Pola Carta vs. Pola Candlestick

Baca artikel ini di laman web FBS

Setiap pedagang perlu mempunyai sistem perdagangan. Ia adalah satu set peraturan yang anda ikuti sebelum, semasa dan selepas setiap urusniaga. Salah satu bahagian yang kritikal dalam sistem perdagangan adalah sebab mengapa anda wajar masuk atau keluar dari urusniaga perdagangan tersebut. Dalam artikel ini, kami akan mendedahkan kepada anda sebab-sebab ini.

Pola carta berada di satu sisi, dan pola candlestick di sisi satu lagi. Yang mana satu akan menang?

Poin-poin utama

  1. Kedua-dua pola carta dan candlestick adalah alat-alat teknikal untuk para pedagang. Ia membantu kita mencari arah urusniaga dan mengurus risiko.
  2. Pola candlestick mempunyai bilangan candle yang lebih sedikit, tetapi ia selalunya dapat mengesahkan idea di minda seseorang pedagang.
  3. Pola carta mempunyai candle yang lebih banyak dan boleh menawarkan petunjuk trend yang lebih ketara, tetapi ia memerlukan kesabaran dan pengalaman untuk dapat mengenal pasti.
  4. Sistem perdagangan yang jelas dengan peraturan masuk dan keluar yang khusus adalah penting untuk perdagangan yang berjaya, tanpa mengira metodologi yang digunakan.
  5. Pedagang harus mempertimbangkan untuk menggabungkan pola-pola carta dan candlestick untuk strategi perdagangan yang lebih menyeluruh.

Jenis-jenis pola candlestick

Setiap candle terdiri daripada beberapa bahagian. Ia mempunyai satu badan sebenar dan dua bayang-bayang. Dengan bantuan candlestick Jepun, kita boleh membaca pergerakan-pergerakan pasaran, termasuk harga pada awal dan akhir setiap tempoh urusniaga. Baca lebih lanjut dalam panduan lengkap candlestick Jepun. Sekarang mari kita tinjau beberapa contoh pola candlestick.

1.png

Hammer (Tukul)

Hammer adalah pola candlestick bullish yang menandakan potensi berlakunya penyongsangan trend. Pola ini terdiri daripada candle dengan badan yang kecil dan bayang bawah yang panjang, yang menunjukkan bahawa pembeli boleh menolak harga lebih tinggi selepas suatu tempoh penjualan yang menekan harga lebih rendah.

2.png

Bullish Engulfing

Pola penyongsangan bullish ini berlaku apabila candlestick hijau yang lebih besar menyelubungi sepenuhnya candlestick merah yang kecil. Candle kedua harus bermula di bawah bayang-bayang candle yang pertama dan berakhir di atas paras tertingginya. Pola ini memberitahu kita yang para pembeli menguasai pasaran tersebut.

3 (1).png

Morning Star (Zuhrah)

Morning Star adalah pola penyongsangan bullish yang terdiri daripada tiga candle. Yang pertama ialah candle bearish panjang, diikuti dengan satu candlestick kecil, dan kemudian satu candle bullish yang panjang. Pola itu mencadangkan bahawa ada penyongsangan trend akan berlaku. Ambil perhatian bahawa candle tengah biasanya mempunyai badan dan bayang-bayang yang pendek, yang menunjukkan bahawa bulls dan bears gagal untuk mendorong harga.

Selain itu, para pedagang memantau jika berlaku senggang harga (price gaps) untuk mengesahkan pola tersebut.

4.png

Hanging Man (Orang Kena Gantung)

Ini ialah pola penyongsangan bearish di kemuncak suatu trend menaik. Candle itu mempunyai badan yang kecil dan bayang-bayang bawah yang panjang, yang menunjukkan bahawa pembeli tidak dapat mengekalkan momentum menaik.

5.png

Shooting Star (Tahi Bintang)

Pola penyongsangan ini berlaku di kemuncak satu pergerakan. Pola ini dicirikan oleh badan yang kecil dan bayang-bayang atas yang panjang, yang menunjukkan bahawa penjual boleh mendorong harga ke bawah selepas satu tempoh tekanan pembelian.

6.png

Bearish Engulfing

Pola penyongsangan bearish yang berlaku apabila candlestick merah yang lebih besar menyelubungi sepenuhnya candlestick hijau yang kecil. Ia kelihatan seperti pola engulfing bullish dengan candle yang telah bertukar tempat. Yang pertama ialah candle hijau, dan yang kedua ialah candle merah. Biasanya, para penjual masuk berpencak di gelanggang selepas pola engulfing bearish lengkap.

7.png

Ia jauh lebih efisien jika anda mendapati ada beberapa pola penyongsangan candlestick yang berturutan. Sebagai contoh, dalam rajah di atas, bearish engulfing muncul selepas dua shooting star, yang mengesahkan trend menurun akan muncul.

Pola carta

Tidak seperti pola candlestick, pola carta mengambil lebih banyak masa untuk terbentuk. Sebagai contoh, apabila bearish engulfing berlaku, anda hanya memerlukan dua candle untuk menilai keadaan tersebut. Sebaliknya, pola carta memerlukan sekurang-kurangnya sepuluh candle. Di sini, kami telah himpunkan beberapa pola-pola carta untuk anda.

Pola-pola penerusan

Triangles (Segi Tiga)

Ini ialah pola penerusan yang terbentuk apabila pergerakan harga terkurung dalam dua garis trend yang menumpu. Penembusan dalam mana-mana arah mencadangkan penerusan trend sebelumnya. Terdapat tiga jenis segi tiga:

  • Simetri: Pola segi tiga yang dicirikan oleh satu siri paras tertinggi yang lebih rendah dan paras terendah yang lebih tinggi. Pola ini menunjukkan bahawa pasaran tidak keruan (indecisive) dan penembusan mungkin berlaku tidak lama lagi. Para pedagang biasanya menganggap ini bukan pola bullish atau bearish. Mereka memilih untuk masuk selepas penembusan dan ujian semula.
  • Menaik: Pola segi tiga yang dicirikan oleh garis trend atas yang rata dan garis trend bawah yang menaik. Pola tersebut menunjukkan bahawa pembeli mula menguasai pasaran secara beransur-ansur. Biasanya, para pembeli masuk selepas penembusan dan menguji semula garis rintangan.
  • Menurun: Pola segi tiga yang dicirikan oleh garis trend bawah yang rata dan garis trend atas yang menurun. Pola tersebut menunjukkan bahawa penjual mula menguasai pasaran secara beransur-ansur. Biasanya, para penjual masuk selepas penembusan dan menguji semula garis sokongan.

Pada carta di bawah, anda boleh melihat segi tiga simetri.

8.png

Pola Pennant (Panji-Panji)

Pola penerusan ini terbentuk apabila satu tempoh pengukuhan yang singkat menyusuli pergerakan harga yang mendadak. Ia menyerupai segi tiga simetri kecil dan mencadangkan bahawa trend sebelumnya akan berterusan.

9.png

Pola-pola penyongsangan

Pola Head and Shoulders

Ini ialah pola penyongsangan yang terdiri daripada tiga puncak, dengan puncak tengah adalah yang tertinggi. Pola tersebut menunjukkan bahawa pasaran sedang beralih daripada trend menaik kepada trend menurun.

10.png

Double Tops and Bottoms

Pola ini muncul apabila harga mencapai poin tinggi atau rendah dua kali, dengan satu tempoh penurunan atau kenaikan di antaranya. Double top atau double bottom menunjukkan bahawa pasaran mungkin akan menyongsang.

11.png

Pola carta vs. pola candlestick: apa perbezaannya?

Berikut ialah perbezaan utama antara pola carta dan pola candlestick:

  • Pola candlestick memerlukan lebih sedikit candle untuk terbentuk berbanding pola carta. Walau bagaimanapun, katakan anda melihat pola pada rangka masa M1 (di mana satu candle bersamaan satu minit). Dalam kes itu, anda mungkin melihat beberapa pola carta di sini. Namun, ia akan kelihatan seperti satu candle tunggal pada rangka masa harian. Rangka masa sangat bermakna.
  • Candlestick biasanya bertindak sebagai pengesahan idea anda. Kami tidak syorkan anda berdagang hanya dengan pola candlestick kerana ia selalunya boleh terbentuk di pertengahan pergerakan, yang sebenarnya palsu. Oleh itu, adalah lebih baik anda mencari pola carta terlebih dahulu berbanding mencari pengesahan candle.

Kesimpulan

Kesimpulannya, pola-pola carta dan candlestick adalah alat berharga yang membantu para pedagang menganalisis dan meramalkan pergerakan-pergerakan pasaran. Adalah penting untuk memiliki satu sistem perdagangan dan sebab yang jelas untuk masuk atau keluar dari suatu urusniaga, sama ada ianya berdasarkan pola carta, candlestick, atau kedua-duanya. Akhir sekali, pilihan antara pola carta dan pola candlestick bergantung pada kecenderungan peribadi dan strategi perdagangan.

FBS Analyst Team

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.