
Mesyuarat Bank Inggeris sentiasa menjadi pendorong kuat pound British. Mesyuarat pada 14:00, 2 November nanti tidak terkecuali.
Pengemaskinian maklumat utama untuk dagangan yang menguntungkan
Mesyuarat Bank Inggeris sentiasa menjadi pendorong kuat pound British. Mesyuarat pada 14:00, 2 November nanti tidak terkecuali.
Rizab Persekutuan AS dijangka tidak akan menaikkan kadar dana persekutuan pada mesyuarat November. Para pemain pasaran menantikan kenaikan kadar pada bulan Disember, dan kali ini tiada sidang media dari bank pusat tersebut untuk mengumumkan keputusan utama.
Amerika Syarikat akan menerbitkan KDNK Awalan untuk suku tahun ketiga pada 15:30 waktu MT, 27 Oktober.
Para pedagang tidak sabar menantikan mesyuarat Bank Pusat Eropah (ECB) pada 26 Oktober. Badan kawal selia itu akan menerbitkan keputusan dasar kewangannya pada 14:45 waktu MT. President ECB, Mario Draghi, akan mengadakan sidang akhbar pada 15:30 waktu MT.
Kanada akan menerbitkan angka-angka CPI dan jualan runcit pada 15:30 waktu MT, 20 Oktober.
Penarafan Global S&P baru-baru ini telah menurunkan penarafan kredit kerajaan China. Kesannya, pasaran akan memberi tumpuan khusus kepada penerbitan data utama China – KDNK dan pengeluaran industri. Data ini akan diterbitkan pada 05:00 waktu MT 19 Oktober.
UK akan menerbitkan angka-angka CPI pada 11:30 waktu MT 17 Oktober.
AS akan menerbitkan CPI teras dan jualan runcit teras untuk September pada 15:30 waktu MT, 13 Oktober. Jualan runcit AS jatuh di luar jangkaan pada bulan Ogos bila Taufan Harvey membantutkan pembelian kenderaan. Sementara itu inflasi pula meningkat di bulan terakhir musim panas. Para pedagang menantikan sama ada kemajuan ini akan menjadi trend.
Mesyuarat Rizab Persekutuan edisi September memberikan pasaran banyak hal untuk dicerna. Pertama sekali, Fed mengumumkan bahawa ia akan mula menyusutkan kunci kira-kira $4.5 trilionnya mulai Oktober. Bagi peringkat permulaan, penyusutan bulanan akan dibuat sebanyak $10 bilion. Untuk tahun berikutnya, jumlah itu akan dibesarkan lagi kepada $50 bilion sebulan. Tiada sebarang kejutan buat pasaran dari pengumuman ini, para pedagang memang sudah menjangkakan langkah tersebut dan ia sudah diambil kira ke dalam harga.
Perangkaan pasaran buruh AS yang disiarkan pada September mengecewakan pasaran. Ketiga-tiga siaran tidak menepati ramalan: pertumbuhan gaji menurun dari 0.3% kepada 0.1%, pertambahan pekerjaan (NFP) cuma 156K berbanding jangkaan 180K, dan kadar pengangguran meningkat dari 4.3% kepada 4.4%.
Mesyuarat Bank Rizab Australia sentiasa memberikan impak kuat kepada dolar Australia.
Inflasi tahunan wilayah Euro adalah 1.3% pada Julai 2017, stabil jika dibanding dengan bulan Jun. Walaupun bacaan ini kelihatan lebih tinggi dari 0.2%, yang direkodkan setahun lalu, suara-suara gelisah tentang inflasi yang terlalu rendah semakin menguat.
FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.
Permohonan anda telah diterima
Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat
Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam
Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat
Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi
Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!