Bagaimana cara berdagang dengan harga di paras tertinggi dan terendah sepanjang zaman?

Baca artikel ini di laman web FBS

Intro

Biasanya, bila kita menentukan aras rintangan atau sokongan, kita akan mencari aras terendah atau tertinggi sebelumnya sebagai rujukan. Sebagai contoh, pada carta H4 di bawah, GBP/USD telah bermain-main di sekitar aras 1.33 untuk sekian waktu sehinggakan ia boleh dianggap munasabah untuk memilih aras ini sebagai aras sokongan taktikal. Sangat mudah dan selesa, bukan? Secara asasnya, anda sebenarnya berdagang berlandaskan prestasi silam aset berkenaan.

1.png

Bagaimana jika

Tetapi bagaimana jika pasangan mata wang mencapai zon yang belum pernah ia masuki sebelum ini, wilayah yang "belum dipetakan"? Begitulah keadaannya untuk USD/TRY pada carta harian di bawah. Walaupun sokongan 7.50 dan rintangan 8.50 boleh ditetapkan dengan mudah, itu hanya boleh berfungsi untuk perdagangan secara lokal, intrahari, dan hanya ketika pasangan matawang berkenaan berada di bawah rintangan 8.50. etapi apa yang akan berlaku apabila ia mendekati 8.50 kembali dan kemudian menembusinya, bagaimana anda tentukan tahap rintangan pada situasi tersebut?

2.png

Andaian

Perkara pertama yang perlu diperiksa adalah rangka masa (timeframe) yang lebih besar. Adakalanya, anda tidak dapat melihat prestasi harga yang cukup jauh ke masa silam: harga rendah atau tinggi untuk beberapa tahun yang lalu amat sukar dilihat pada carta H4 atau harian. Oleh itu, anda perlu beralih ke rangka masa mingguan atau bulanan. Tetapi untuk USD/TRY, carta bulanan di bawah menunjukkan bahawa dalam dua puluh tahun kebelakangan ini, harga tidak pernah setinggi ini. Jadi apa yang harus dilakukan, dan bagaimana cara untuk menentukan tahap rintangan di sini?

3.png

Unjuran

Fundamental

Apa yang anda perlu lakukan adalah membuat unjuran carta. Tetapi sebelum anda melakukannya, pastikan tiada kemungkinan berlakunya sebarang perubahan pada lanskap fundamental untuk aset anda. Ia seperti merancang laluan pelayaran; anda tiba di tempat anda berada kerana anda mengikut arus yang tertentu. Jika angin bertukar arah, arus juga berubah dan ia akan membawa anda ke arah yang berbeza dari apa yang anda telah rancangkan. Jadi, anda boleh meramal posisi anda di masa hadapan dengan mengandaikan angin terus bertiup dalam arah yang sama seperti apa adanya situasi anda setakat ini.

Rentak

Sekarang, perhatikan seberapa laju gerakan trajektori aset anda. Sukar untuk anda ramalkan pecutan atau nyahpecutan, jadi satu-satunya cara untuk anda unjurkan pergerakan harga ke masa hadapan jangka sederhana dan jangka panjang adalah dengan menganggap bahawa ia akan mengekalkan rentak yang lebih kurang sama. Setelah anda melakukan hal tersebut, anda akan mempunyai carta jangkaan pergerakan harga di skrin anda yang kini boleh membantu anda menetapkan tahap rintangan atau sokongan yang sesuai. Objektif pun tercapai.

Berlatih

Sebagai contoh, carta harian USD/TRY di bawah. Kita gunakan trajektori ke atasnya, ditandakan dengan kotak di sebelah kiri, sebagai asas untuk ekstrapolasi. Itu adalah sifatnya yang normal bila tiada berita besar atau gerakan pasaran yang besar. Sekarang, kita andaikan bahawa ia akan akan mengikuti trajektori yang sama di masa hadapan yang terdekat. Bila kita plotkannya, ia tidak perlu mirip seratus peratus: kita di sini hanya sekadar menganggarkan apa senario yang paling mungkin untuk USD/TRY, dalam situasi fundamental yang sama. Carta hipotetikal yang kita perolehi mencadangkan bahawa dalam masa tiga bulan, USD/TRY boleh mencapai 9.00 dari 7.50 seperti mana ia bergerak dari 7.00 ke 8.50 dari bulan Ogos hingga Oktober. Tahniah! Kini, kita boleh tetapkan rintangan pada 9.00 dan mendasarkan rancangan perdagangan kita dengan sewajarnya. Hal yang sama terpakai untuk gerakan ke bawah.

4.png

Realiti

Perlu diingat bahawa pendekatan ini lebih sesuai untuk unjuran jangka sederhana dan jangka panjang. Gerakan intrahari yang bersifat jangka pendek, jauh lebih banyak diherotkan oleh emosi pasaran yang bersifat sementara, manakala permainan panjang meredam hingar-bingar yang sebegitu. Selain itu, sila maklum bahawa anda harus memasukkan anggaran pembetulan harga (correction) dan pengunduran (retracements) dalam unjuran anda. Jika tidak, senario yang anda unjurkan mungkin satu senario yang idealistik yang memberikan jangkaan tingkah laku harga yang tidak realistik.

Kesimpulan

Jadi, bila ada harga tertinggi atau terendah sepanjang zaman yang berjaya dipecahkan, dan tidak ada titik rujukan yang sah pada prestasi masa silam aset tersebut, ikuti panduan ini:

  1. Semak lanskap fundamental aset tersebut. Sekiranya fundamentalnya dijangkakan sama dalam jangka masa yang terdekat, itu mungkin memberikan anda alasan yang cukup untuk anda menganggap bahawa trajektori pergerakan semasa boleh diunjurkan ke masa hadapan jangka sederhana.
  2. Periksa pola dan kelajuan pergerakan aset. Lihat betapa curamnya cerun lengkungan, seberapa banyak ia diherotkan oleh hingar dan pembetulan harga tempatan - dan ekstrapolasikannya ke masa depan jangka sederhana.
  3. Berdasarkan unjuran ini, perhatikan aras atau zon rintangan/sokongan. Sekarang, objektif anda sudah tercapai, dan anda boleh berdagang dengan aras yang diunjurkan.

                                                                                                    LOG MASUK

Baca lebih lanjut

FBS Analyst Team

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.