Forex, Indeks, Matawang Kripto atau Emas... Aset Mana Hendak Didagangkan Dahulu?

Baca artikel ini di laman web FBS

Matawang, emas atau indeks... Apa yang perlu didagangkan dahulu?

Anda telah pun mempelajari cara menggunakan beberapa instrumen dan strategi perdagangan dan bila anda harus masuk/keluar daripada pasaran. Walau bagaimanapun, anda mungkin keliru aset apa yang hendak dipilih untuk berdagang ketika baru bermula. Artikel ini akan membantu anda memutuskan instrumen perdagangan yang manakah yang terbaik untuk anda! Jom!

Aset-aset kewangan

Pertama, kita boleh mencerakinkan semua aset kewangan secara kasar kepada dua kumpulan: aset perlindungan dan aset berisiko. Sebagai satu pedoman, aset perlindungan (atau aset selamat, "safe-haven assets") cenderung meningkat ketika ekonomi tidak stabil dan tidak menentu. Dalam kes ini, pedagang biasanya mengatakan sesuatu seperti: "sentimen pasaran sedang risk-off" atau "penghindaran risiko sedang berleluasa di pasaran". Apabila ini berlaku, pelabur biasanya mencari tempat paling selamat untuk meletakkan modal mereka. Oleh itu, mereka mengutamakan aset selamat seperti logam berharga: emas, perak, platinum dan matawang yang paling dipercayai: dolar AS (USD), yen Jepun (JPY) dan franc Swiss (CHF). Mengapa ini berlaku? Logam berharga mempunyai sejarah yang panjang dan para pedagang percaya bahawa ia akan mengekalkan nilai tingginya pada masa hadapan. JPY dan CHF dianggap andal kerana kedudukan kewangan Jepun dan Switzerland yang stabil. USD kadangkala menjadi aset perlindungan disebabkan kerana keteguhan ekonomi AS.

Aset-aset berisiko tinggi

Mari kita beralih kepada aset berisiko. Ia adalah dolar Australia, dolar New Zealand, pound British, minyak dan indeks saham seperti S&P 500, NASDAQ dan Dow Jones. Pelabur lebih suka memilih aset yang lebih berisiko apabila indikator ekonomi di negara maju mengatasi jangkaan, bank dan organisasi utama mengeluarkan ramalan yang optimistik dan berita baik lain menyenangkan hati semua orang. Apabila perkara seperti itu berlaku, pedagang dan pelabur ingin mengerjakan wang mereka, jadi mereka mengejar pulangan yang lebih tinggi dan, seperti yang kita tahu, pulangan yang lebih tinggi sentiasa seiring dengan risiko yang lebih tinggi, itulah sebabnya mereka membeli aset berisiko yang menghasilkan lebih banyak pulangan.  

Nah, anda sudah jelas tentang apakah itu matawang, tetapi apakah itu indeks? Mari kita fikirkan. Indeks ialah sebakul saham individu (baca: tunggal), yang sering diberikan ranking oleh institusi bebas seperti bank-bank utama atau syarikat kewangan. Indeks saham yang paling terkenal ialah S&P 500. Ia terdiri daripada saham 500 syarikat besar AS. Indeks ini mendedahkan prestasi pasaran saham mengikut risiko dan penghasilan syarikat-syarikat ini. Kebanyakan pedagang menggunakannya sebagai barometer sentimen pasaran.

Aset perlindungan

Kami memanggil suatu aset sebagai aset perlindungan apabila ia tidak berapa berisiko dan mempunyai kemeruapan yang rendah. Walaupun aset ini boleh bergerak secara drastik dan membentuk swing yang besar pada harganya, ia biasanya stabil dan kukuh. Yen Jepun boleh dijadikan satu contoh bagi aset perlindungan sebelum krisis ekonomi 2022. Pentadbiran Bank Jepun (Bank of Japan) memutuskan untuk tidak menyokong Yen dan membiarkannya ia merosot lebih rendah tanpa sebarang batasan yang nyata. Itulah sebabnya ramai pelabur kini kurang pasti tentang masa depan JPY sebagai suatu aset selamat. Satu lagi ialah Swiss Franc (CHF) yang masih lagi satu matawang yang stabil. 

Perhatikan, aset perlindungan adalah pedang bermata dua kerana instrumen ini memberikan pulangan yang jauh lebih sedikit ke akaun anda. Anggap ia sebagai satu sagu hati dan kita harus menerimanya.

Risiko aset-aset kewangan utama

Aset

         

Syurga selamat

Berisiko

       

Logam berharga

Matawang yang boleh dipercayai

Indeks saham & saham

Matawang berisiko

Minyak

Matawang kripto

Emas

Perak

Platinum

USD

JPY

CHF

S&P 500

NASDAQ

Dow Jones

AUD

NZD

GBP

WTI

Brent

Bitcoin

Ethereum

Litecoin

Memilih aset yang terbaik untuk berdagang

Berikut ada satu perkara yang perlu anda ingat: untuk dagangkan indeks yang dinyatakan di atas, anda harus memilih kontrak untuk perbezaan (CFD). Contohnya, untuk dagangkan S&P 500 pada bulan September, anda perlu memilih CFD, yang dinamakan S&P 500-20U. Perhatikan bahawa kontrak ini akan tamat pada 18 September. Oleh itu, untuk terus dagangkan indeks saham ini bermula dari 18 September, anda perlu memilih CFD lain: S&P 500-20Z, yang akan tamat tempohnya pada 12 Disember. Jadi, urusniaga perdagangan pertamanya boleh dilakukan pada 8 September, dan perdagangan terakhir - pada 18 Disember. Anda boleh menyemak tarikh tamat tempoh dalam di MetaTrader dengan mengklik butang kanan tetikus pada CFD berkenaan dan memilih 'Specification'.

for intensive 7_1.png

Kini, anda mempunyai pengetahuan asas tentang aset kewangan di Forex. Mari kita bincangkan beberapa peraturan pasaran yang perlu diketahui oleh setiap pedagang.

Apa yang penting apabila memilih aset perdagangan terbaik

Adalah penting untuk mengikuti pengumuman ekonomi yang signifikan, ucapan daripada bank pusat dan kerajaan serta acara pasaran lain. Kenapa? Semua itu cenderung mendorong pergerakan harga. Sebagai contoh, jika KDNK British diumum lebih baik daripada unjuran, pound British (GBP) akan meningkat. Jika tidak, GBP akan jatuh. Harap maklum bahawa secara amnya begitulah yang terjadi dalam kebanyakan kes, tetapi tidak semestinya ia akan begitu. Kadangkala, reaksi pasaran agak sederhana. Jadi, terimalah satu lagi petua: tangkap keseluruhan pergerakan pasaran dan sertai arus pasaran!

Apa yang menarik ialah sesetengah aset sangat berkorelasi antara satu sama lain disebabkan oleh ekonomi atau lokasinya, contohnya, AUD dan NZD apabila ia didagangkan berbanding USD atau EUR. Selain itu, adalah penting untuk memahami latar belakang ekonomi negara yang berkenaan. Contoh terbaik ialah dolar Kanada. Ia sangat sensitif dengan harga minyak. CAD dan harga minyak biasanya bergerak dalam arah yang sama kerana ekonomi Kanada adalah salah satu pengeluar minyak yang terbesar. Selain itu, ekonomi China dan Australia sangat terkait kerana hubungan perdagangan yang aktif di antara dua negara tersebut. Oleh itu, pengumuman ekonomi dari China mempunyai kesan yang besar bukan sahaja ke atas yuan China, tetapi juga dolar Australia.

Dunia Forex benar-benar luas dan rencam. Ia sangat menarik untuk diteroka dan dianalisis. Jika anda memahami bagaimana segala-galanya saling berkaitan di Forex, ia akan memberi anda keyakinan yang lebih besar dalam perdagangan!

DAGANGKAN ASET PILIHAN ANDA

Baca lebih lanjut

FBS Analyst Team

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.