, ahli ekonomi menjangkakan bahawa kadar pengangguran akan menjadi +3.5%. Ini agak munasabah, mengambil kira peningkatan Tuntutan Pengangguran Awal untuk bulan sebelumnya.

  • Jika siaran kali ini lebih baik daripada unjuran (kurang daripada 3.5%), USD akan meningkat.
  • Jika pelepasan lebih lemah daripada unjuran (lebih daripada 3.5%), USD akan jatuh.

Instrumen untuk didagangkan: EURUSD, USDCAD, USDJPY

BERDAGANG SEKARANG

Serupa

KDNK AS: Apa yang Baharu?
KDNK AS: Apa yang Baharu?

AS akan mengumumkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Pendahuluan (Advance) pada 28 Julai, pukul 15:30 MT.

Berita terkini

Berita Penting Untuk Minggu Hadapan
Berita Penting Untuk Minggu Hadapan

Indeks Harga Pengguna, Jualan Rumah Sedia Ada, Keputusan Kadar Fed AS - semua perkara ini akan kami bincangkan dalam ulasan terbaru kami. Jangan terlepas semua siaran ini!

Kemeruapan Akan Meningkat
Kemeruapan Akan Meningkat

Bank Rizab Australia (RBA) akan membuat kenyataan dan menerbitkan Penyata Kadar Tunai pada 7 Februari, 05:30 GMT+2. Ia salah satu alat utama yang digunakan oleh RBA untuk berkomunikasi dengan pelabur mengenai dasar monetarinya.

Inflasi Sudah Berjaya Ditumpaskan?
Inflasi Sudah Berjaya Ditumpaskan?

Kini para pedagang mengikuti peristiwa ekonomi dengan visi yang baharu kerana inflasi di A.S. tampak seperti sudah mereda. Mari kita lihat pengumuman apakah yang akan mempengaruhi pasaran lantaran dari faktor ini.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Rasai Semangat Berpasukan

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera