
Ada ribuan, jika bukan jutaan, aset di dunia. Yang paling terkenal adalah euro, dolar, emas, bitcoin, dan lain-lain.
2023-08-11 • Dikemaskini
Perdagangan intraday, juga dikenali sebagai perdagangan harian, ialah berkenaan pembelian dan penjualan aset pada hari yang sama.
Dalam kata lain, sekiranya anda melakukan pesanan intraday jual atau beli, anda mengambil kesempatan terhadap pergerakan harga pada hari perdagangan tersebut dan anda akan menutup posisi anda sebelum berakhirnya waktu pasaran. Pedagang harian mensasarkan untuk mengaut keuntungan pantas untuk jangka pendek.
Untuk berjaya, anda perlu mempunyai strategi perdagangan intraday yang bagus.
Kami sertakan beberapa tip, yang akan membantu anda untuk menjadi pedagang intraday yang berjaya:
Pedagang intraday kebiasaanya memilih aset bergantung kepada kemeruapannya. Secara amnya, lebih baik untuk memilih aset dengan kemeruapan yang tinggi kerana ia memberikan lebih peluang untuk mengaut keuntungan.
Untuk memilih aset yang mungkin mengalami kenaikan kemeruapan pasa masa akan datang, pedagang harus menggunakan kalendar ekonomi kerana harga biasanya akan turun naik semasa acara utama.
Perkakas ini juga akan membantu melihat sentimen pasaran, yang akan membantu pedagang untuk meramal trend.
Selepas pedagang memilih aset, beliau harus membuat analisis teknikal, menentukan trend, mencari titik masuk yang terbaik, menetapkan sasaran keuntungan dan Renti Rugi.
Faedah menjadi pedagang harian ialah anda boleh memilih daripada pelbagai rangka masa yang berbeza, bergantung pada kecairan pasaran pilihan anda, jumlah masa yang anda perlukan untuk dagangan anda, dan strategi perdagangan pilihan anda.
Pernahkah anda menyesali keputusan yang anda buat serta-merta selepas melaksanakannya?
Kadangkala pedagang mula berfikir panjang dan mula meragui keputusan mereka. Mereka merasakan bahawa poin masuk tidak sebagus yang beliau percaya apabila melakukan urusniaga.
Untuk mengelak daripada melakukan kesilapan sedemikian, seorang pedagang mesti membuat keputusan tentang poin masuk dan tahap Ambilan Untung sebelum memasuki pasaran.
Adalah lebih baik untuk merancang perdagangan anda tanpa membiarkan emosi anda menentukan keputusan anda.
Apabila anda membuka urusniaga, harga boleh menuju ke mana-mana sahaja.
Oleh itu, pedagang harus memutuskan berapa banyak kerugian yang beliau sedia tanggung sekiranya urusniaga perdagangan itu bertentangan dengan gerakan pasaran.
Terdapat beberapa cara untuk menetapkan Renti Rugi. Kaedah yang paling popular adalah menetapkan Renti Rugi di paras penting di belakang poin masuk dan mengira nisbah risiko ganjaran.
Sifat tamak adalah musuh setiap pedagang harian kerana harga boleh berubah dalam masa beberapa minit sahaja dan pasaran akan bertukar arah, terutamanya jika ia terlalu meruap.
Rahsia untuk perdagangan intraday yang berjaya adalah leveraj yang tinggi yang mana akan membantu untuk meningkatkan keuntungan (dan juga kerugian). Namun, petuanya adalah melawan sifat tamak apabila harga telah mencapai sasaran. Jangan tunggu untuk harga pergi lebih jauh sekiranya ia telah mencapai sasaran.
Ada dua pilihan untuk pedagang sekiranya beliau yakin harga akan meneruskan momentumnya:
Jika pedagang membuka posisi untuk perdagangan intrahari berdasarkan trend pasaran hari semasa dan analisis teknikal, membiarkan posisi ini terus aktif semalaman mungkin bukan idea yang bagus. Hari baru mungkin bermula dengan berita baharu, yang mungkin menyongsangkan trend sedia ada.
Berita tidak akan menjejaskan waktu pasca pasaran pedagang intraday kerana mereka mungkin telah menutup posisi mereka. Ia membantu mereka menghapuskan risiko kehilangan modal semalaman.
Trend adalah rakan kepada pedagang.
Jangan berkahwin dengan analisis anda. Naik turun adalah sifat semulajadi semua pasaran. Jika pasaran tidak menyokong analisis anda, jual dan keluar dari posisi anda sebaik sahaja ia mencapai paras Renti Rugi anda. Bergantung dengan harapan bahawa pasaran akan bertindak seperti yang anda ramalkan boleh meningkatkan kerugian anda.
Keuntungan perdagangan intraday banyak bergantung kepada faktor masa. Salah satu tip perdagangan intrday terbaik ialah jangan membuat pesanan dalam jam pertama perdagangan untuk hari tersebut. Kemeruapan adalah tinggi pada waktu ini, yang akan mengakibatkan huru-hara dan bunyi bising pada jam pertama waktu pasaran. Ramai pakar memilih untuk menghentikan dagangan sejam sebelum sesi dagangan AS dibuka dan mula berdagang sejam selepas ia bermula.
Kesimpulannya, untuk memanfaatkan sepenuhnya perdagangan intraday, anda mesti terlebih dahulu belajar cara membuat langkah yang tepat pada waktu yang tepat. Cara terbaik untuk menguasai kemahiran ini ialah dengan memberi perhatian kepada butiran dan memahami mood pasaran pada waktu pagi, tengah hari dan pada penghujung hari.
Pedagang intraday membuat banyak transaksi yang kerap dan mengakru keuntungan setiap hari. Anda perlu memilih platform yang tepat yang mempunyai pelaksanaan pantas dan caj broker yang minimum.
Secara amnya, seorang pedagang perlu membayar spread dan komisen untuk membuka dan menutup dagangan. Mujurlah, FBS menawarkan salah satu komisen yang terendah bermula dari sifar dan spread bermula dari 0.5 pip.
Seperti yang kami maklumkan sebelum ini, disiplin merupakan faktor terpenting untuk menjadi pedagang intraday yang berjaya. Apakah cara yang lebih baik untuk menjadi berdisiplin daripada mengikuti peraturan?
Setiap pedagang perlu mempunyai strategi yang ampuh, termasuklah:
Pedagang baru harus bermula dengan amaun yang kecil dan menguji strateginya. Sebaik sahaja strategi yang mereka gunakan ternyata mampu menghasilkan keuntungan yang stabil, pedagang berkenaan boleh membesarkan saiz lot.
Menjadi seorang pedagang intraday adalah mengenai kesabaran dan disiplin. Dengan mengikuti sembilan tips ini, anda boleh pertingkatkan prestasi perdagangan anda dan menjadi pedagang intrahari yang profesional.
Buka akaun dan mula berlatih sekarang!
Ada ribuan, jika bukan jutaan, aset di dunia. Yang paling terkenal adalah euro, dolar, emas, bitcoin, dan lain-lain.
Komoditi ialah barangan atau bahan mentah penting yang digunakan oleh orang ramai untuk memenuhi keperluan penting mereka dan menghasilkan barangan yang lebih kompleks.
Pola carta segitiga (triangle chart patterns) ialah pola pengukuhan yang melibatkan harga aset yang bergerak dalam julat yang semakin mengecil.
Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang.
Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.
Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.
FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.
Permohonan anda telah diterima
Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat
Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam
Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat
Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi
Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!