Strategi Trend yang Baharu dan Mudah
Seperti yang kita ketahui, pergerakan trend yang kukuh penting dalam pasaran. Kami persembahkan kepada anda strategi popular masa kini yang membolehkan anda mengenal pasti permulaan awal trend baharu yang kukuh dan membuka urusniaga.
Setup strategi
Instrumen: apa sahaja
Indikator: MACD (12,26,9), Parabolic SAR (0.02; 0.2) dan SMA (period 10) dengan tetapan standard
Rangka masa: > H1
Peraturan pengurusan risiko: Volum urusniaga malar sebanyak 0.1 lot.
Peraturan untuk entri long
- Tunggu garis MACD menyilang garis signal ke bawah.
- Pada masa yang sama, satu titik Parabolic SAR muncul pada bahagian atas candlestick.
- Pengesahannya ialah apabila carta harga menyilang purata pergerakan ke atas.
Adalah disyorkan untuk menggunakan Renti Rugi (SL) pada aras minimum lokal yang terdekat sebelum signal tersebut diterima.
Peraturan untuk entri short
- Tunggu garisan MACD menyilang garisan signal ke bawah.
- Pada masa yang sama, satu titik Parabolic SAR muncul pada bahagian atas candlestick.
- Pengesahannya ialah apabila carta harga menyilang purata pergerakan ke bawah.
Adalah disyorkan untuk menggunakan Renti Rugi pada aras maksimum lokal yang terdekat sebelum menerima signal tersebut.
Peraturan untuk Ambilan Untung
- Pilihan Ambilan Untung mungkin berdasarkan nisbah 3:1, iaitu, bagi setiap satu poin kerugian, suatu urusniaga harus mendapat 3 poin untung.
- Urusniaga (posisi) boleh ditutup sebelum Ambilan Untung dicapai jika signal-signal bertentangan daripada indikator MACD dan/atau Parabolic SAR diterima.
Nota penting
Apabila mencari signal, adalah penting untuk memberikan tumpuan kepada cara garisan MACD bersilang. Semakin tajam persilangan tersebut (semakin besar "angle of attack"), semakin besar peluang signal tersebut untuk berjaya. Biasanya, "angle of attack" bergantung pada sejauh mana garis MACD menyisih antara satu sama lain sebelum ia bersilang.
Indikator MACD+Parabolic boleh digabungkan dengan jenis-jenis analisis teknikal yang lain. Sebagai contoh, dengan analisis carta dan aras-aras sokongan/rintangan. Jika signal beli muncul apabila harga menguji aras-aras sokongan, maka kebarangkalian kejayaan transaksi meningkat. Perkara yang sama adalah benar dan terpakai bagi signal jual pada aras-aras rintangan.
Berdagang dengan FBS menggunakan MACD dan Parabolic dan jadilah seorang profesional sejati!