
UK akan menerbitkan angka-angka CPI pada 11:30 waktu MT 17 Oktober.
Pengemaskinian maklumat utama untuk dagangan yang menguntungkan
UK akan menerbitkan angka-angka CPI pada 11:30 waktu MT 17 Oktober.
AS akan menerbitkan CPI teras dan jualan runcit teras untuk September pada 15:30 waktu MT, 13 Oktober. Jualan runcit AS jatuh di luar jangkaan pada bulan Ogos bila Taufan Harvey membantutkan pembelian kenderaan. Sementara itu inflasi pula meningkat di bulan terakhir musim panas. Para pedagang menantikan sama ada kemajuan ini akan menjadi trend.
Mesyuarat Rizab Persekutuan edisi September memberikan pasaran banyak hal untuk dicerna. Pertama sekali, Fed mengumumkan bahawa ia akan mula menyusutkan kunci kira-kira $4.5 trilionnya mulai Oktober. Bagi peringkat permulaan, penyusutan bulanan akan dibuat sebanyak $10 bilion. Untuk tahun berikutnya, jumlah itu akan dibesarkan lagi kepada $50 bilion sebulan. Tiada sebarang kejutan buat pasaran dari pengumuman ini, para pedagang memang sudah menjangkakan langkah tersebut dan ia sudah diambil kira ke dalam harga.
Perangkaan pasaran buruh AS yang disiarkan pada September mengecewakan pasaran. Ketiga-tiga siaran tidak menepati ramalan: pertumbuhan gaji menurun dari 0.3% kepada 0.1%, pertambahan pekerjaan (NFP) cuma 156K berbanding jangkaan 180K, dan kadar pengangguran meningkat dari 4.3% kepada 4.4%.
Mesyuarat Bank Rizab Australia sentiasa memberikan impak kuat kepada dolar Australia.
Inflasi tahunan wilayah Euro adalah 1.3% pada Julai 2017, stabil jika dibanding dengan bulan Jun. Walaupun bacaan ini kelihatan lebih tinggi dari 0.2%, yang direkodkan setahun lalu, suara-suara gelisah tentang inflasi yang terlalu rendah semakin menguat.
Bank Rizab New Zealand membiarkan kadar faedah tidak berubah pada mesyuarat Ogos. Menurut Gabenor RBNZ, Graeme Wheeler, polisi kewangan akan kekal akomodatif untuk satu tempoh yang agak panjang kerana beberapa ketidaktentuan. Wheeler juga memberitahu pasaran bahawa bank pusat mahu melihat NZD menjadi lebih rendah. Tambahan lagi, kerajaan New Zeaalnd baru-baru ini memangkas unjuran pertumbuhan ekonominya.
Keyakinan pengguna AS tampak kuat sepanjang bulan-bulan musim panas. Pada bulan Julai, indeks keyakinan pengguna meningkat ke aras tertinggi dalam 16 tahun, walaupun ia dijangka jatuh. Sekarang tiba masanya untuk melihat sama ada masalah politik pentadbiran Trump dan risiko global telah mengubah situasi ini. Badan Persidangan akan menerbitkan indeks bagi bulan September pada 17:00 waktu MT, 26 September.
Angka inflasi Kanada dianggap sangat penting oleh para pedagang Forex yagn menggunakan terbitan CPI untuk menganggar kebarangkalian sebuah lagi kenaikan kadar untuk tahun ini. Bank Kanada dijangka akan meneruskan kenaikan kadar faedah, tetapi hanya selagi tekanan harga bertahan.
Bank Jepun akan menyertai maraton mesyuarat bulan September bank-bank pusat. Regulator Jepun ini dijangka meneruskan dasar kewangan sangat longgar yang menyasarkan matlamat inflasi 2%. Ucapan regulator tersebut akan dibuat pada 06:50 waktu MT, 21 September, dan sidang akhbarnya akan dimulakan pada 09:30 waktu MT.
Mesyuarat-mesyuarat bank pusat AS adalah antara acara Forex paling dinanti-nantikan. Mesyuarat September tidak terkecuali.
Jualan runcit adalah ukuran permintaan pengguna untuk barang-barang siap dan ia adalah indikator makroekonomi yang mempunyai impak langsung kepada KDNK. Itulah sebabnya terbitan indikator ini biasanya sangat mendapat perhatian pasaran kewangan.
FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.
Permohonan anda telah diterima
Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat
Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam
Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat
Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi
Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!
Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.
Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.