Cara-cara Meraih Matawang Kripto Percuma Di Tahun 2022

Baca artikel ini di laman web FBS

Tidak kira sama ada anda seorang pelabur kripto yang mempunyai sedikit pengalaman atau baru mula menceburinya. Siapa sahaja yang tidak mahu matawang kripto percuma? Dan ada beberapa cara untuk mendapatkannya. Ada cara yang lebih berisiko, manakala yang lain adalah bonus untuk anda sebagai orang kripto. Jom ketahui bagaimana anda boleh memperoleh sejumlah kripto secara percuma!

5 Cara Untuk Mendapatkan Kripto Percuma

Bertagan matawang kripto

Salah satu cara paling selamat untuk mendapatkan lebih banyak kripto tanpa melakukan apa-apa adalah dengan bertagan (staking). Tetapi untuk menjelaskannya, kita perlu memahami bagaimana transaksi kripto berfungsi. Untuk berfungsi tanpa perantara, matawang kripto memerlukan beberapa bentuk pengesahan untuk setiap transaksi. Ia dipanggil "mekanisme konsensus." Sebagai contoh, Bitcoin berfungsi berlandaskan mekanisme konsensus Proof-of-Work (PoW), yang bermaksud setiap transaksi diproses menerusi kuasa pengiraan komputer yang besar (kerja). Sejumlah komputer bersaing antara satu sama lain, cuba menyelesaikan teka-teki matematik. Komputer yang pertama menyelesaikannya mendapat hadiah (Bitcoin) dan kebenaran untuk menulis transaksi baharu.

Mekanisme PoW adalah kompleks dan memerlukan beribu-ribu komputer untuk beroperasi dengan betul. Itulah sebabnya pengaturcara mencipta satu lagi mekanisme konsensus yang dipanggil Proof-of-Stake (PoS). Daripada menyelesaikan teka-teki matematik, kini pengguna perlu menagan (menaruh, mencagar) simpanan mereka dan membuat satu tabung tagan terkumpul. Tabung ini bertindak sebagai komputer yang membuat keputusan untuk memproses transaksi. Apabila terdapat beribu-ribu tabung tagan, matawang kripto akan dipertahankan daripada serangan dengan kos yang lebih murah dan masa yang lebih pantas berbanding konsensus PoW.

Jika anda mempunyai kripto yang mencukupi untuk mempertaruhkannya, jangan teragak-agak untuk mengambil bahagian dan nikmati kripto percuma. Biasanya, bertagan memberikan anda 5-8% hasil tahunan, tetapi sesetengah projek menawarkan ganjaran bertagan 30%+. Kami memberi amaran kepada anda bahawa peratusan hasil tahunan (APY, annual percentage yield) yang tinggi itu mungkin kelihatan manis tetapi ia berbahaya, kerana projek itu mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk terbukti sebagai satu helah penipuan.

imgonline-com-ua-Resize-wWHexnBflmV.jpg

Kripto yang menyokong bertagan:

  • Ethereum (ETH; selepas penggabungan 10-20 September 2022);
  • Polkadot (DOT);
  • Bertagang stablecoin adalah cara yang paling selamat, tetapi memberikan APY yang paling rendah (3%).

Pinjaman matawang kripto

Bayangkan anda menjadi bank dengan wang yang cukup untuk dipinjamkan. Itulah yang dimaksudkan dengan pinjaman kripto. Anda ambil matawang kripto, pergi ke mana-mana platform pendaratan (Avalanche, Compound, dll.), dan berikan kripto anda kepada mereka yang memerlukannya. Sebaliknya, anda mendapat faedah kripto, sama seperti pembayaran faedah yang digunakan dalam sistem kewangan tradisional.

Platform pinjaman kripto ada yang berpusat dan ada yang terpencar (decentralized) dan pemberi pinjaman boleh mendapatkan kadar faedah APY yang sangat tinggi sebanyak 15% or lebih — bergantung pada platform dan faktor-faktor lain.

Sila maklum bahawa kemelut token Terra (LUNA) berlaku sebahagiannya disebabkan oleh platform pinjaman. Pemberi pinjaman dan peminjam terlebih cagar aset mereka. Ini bermakna orang ramai telah meminjam kripto daripada pemberi pinjaman, membeli lebih banyak kripto dengan kripto yang dipinjam, dan meminjam lebih banyak kripto lagi dengan kripto sebagai cagaran. Secara ringkasnya, sesetengah orang mempunyai APY yang luar biasa tetapi akhirnya tidak memiliki sesen pun kerana leveraj mereka ternyata terlalu besar sewaktu pasaran matawang kripto jatuh.

imgonline-com-ua-Resize-cGj4BCcv5DQEIJ.jpeg

Platform yang menyokong pinjaman:

  • BlockFi;
  • Maker;
  • Aave;
  • Compound.

Airdrop matawang kripto

Di atas, kami sudah menerangkan dua cara untuk meraih matawang kripto secara percuma. Kaedah-kaedah itu hanya berfungsi jika anda sudah mempunyai sejumlah kripto. Bagi mereka yang baru mula meneroka dunia kewangan digital, airdrops matawang kripto menyediakan cara yang sah untuk memperoleh beberapa koin dengan menyelesaikan tugas-tugas mudah.

Airdrops kripto ialah strategi pemasaran yang digunakan oleh syarikat startup untuk memberikan token kepada pedagang matawang kripto sedia ada secara percuma atau sebagai imbal basal bagi kerja-kerja promosi yang minimum. Anda perlu mencari airdrop terlebih dahulu untuk mengambil bahagian dan mendapatkan beberapa kripto secara percuma. Laman web seperti https://airdrops.io/ boleh membantu anda. Harap maklum bahawa FBS tidak mempunyai sebarang kaitan dengan laman ini, dan anda harus menyemak sendiri segala-galanya sebelum meletakkan wang anda di situ.

{F6F3DB41-8190-4467-92D2-EA4CE59B5F39}.png.jpg

Anda boleh melayari laman tersebut, klik pada projek yang anda suka, dan membaca syarat-syarat untuk mendapatkan koin. Biasanya, prosesnya mudah dan merangkumi pendaftaran dan beberapa tugas lain seperti "kongsi siaran ini di media sosial" atau "tonton iklan ini."

Anda tidak akan mendapat ratusan dolar serta-merta dengan menggunakan kaedah ini. Walau bagaimanapun, pada tahun 2012 sebuah laman memberikan satu Bitcoin kepada semua orang yang mengambil bahagian dalam airdrop mereka. Satu BTC adalah kurang daripada $5 pada tahun 2011, dan kini bernilai $21,000. Agak lumayan untuk pemberian percuma.

Melibatkan diri dalam komuniti

Startup matawang kripto biasanya ingin meraih dana sama ada untuk pembangunan yang lebih pantas atau untuk mencipta skim Ponzi yang berkembang pesat. Kedua-dua sasaran memerlukan kesedaran awam tentang projek itu, dan syarikat-syarikat yang sebegitu bersedia untuk membayarnya. Sebagai contoh, Trust Wallet (TWT) memberikan 20 TWT (sekitar $20 pada Ogos 2022) untuk melengkapkan tinjauan tentang syarikat tersebut dan mengambil bahagian dalam sesi AMA (tanyakan apa sahaja).

Banyak projek token tidak sepiawai (NFT) juga memberikan NFT sebagai sebahagian daripada proses pengiklanan mereka. Crypto Punks, salah satu gambar digital yang paling dikenali, telah diedarkan di kalangan peserta awal yang telah menunjukkan minat dalam projek itu. Kini anda boleh membeli Crypto Punk dengan harga ratusan ribu dolar kerana ia menjadi tokoh ikonik karya seni digital.

imgonline-com-ua-Resize-o2qJOY36Hg.jpg

Tawaran harga terendah untuk satu punk tunggal ialah $112,071. Dan ia percuma beberapa tahun yang lalu!

Pulangan tunai kad kripto

Bagi mereka yang sering menggunakan kad plastik (kredit atau debit), kripto.com (dompet matawang kripto) mencipta kad yang boleh memberikan anda wang. Anda perlu menggunakan kad anda seperti biasa, dan 5% akan dikembalikan ke akaun anda dalam bentuk CRO (token kripto.com). Ini dipanggil pulangan tunai (cashback). Pengguna bebas untuk menukar matawang kripto ini kembali kepada EUR atau USD.

Selain daripada pulangan tunai berbentuk wang, kad ini menawarkan langganan Spotify dan Netflix percuma untuk beberapa peringkat kad, ganjaran bonus dan ruang istirahat premium di lapangan terbang. Walau bagaimanapun, anda memerlukan banyak wang untuk mendapatkan semua faedah kerana anda memerlukan $500 ribu untuk mendapatkan kad peringkat teratas.

imgonline-com-ua-Resize-ZWCGhYf8VjIMoyO6.jpg

Berapa banyak kripto percuma yang boleh saya dapat?

Semuanya bergantung pada cara yang anda pilih. Bertagan (staking) dan pinjaman tidak mengekang anda daripada memperoleh berjuta-juta dolar dalam bentuk kripto, selagi anda mempunyai koin yang cukup untuk ditagankan dan dipinjamkan. Airdrops agak kurang lumayan, tetapi anda masih boleh meraih sehingga $50 daripada satu hadiah.

Bagaimana saya boleh mendapatkan kripto percuma

Anda boleh bertagan, meminjamkan, mengambil bahagian dalam airdrops atau melibatkan diri dalam kehidupan komuniti kripto. Selain itu, pulangan tunai juga satu pilihan untuk anda.

Bagaimana saya boleh mendapatkan Bitcoin percuma

Kadangkala, bursa matawang kripto memberikan beberapa dolar dalam bentuk Bitcoin, tetapi anda biasanya perlu berdagang untuk sekian waktu untuk menikmati ganjaran ini. Juga, yuran transaksi dalam rangkaian Bitcoin boleh melebihi $10 pada masa-masa sibuk.

FBS Analyst Team

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.