
Setiap minggu, kita menjangkakan banyak acara menarik yang boleh menggegarkan pasaran.
7 Februari, 05:30 GMT+2.
Bank Rizab Australia (RBA) akan membuat kenyataan dan menerbitkan Penyata Kadar Tunai pada 7 Februari, 05:30 GMT+2. Ia salah satu alat utama yang digunakan oleh RBA untuk berkomunikasi dengan pelabur mengenai dasar monetarinya. Ia mengandungi keputusan mengenai kadar faedah dan ulasan mengenai situasi ekonomi yang mempengaruhi keputusan tersebut. Yang paling penting, ia membincangkan tentang prospek ekonomi dan menawarkan petunjuk mengenai keputusan masa hadapan.
Pakar-pakar menjangkakan bahawa RBA akan menaikkan kadar tunai sebanyak 25 mata asas kepada 3.35%, sebelum menjeda kitaran pengetatan. Walau bagaimanapun, pada pendapat mereka, niat untuk menjeda (pause) seketika yang dinyatakan itu juga tidak mustahil untuk digandingkan kenaikan yang lebih besar sebanyak 40 mata asas.
Pada kali yang terakhir, RBA meningkatkan kadar tunai sebanyak 25 mata asas, menyebabkan kemeruapan AUDCHF meningkat.
Instrumen untuk didagangkan: AUDUSD, AUDCHF, EURAUD.
7 Februari, 19:00 GMT+2.
Jerome Powell, pengerusi Rizab Persekutuan AS, akan berucap di Kelab Ekonomi Washington pada 7 Februari, pukul 19:00 GMT+2.
Pada minggu sebelumnya, para pegawai Rizab Persekutuan membuat kenaikan kadar faedah yang kelapan dalam setahun dan memberi isyarat dua lagi akan menyusul dalam meneruskan perjuangan mereka melawan kenaikan harga yang pesat. Walau bagaimanapun, mereka meluluskan kenaikan dengan langkauan-langkauan yang lebih kecil berbanding masa lalu dan mengakui bahawa inflasi akhirnya sudah mula mereda.
Sebagai ketua bank pusat, yang mengawal kadar faedah, beliau mempunyai pengaruh yang lebih besar ke atas nilai matawang negara berbanding mana-mana orang lain. Para pedagang meneliti penglibatan awamnya kerana ia sering digunakan untuk menyampaikan petunjuk mengenai dasar monetari masa hadapan.
Instrumen untuk didagangkan: EURUSD, GBPUSD, XAUUSD.
10 Februari, 09:00 GMT+2.
Pejabat Statistik Kebangsaan akan menerbitkan perubahan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) m/m UK pada 10 Februari, 09:00 GMT+2. KDNK adalah ukuran aktiviti ekonomi yang paling meluas cakupannya dan tolok ukur utama kemantapan ekonomi.
Penganalisis menjangkakan Britain akan menjadi satu-satunya negara perindustrian utama yang ekonominya akan mengecut pada tahun ini selepas menerima impak daripada pemerintahan singkat Liz Truss sebagai perdana menteri. Selain itu, Tabung Kewangan Antarabangsa juga menurunkan taraf prospek pertumbuhan ekonomi UK pada tahun 2023.
Pada kali yang terakhir, keputusan sebenar mengatasi jangkaan, menyebabkan lonjakan sejauh 400 poin pada GBPUSD.
Setiap minggu, kita menjangkakan banyak acara menarik yang boleh menggegarkan pasaran.
AS akan mengumumkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Pendahuluan (Advance) pada 28 Julai, pukul 15:30 MT.
ECB akan menerbitkan penyata mengenai dasar monetari masa hadapan mereka pada hari Khamis, 21 Julai, pukul 15:15 masa MT (GMT+3).
Indeks Harga Pengguna, Jualan Rumah Sedia Ada, Keputusan Kadar Fed AS - semua perkara ini akan kami bincangkan dalam ulasan terbaru kami. Jangan terlepas semua siaran ini!
RBA dan Bank Kanada akan menambah kemeruapan pada AUD dan CAD, manakala USD dijangka dirangsang oleh Daftar Gaji Bukan Ladang.
Kini para pedagang mengikuti peristiwa ekonomi dengan visi yang baharu kerana inflasi di A.S. tampak seperti sudah mereda. Mari kita lihat pengumuman apakah yang akan mempengaruhi pasaran lantaran dari faktor ini.
FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.
Permohonan anda telah diterima
Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat
Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam
Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat
Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi
Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!
Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.
Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.