Bagaimana Cara Memilih Saiz Lot Dalam Forex?

Bagaimana Cara Memilih Saiz Lot Dalam Forex?

2023-04-04 • Dikemaskini

Salah satu elemen terpenting dalam perdagangan Forex yang berjaya ialah pengurusan wang. Menstrukturkan pelan perdagangan tanpa pengurusan wang yang bijak boleh memberi kesan yang serius terhadap keuntungan pedagang dan berpotensi membawa kepada kerugian yang ketara. Di dalam artikel ini, kami akan membincangkan semua aspek tentang lot dan cara memilihnya.

Apakah itu saiz lot Forex?

Lot di dalam perdagangan Forex adalah unit ukuran yang menyeragamkan saiz perdagangan. Perubahan nilai suatu matawang berbanding matawang yang lain diukur dalam unit poin, iaitu tempat perpuluhan terakhir dan, oleh itu, sangat kecil. Ini bermakna bahawa perdagangan sebanyak satu unit tidak berdaya maju, itulah sebabnya lot diwujudkan untuk membolehkan orang ramai memperdagangkan pergerakan kecil ini dalam kuantiti yang banyak.

Nilai lot ditetapkan oleh bursa atau pengawal selia pasaran, memastikan semua orang berdagang dengan jumlah yang ditetapkan dan mengetahui berapa jumlah aset yang mereka dagangkan apabila mereka membuka posisi.

Mencari saiz lot yang paling seimbang di antara peluang dan risiko adalah keputusan yang sangat penting. Menggunakan alat seperti Kalkulator Perdagangan boleh membantu anda memperhalusi keputusan pemilihan saiz lot anda, tetapi anda harus berbuat demikian dengan mengambil kira toleransi risiko dan sasaran perdagangan anda sendiri.

Itulah sebabnya memilih saiz lot yang betul adalah penting. Saiz lot yang terlalu besar akan menjadikan perdagangan lebih berisiko dan sukar untuk dikekalkan. Saiz lot yang terlalu kecil mungkin tidak menjana potensi keuntungan yang mencukupi dan berbaloi.

Saiz Lot Standard Dalam Perdagangan Forex

Lot dikategorikan kepada empat saiz - standard, mini, mikro dan nano - untuk memberi pedagang lebih kawalan ke atas tahap pendedahan risiko. Saiz lot urusniaga secara langsung mempengaruhi seberapa banyak pergerakan pasaran mempengaruhi akaun anda. Sebagai contoh, pergerakan 100 poin pada urusniaga yang kecil tidak akan terasa sekuat seperti pergerakan 100 poin pada urusniaga yang sangat besar. Kebanyakan pedagang di pasaran Forex biasanya berdagang lot mikro dan mini.

Nano adalah yang terkecil. Ia sebesar 100 unit matawang. Walau bagaimanapun, jenis lot ini tidak digunakan dengan meluas, dan FBS tidak menawarkannya.

Lot mikro ialah saiz lot terkecil yang boleh didagangkan di kebanyakan broker. Ia bersamaan dengan 1000 unit matawang akaun anda. Mengandaikan akaun anda menggunakan matawang dolar AS, satu lot mikro akan bersamaan dengan $1,000. Katakan anda memperdagangkan pasangan yang berasaskan dolar, itu bermaksud satu poin bersamaan dengan 1 sen. Lot mikro disyorkan untuk pemula kerana anda boleh meminimumkan risiko anda semasa berdagang.

Selain lot mikro, terdapat juga lot mini, iaitu 10,000 unit matawang yang digunakan di akaun anda. Ini secara asasnya 10 kali lebih besar daripada Lot Mikro. Katakan anda ingin dagangkan pasangan berasaskan dolar dan menggunakan dolar AS sebagai matawang akaun anda, maka setiap poin pergerakan di carta adalah bersamaan dengan 10 sen. Jika anda seorang pemula yang berhasrat untuk berdagang dengan lot mini, pastikan anda mempunyai modal yang mencukupi kerana walaupun 10 sen setiap poin mungkin kelihatan kecil, pasaran Forex boleh bergerak sebanyak 1000 poin dalam masa sehari atau sejam. Ini bermakna jika perdagangan bergerak melawan anda, anda perlu menanggung kerugian $100. Sudah tentu, anda yang putuskan berapa banyak yang anda mahu risikokan, tetapi untuk berdagang dengan selesa, anda mesti mempunyai sekurang-kurangnya $2,000 di akaun anda.

Akhir sekali, satu lot standard ialah sebanyak 100,000 unit. Jika anda menggunakan dolar, ini bermakna anda dagangkan $100,000. Nilai akaun anda akan turun naik sebanyak $1 untuk setiap pergerakan satu poin. Andainya anda mempunyai $3,000 di akaun anda, pergerakan 300 poin akan menyebabkan perubahan 10% pada baki akaun anda. Akibatnya, kebanyakan pedagang dengan akaun yang lebih kecil tidak akan berdagang menggunakan lot standard.

1080_1080px_Lots_27-06-2022_EN.png

Di Metatrader, saiz lot juga dipanggil volum. Semasa membuka pesanan anda boleh mengawal saiznya.

900_600_Article (1).png

Kalkulator saiz lot forex

Sekarang mari kita bincangkan tentang satu alat dari FBS yang akan menjimatkan masa anda bila mengira perkara ini - Kalkulator Pedagang. Mari kita lihat bagaimana ia berfungsi.

Terdapat beberapa ruang kosong yang perlu anda isi: jenis akaun dan matawang. Pilih instrumen perdagangan dan saiz lot. Harga Bid dan Ask diambil daripada carta, tetapi anda boleh mengeditnya jika anda mempertimbangkan untuk berdagang pada paras harga lain selain daripada harga semasa. Margin ialah jumlah wang yang anda perlukan dalam akaun anda untuk membiayai perdagangan. Jika jumlahnya terlalu besar atau terlalu kecil, anda boleh mencuba saiz lot lain.

Maklumat tentang nilai poin akan membantu anda menilai potensi keuntungan dan risiko dalam perdagangan yang anda rancang: cuma darabkan parameter ini dengan tahap Ambilan Untung dan Renti Rugi. Spread ialah perbezaan di antara harga beli dan jual juga ditunjukkan dalam poin dan USD atau EUR.

Sila maklum bahawa kalkulator ini juga memberikan anda bacaan Swap Long dan Swap Short. Swap ialah yuran peratusan yang sama ada dibayar atau dicaj kepada anda pada penghujung setiap hari perdagangan jika anda membiarkan urusniaga anda dibuka semalaman. Prosedur untuk memindahkan posisi aktif dari satu hari perdagangan ke hari perdagangan yang lain dipanggil rollover. Jika pedagang melanjutkan posisi mereka selama lebih daripada satu hari, mereka akan berhadapan dengan kos atau keuntungan, bergantung pada kadar faedah semasa.

Jika anda hanya berdagang intrahari tanpa rollover, anda tidak perlu fikirkan tentang swap sama sekali. Walaupun anda mengekalkan perdagangan anda aktif selama beberapa hari (sehingga 2 minggu) dan berdagang salah satu matawang Forex utama, keuntungan/kerugian swap anda berkemungkinan kecil berbanding pulangan urusniaga anda (keuntungan atau kerugian anda). Akibatnya, ramai pedagang tidak memberikan perhatian kepada swap.

Menggambarkan kesan saiz lot

Mari kita gambarkan semua yang telah kita bincangkan dengan satu contoh.

Mari kita bayangkan ada seorang pedagang, bernama Festus. Dia baru sahaja mendepositkan $5,000 ke dalam akaun perdagangannya dan sudah bersedia untuk mula berdagang. Katakan dia kini menggunakan sistem perdagangan swing yang memperdagangkan EURUSD dan dia mempertaruhkan kira-kira 200 poin pada setiap urusniaga.

Sebelum ini, Festus pernah kerugian dan selepas itu, dia berikrar bahawa dia tidak mahu merisikokan lebih daripada 1% dari apa yang ada di akaunnya bagi setiap urusniaga. Mari kita hitung seberapa besar saiz posisi yang beliau boleh buka dan masih kekal dalam zon risiko yang selesa.

Menggunakan baki akaunnya dan peratusan yang dia sanggup risikokan, kita boleh mengira jumlah risiko dalam dolar.

$5,000 x 1% (atau 0.01) = $50.

Saiz posisi yang ideal boleh dikira menggunakan formula:

Lot yang didagangkan = amaun yang dirisikokan / (poin dirisikokan * nilai mata)

Dalam kes ini, bagi 10 000 unit (atau satu lot mini), setiap pergerakan satu poin bernilai $0.10.

Lot yang didagangkan = $50 / (200*$0.10) = 2.50

Oleh itu, Festus perlu membuka posisi sebesar 2.5 lot mini atau kurang untuk kekal dalam zon selesa dengan setup perdagangan semasa beliau. Ingat bahawa 1 lot mini bersamaan dengan 0.1 lot standard. Akibatnya, apabila Festus membuka pesanan baharu dalam MetaTrader, dia perlu menaip '0.25' di ruangan 'Volume'. Jika tidak, dia akan mengambil terlalu banyak risiko.

Perhatian: dolar AS ialah matawang yang disebut dalam banyak pasangan (EURUSD, GBPUSD, dll.). Ini bermakna bahawa kadar pertukaran berbanding dolar AS bagi matawang yang disebut adalah sama dengan 1.

Untuk pasangan sedemikian, satu poin akan sentiasa bernilai $1 apabila kita berdagang:

Kontrak 100,000 unit (1 lot standard): 100,000 * 0.00001 / 1 = $1 (nilai poin untuk EURUSD)

Untuk pasangan di mana dolar AS ialah matawang asas (USDCHF, USDCAD), nilai poin bergantung pada kadar pertukaran:

100,000 * 0.00001 / 1.0195 = $0.98 (nilai poin USDCHF)

Untuk pasangan yen Jepun, nilai poin dikira seperti berikut:

100,000 * 0.001 / 120.65 = $0.828 (nilai poin USDJPY).

Ingat, sebenarnya, anda tidak perlu mempunyai margin yang besar untuk dagangkan 100,000 unit, kerana kemungkinan besar anda akan berdagang dengan leveraj.

Kesimpulan

Memahami lot dan saiznya adalah elemen yang penting dalam perdagangan Forex yang berkesan. Berikut ialah peringatan tentang apa itu lot Forex dan mengapa ia penting:

  • Lot forex ialah unit ukuran. Ia menentukan berapa banyak unit matawang yang anda beli atau jual.
  • Terdapat empat jenis lot yang anda boleh beli di Forex: standard, mini, mikro dan nano.
  • Saiz posisi anda ditentukan oleh saiz lot dan kuantiti atau bilangan lot yang anda beli atau jual.

Baca lebih lanjut

Serupa

Strategi scalping yang anda dambakan
Strategi scalping yang anda dambakan

Kita semua tahu anda suka scalping, betul? Pendekatan perdagangan ini membantu anda mengambil kesempatan berdagang dengan jangka masa yang singkat (kurang dari 1 jam).

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera