Mampukah UK Dan AS Atasi Inflasi?

Mampukah UK Dan AS Atasi Inflasi?

Setiap minggu, kita menjangkakan banyak acara menarik yang boleh menggegarkan pasaran. Begitu juga dengan minggu yang mendatang! Mari kita tinjau apakah acara-acara pasaran utama yang boleh membawa kemeruapan pada 12-16 September.

Kadar Inflasi AS

13 September, 15:30 GMT+3.

Biro Statistik Buruh AS akan menerbitkan data CPI dan CPI Teras pada hari Selasa, 13 September, pada pukul 15:30 GMT+3. Ini salah satu siaran data yang paling penting pada bulan September untuk pasaran kewangan.

Pada masa ini, inflasi sangat tinggi di banyak negara maju, jadi setiap siaran kadar inflasi adalah perkara yang besar. Kali terakhir, hasilnya cukup memberangsangkan. Perubahan bulanan sebanyak 0.0% memberi harapan kepada orang ramai bahawa inflasi mungkin sedang memperlahan. Kejatuhan harga tenaga menyebabkan kadar inflasi bulanan yang terendah sejak lonjakan semasa inflasi AS bermula. Emas, yang terkorelasi secara songsang dengan USD, naik 2055 poin sejurus selepas data itu disiarkan.

XAUUSDH1nnn.png

Siaran kali ini mungkin mengesahkan bahawa AS menangani inflasi dengan baik dan langkah kenaikan kadar faedah ternyata berkesan. Namun, Pengerusi Fed Jerome Powell menjelaskan dalam ucapannya pada bulan Ogos bahawa Fed tidak mungkin akan meredakan kenaikan kadar sehingga mereka yakin inflasi AS terkawal dengan baik.

  • Jika hasilnya lebih baik daripada yang dijangkakan, greenback akan naik.
  • Jika tidak, ia akan jatuh.

Instrumen untuk didagangkan: EURUSD, XAUUSD, USDJPY.

Kadar Faedah UK

15 September, 14:00 GMT+3.

nnnGBPUSDH4.png 

Bank of England akan mengumumkan keputusan Kadar Faedah mereka dan membuat penyataan mengenai dasar monetari masa hadapan pada hari Khamis, 15 September, pukul 14:00 GMT+3.

Kini pakar semakin pesimis tentang situasi ekonomi UK. Kebarangkalian terjadinya kemelesetan kini dilihat jauh lebih tinggi. Selain itu, kadar faedah akan dinaikkan lebih tinggi daripada yang difikirkan sebelum ini.

Kenaikan yang serupa dengan penambahan separuh mata pada pengumuman terdahulu di bulan September dijangka akan dilakukan ketika ahli-ahli politik bertarung dengan inflasi dua digit. Kenaikan suku mata seterusnya pada bulan November akan meningkatkan kadar penanda aras Bank of England kepada 2.5%, lebih tinggi daripada puncak yang diramalkan sebelum ini iaitu 2%.

Tidak seperti Bank of England, ahli ekonomi percaya bahawa UK akan berjaya mengelakkan kemelesetan: penurunan sedikit pada suku keempat bertukar menjadi stagnasi pada bulan-bulan pertama tahun 2023, dan kemudian pertumbuhan yang sederhana akan bersambung semula. Walau bagaimanapun, risiko kemeruapan semakin meningkat. Kebarangkalian kemelesetan pada masa ini dianggarkan pada tahap 75%, meningkat dengan mendadak daripada 44% pada awal Julai.

Kini GBPUSD kekal dalam downtrend jangka panjang di 1.1530. Purata Bergerak 50 tempoh memainkan peranan sebagai aras rintangan. Sekiranya dasar monetari BoE hawkish, GBP mungkin akan cuba menguji aras-aras di atas 1.1600, yang merupakan sasaran yang terdekat. Jika dasar BoE dovish, GBP berkemungkinan jatuh ke aras 1.1400.

  • Jika hasilnya mengatasi jangkaan, GBP akan naik.
  • Dalam senario lain, GBP akan jatuh.

Instrumen untuk didagangkan: GBPUSD, GBPCAD, EURGBP.

Jualan Runcit AS

15 September, 15:30 GMT+3.

Biro Bancian AS akan mengemas kini datanya mengenai Jualan Runcit dan Jualan Runcit Teras pada hari Khamis, 15 September, pukul 15:30 GMT+3. Ia acara yang wajar untuk diikuti, kerana ia ukuran utama perbelanjaan pengguna dan mengambil kira sebahagian besar aktiviti ekonomi keseluruhan.

Siaran yang terakhir menunjukkan jualan runcit AS menggenang pada bulan Julai berbanding Jun. Jumlah jualan di AS naik 9.2% dari Mei hingga Julai berbanding tempoh tahun lalu. Pada saat data ini disiarkan, indeks dolar AS turun sedikit hampir 500 bp tetapi ia pulih dengan cepat.

 rrrrUsDollarH1.png

Namun, selepas pelarasan untuk "penurunan harga yang dramatik" untuk beberapa komoditi, terutamanya petrol, jualan runcit sebenar sebenarnya naik 0.6%, peningkatan jumlah pertama dalam tempoh tiga bulan terakhir. Jualan runcit telah jatuh dalam beberapa bulan kebelakangan ini disebabkan oleh inflasi yang terburuk dalam beberapa dekad, kerana sentimen pengguna kekal dekat dengan paras terendah sepanjang masa.

  • Jika “Sebenar” lebih baik daripada yang dijangkakan, dolar AS akan meningkat.
  • Jika tidak, USD mungkin merosot.

Instrumen untuk didagangkan: AUDUSD, USDCAD, EURUSD.

Kesimpulan

Perdagangan sempena acara ekonomi adalah peluang yang baik untuk berlatih kedua-dua analisis fundamental dan teknikal. Jadi, gunakan peluang ini dan dapatkan signal di dalam saluran Telegram kami. Semoga berjaya!

Berdagang Sekarang

Serupa

KDNK AS: Apa yang Baharu?
KDNK AS: Apa yang Baharu?

AS akan mengumumkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Pendahuluan (Advance) pada 28 Julai, pukul 15:30 MT.

NFP AS: Apa yang Baharu?
NFP AS: Apa yang Baharu?

Biro Statistik Buruh AS akan mengumumkan purata pendapatan per jam, perubahan penggajian bukan perladangan (NFP) dan kadar pengangguran pada 8 Julai, pukul 15:30 MT.

Berita terkini

USD Bergerak Dengan Aneh Menjelang CPI
USD Bergerak Dengan Aneh Menjelang CPI

Amerika Syarikat akan menerbitkan Kadar Inflasi dan Kadar Inflasi Teras, juga dikenali sebagai CPI dan CPI Teras AS, pada 10 Ogos, pukul 15:30 GMT+3.

Pengumuman NFP: Satu Lagi Tumbukan untuk USD?
Pengumuman NFP: Satu Lagi Tumbukan untuk USD?

Biro Statistik Buruh Amerika Syarikat akan mengeluarkan data bulanan purata pendapatan per jam, perubahan penggajian bukan perladangan (NFP) dan kadar pengangguran pada 5 Ogos, 15:30 GMT+3.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Rasai Semangat Berpasukan

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera