Kadar Faedah Kekal 5.50%, Ucapan Powell Buat Pelabur Ragu-Ragu!

Kadar Faedah Kekal 5.50%, Ucapan Powell Buat Pelabur Ragu-Ragu!

Tumpuan utama pasaran terarah kepada mesyuarat FOMC yang berakhir pada awal pagi tadi dengan kadar faedah dikekalkan pada paras 5.50% oleh Federal Reserve (Fed) seperti yang dijangkakan majoriti pasaran.

Namun, pasaran masih menghadam ucapan susulan oleh Pengerusi Fed Jerome Powell untuk petunjuk bagi dasar monetari selanjutnya.

Sebelum ini, pasaran menyangka bakal berlaku kenaikan kadar faedah pada mesyuarat Disember, namun kenyataan Powell pagi tadi agak bercampur-campur dan itu membuatkan pelabur ragu-ragu jika kenaikan kadar akan dilaksanakan selepas ini.

Tampaknya seperti tiada apa-apa yang berubah berbanding  kenyataan pada mesyuarat September lalu bilamana Powell masih menekankan untuk mengekalkan dasar yang ketat untuk seketika, namun masih terbuka untuk kenaikan kadar faedah.

Powell turut mengulas bahawa ekonomi Amerika Syarikat (AS) berkembang dengan baik menjangkau ramalan walaupun langkah pengetatan dasar telah diumumkan sejak tahun lalu.

Tetapi ini juga boleh mengundang risiko peningkatan kadar inflasi, dan boleh mendorong kenaikan kadar faedah dilakukan bank pusat.

Analisis Teknikal (XAUUSD)

XAUUSDH4.png

Pasangan mata wang XAUUSD pada hari ini di lihat dalam perjalanan menuju Rintangan terdekat 1996.50-2000.20. Dan setelah itu ia dijangka akan membuat penurunan untuk mencari Sokongan terdekat 1987.00. Jika harga berjaya menembusi Sokongan tersebut maka harga akan membuat penurunan lagi untuk menguji Sokongan seterusnya berada di 1977.70.

                                                                                                           TRADE BERSAMA FBS

Serupa

Berita terkini

Yen Beri Kejutan, USD Bergelora Nantikan NFP!
Yen Beri Kejutan, USD Bergelora Nantikan NFP!

Tumpuan pasaran beralih sebentar kepada mata wang Yen Jepun yang ketara melonjak semalam mencatatkan kenaikan harian terbesar dalam tempoh satu tahun susulan petunjuk terbaru berkenaan dasar monetari oleh bank pusat…

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera