Ucapan Awal Powell Buatkan Pasaran Berbelah Bahagi !

Ucapan Awal Powell Buatkan Pasaran Berbelah Bahagi !

Pemulihan USD berlanjutan memasuki hari ketiga pada hari Rabu selepas beberapa penggubal dasar Rizab Persekutuan membiarkan pintu terbuka untuk kenaikan kadar selanjutnya, ketika ini para pedagang sedang memantau ucapan daripada Pengerusi Jerome Powell untuk  mengutip petunjuk lanjutan daripada bank pusat itu.

USD telah mencecah paras terendah tujuh minggu pada awal minggu ini berikutan keputusan Fed untuk mengekalkan kadar dasarnya dan data yang menunjukkan bahawa pasaran buruh AS kian memperlahan. Pasaran masih berbeza pandangan sama ada Fed telah mencapai kemuncak dalam kenaikan kadar dan berapa lama akan berlalu sebelum  Fed boleh mula melonggarkan dasarnya.

Pasaran saham hadapan menunjukkan kebarangkalian kira-kira 16% berlakunya kenaikan lain menjelang Januari, tetapi wujud  21% kebarangkalian  pemotongan kadar boleh berlaku seawal Mac, berdasarkan CME FedWatch.

Indeks USD minggu lepas mencatatkan kejatuhan mingguan paling ketara dalam tempoh kira-kira empat bulan, kini meningkat 0.11% kepada 105.482 dan berada di landasan untuk kenaikan mingguan.

Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell setakat ini berkata bank pusat mesti bersedia untuk berfikir di luar simulasi matematik yang lazimnya digunakan untuk meramalkan ekonomi. “Fakta intelektual perlu digabungkan dengan fleksibiliti dan ketangkasan dalam mengambil tindakan” kata powell dalam ucapan pembukaan beliau.Analisis Teknikal (XAUUSD)

XAUUSDH4.png

Pasangan mata wang XAUUSD pada hari ini di lihat dalam perjalanan menuju Rintangan terdekat 1963.80-1967.00. Dan setelah itu ia dijangka akan membuat penurunan untuk mencari Sokongan terdekat 1955.20. Jika harga berjaya menembusi Sokongan tersebut maka harga akan membuat penurunan lagi untuk menguji Sokongan seterusnya berada di 1947.40.

                                                                       TRADE BERSAMA FBS

Serupa

Berita terkini

Yen Beri Kejutan, USD Bergelora Nantikan NFP!
Yen Beri Kejutan, USD Bergelora Nantikan NFP!

Tumpuan pasaran beralih sebentar kepada mata wang Yen Jepun yang ketara melonjak semalam mencatatkan kenaikan harian terbesar dalam tempoh satu tahun susulan petunjuk terbaru berkenaan dasar monetari oleh bank pusat…

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera