Siapa Yang Akan Memerintah AS?

Siapa Yang Akan Memerintah AS?

Minggu ini akan menyaksikan peristiwa yang terbesar dalam proses politik AS sepanjang tempoh dua tahun terakhir ini. Bagaimana kesan pilihan raya ini terhadap pasaran Forex? Laporan kami mengupas tentang berita-berita terpenting minggu ini.

Pilihan Raya Kongres

8 November, sepanjang hari.

Pilihan Raya Dewan Perwakilan AS akan berlaku pada hari Selasa, 8 November. Ia sebahagian daripada pilihan raya pertengahan penggal 2022 untuk penggal semasa Presiden Joe Biden. Seramai 435 wakil daripada dua parti terbesar itu akan dilantik semula berdasarkan keputusan undi.

Ada dua parti yang utama di AS: Demokratik, dengan Nancy Pelosi sebagai pemimpinnya, dan Republikan, yang diterajui oleh Kevin McCarthy. Sejak pilihan raya 2020, rakyat telah hilang kepercayaan terhadap parti Demokrat. Tahap sokongan jatuh daripada 49 kepada 42, menandakan suasana politik AS telah berubah.

Pilihan raya boleh mengubah pendekatan ekonomi AS dengan ketara, dengan itu mengubah trend pasaran kewangan. Pilihan raya yang terakhir pada tahun 2020 menyebabkan pasangan EURUSD naik 5300 poin dalam tempoh sebulan.

11.png

  • Apa jua keputusannya, ia akan mengaruh kemeruapan yang tinggi pada saham, emas, dan USD.
  • Kemenangan untuk parti Republikan boleh menyebabkan kenaikan harga minyak kerana mereka berkemungkinan akan menghentikan penjualan minyak.

Aset untuk didagangkan: XBRUSD, XAUUSD, EURUSD, US500.

CPI AS

10 November, 15:30 GMT+2.

Biro Statistik Buruh AS akan mengumumkan Indeks Harga Pengguna (CPI) bulanan pada hari Khamis, 10 November, pukul 15:30 GMT+2. Indeks ini mengukur inflasi, dan pasaran menganggapnya sebagai pengumuman data yang paling penting pada bulan ini.

Inflasi di AS berada pada paras tertinggi 40 tahun iaitu 8.2%. Walaupun AS pernah mengalami kadar inflasi 15% pada tahun 1980, Rizab Persekutuan telah menyatakan secara tersirat tentang dasar monetari yang lebih agresif untuk mengawal kenaikan harga. Pada mesyuarat FOMC yang lalu pengerusi Fed, Jerome Powell, telah menyatakan bahawa pasaran mungkin akan melihat kadar yang lebih tinggi jika pertumbuhan harga tidak memperlahan. Oleh itu, pengumuman ini sangat penting untuk USD, emas, dan aset-aset berisiko seperti saham dan matawang kripto.

Setiap pengumuman CPI mencetus kemeruapan yang besar yang memihak kepada scalper dan pedagang intrahari. Bacaan terakhir menyebabkan lonjakan 1500 mata pada EURUSD.

22.png

  • Jika angka sebenar mengatasi jangkaan, USD akan naik.
  • Jika tidak, USD berkemungkinan akan menjunam.

Aset untuk diniagakan: EURUSD, USDJPY, USDCHF.

KDNK UK

11 November, 9:00 GMT+2.

Pejabat Statistik Kebangsaan UK akan mengumumkan perubahan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bulanan pada hari Jumaat, 11 November, pukul 9:00 GMT+2. Data ini menunjukkan perubahan nilai total semua barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh ekonomi.

Perdana Menteri (PM) sebelum ini, Liz Truss, telah meletakkan jawatan selepas 44 hari memerintah negara tersebut, meninggalkan ekonomi dan politik yang teruk terjejas. Kini semua tanggungjawab terletak di bahu PM baharu, Rishi Sunak, untuk memutuskan bagaimana untuk bertindak balas terhadap data KDNK.

Oleh kerana Britain kini berada di bawah kegawatan politik yang paling berat dalam tempoh beberapa dekad, setiap peristiwa ekonomi baharu di negara ini memberi kesan yang signifikan terhadap keputusan politik, sehingga memberikan kesan yang lebih daripada biasa ke atas GBP.

Bacaan KDNK yang tinggi mempunyai kesan yang positif kepada matawang, dan sebaliknya. Sebagai contoh, bacaan yang lebih rendah daripada jangkaan pada 12 Oktober menyebabkan GBP tergelincir sebanyak 500 poin.

33.png

  • Jika angka sebenar lebih besar daripada yang dijangkakan, GBP akan naik.
  • Jika tidak, GBP akan jatuh.

Instrumen untuk didagangkan: GBPUSD, EURGBP, GBPJPY.

Berdagang Sekarang

Serupa

Inflasi Sudah Berjaya Ditumpaskan?
Inflasi Sudah Berjaya Ditumpaskan?

Kini para pedagang mengikuti peristiwa ekonomi dengan visi yang baharu kerana inflasi di A.S. tampak seperti sudah mereda. Mari kita lihat pengumuman apakah yang akan mempengaruhi pasaran lantaran dari faktor ini.

Aset Yang Akan Gagal Bertahan Minggu Ini
Aset Yang Akan Gagal Bertahan Minggu Ini

Memandangkan Eropah sedang bergerak ke dalam kemelesetan, minggu depan mungkin akan menyajikan beberapa peluang perdagangan yang menakjubkan untuk kita. Berikut senarainya!

Berita terkini

Berita Penting Untuk Minggu Hadapan
Berita Penting Untuk Minggu Hadapan

Indeks Harga Pengguna, Jualan Rumah Sedia Ada, Keputusan Kadar Fed AS - semua perkara ini akan kami bincangkan dalam ulasan terbaru kami. Jangan terlepas semua siaran ini!

Kemeruapan Akan Meningkat
Kemeruapan Akan Meningkat

Bank Rizab Australia (RBA) akan membuat kenyataan dan menerbitkan Penyata Kadar Tunai pada 7 Februari, 05:30 GMT+2. Ia salah satu alat utama yang digunakan oleh RBA untuk berkomunikasi dengan pelabur mengenai dasar monetarinya.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Rasai Semangat Berpasukan

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera