Inflasi: definisi, penjelasan dan contoh

Inflasi: definisi, penjelasan dan contoh

2023-08-21 • Dikemaskini

Pada masa kini, setiap sumber berita heboh membincangkan tentang inflasi, artikel ekonomi berteriak-teriak mengenainya. Semakin ramai orang menjadi semakin keliru dengan semua maklumat yang diterbitkan. Di pasaran Forex, pedagang memantau indikator ekonomi ini dengan kerap.

Artikel ini akan membantu anda mengetahui maklumat asas tentang inflasi dan semua yang berkaitan dengannya.

Apakah itu inflasi?

Kadar inflasi salah satu penentu terpenting perkembangan kadar tukaran, walaupun unsur-unsur lain turut diambil kira.

Secara ringkasnya, inflasi ialah kenaikan progresif harga barangan dan perkhidmatan secara umum. Apabila harga naik, bilangan barang yang boleh dibeli oleh seseorang dengan sejumlah tertentu wang semakin berkurangan. Sebagai contoh, semalam anda mempunyai $5 dan anda boleh membeli lima bar coklat, tetapi hari ini, untuk $5, anda hanya mampu membeli tiga bar coklat, jadi dalam kes ini inflasi adalah tinggi.

Jenis-jenis inflasi

Bukan semua jenis inflasi sebegitu buruk sehingga boleh dianggap sebagai satu bencana. Ia berbeza-beza, dari yang paling lemah kepada yang paling kuat.

Inflasi yang menjalar

Inflasi yang menjalar atau inflasi yang lembut bermakna harga meningkat sebanyak 3% or kurang per tahun. Rizab Persekutuan menganggap bahawa apabila harga meningkat 2% or kurang, ia memberikan manfaat kepada pertumbuhan ekonomi. itu dianggap satu petanda bahawa ekonomi sedang berkembang secara organik. Itulah sebabnya Fed menetapkan sasaran kadar inflasi sebanyak 2%.

Inflasi yang berjalan

Ini ialah jenis inflasi yang intensif atau membinasakan, lazimnya dari 3% hingga 10%. Orang ramai mula membeli lebih daripada yang mereka perlukan untuk mengelakkan harga yang jauh lebih tinggi pada keesokan hari. Ia membawa kepada peningkatan permintaan yang lebih tinggi lagi sehinggakan pembekal mahupun gaji tidak mampu menyaingi situasi ini. Akhirnya, barangan dan perkhidmatan biasa menjadi terlalu mahal untuk kebanyakan orang.

Inflasi yang melambung

Apabila inflasi meningkat kepada 10% dan lebih, ia membawa masalah kepada ekonomi negara. Pada masa yang sama, pelabur asing mengelak negara berkenaan, sekali gus menafikan akses kepada modal yang negara itu perlukan. Ekonomi menjadi goyah, dan kredibiliti pemimpin kerajaan mulai terjejas. Inflasi yang melambung mesti dielakkan dalam apa jua keadaan kerana jika tidak, ia boleh mencetuskan kemelesetan ekonomi.

Inflasi yang melambung tinggi adalah fenomena ekonomi yang lebih kerap daripada hiperinflasi dan muncul secara berkala walaupun di negara-negara yang ekonominya termaju dari semasa ke semasa. Sebagai contoh, inflasi yang melambung telah dicerap terjadi pada tahun-tahun selepas perang (1945-1952) dan pada dekad 1970-an disebabkan oleh kenaikan harga minyak yang ditetapkan oleh OPEC.

Pada dekad 2000-an, bilangan negara yang mengalami inflasi yang melambung menurun dengan ketara. Kadar yang tertinggi adalah di Angola pada 2004-2005 dengan kadar 23%.

Hiperinflasi

Hiperinflasi berlaku apabila harga melonjak lebih daripada 50% per bulan. Ia amat jarang berlaku. Malah, kebanyakan contoh hiperinflasi berlaku apabila kerajaan mencetak wang untuk membiayai peperangan. Contoh hiperinflasi termasuk Jerman pada 1920-an, Zimbabwe pada 2000-an, dan Venezuela pada 2010-an. Di Amerika Syarikat, hiperinflasi berlaku semasa Perang Saudara.

Disinflasi vs. Deflasi

Deflasi ialah penurunan paras harga barangan dan perkhidmatan secara umum. Ia adalah proses kejatuhan harga, jadi ia adalah bertentangan dengan inflasi. Deflasi membawa kepada peningkatan kuasa beli suatu matawang. Dalam erti kata lain, anda mungkin mempunyai satu amaun wang yang sama, tetapi memandangkan harga sudah menjadi lebih rendah, dolar anda mampu membeli lebih banyak lagi. Contoh deflasi yang paling jelas ialah Kemelesetan Besar AS (The Great Depression).

Deflasi amat menjejaskan KDNK kerana orang ramai tidak membeli barang kerana mereka menunggu harga turun lebih rendah. Itulah sebabnya mengapa bank pusat bukan sahaja menentang inflasi, tetapi deflasi juga.

Ini berbeza dengan disinflasi, yang mana ia hanya sekadar perubahan kadar inflasi menjadi lebih rendah (dan kelajuan perubahan itu biasanya dinyatakan) pada keluaran dalam negara kasar suatu negara dari semasa ke semasa. Disinflasi berlaku apabila kenaikan paras harga pengguna menjadi perlahan daripada tempoh sebelumnya apabila harga meningkat.

Stagflasi

Stagflasi ialah gabungan genangan (situasi tiada perubahan) dan inflasi. Ia adalah saat bila mana inflasi harga masih ada, tetapi pertumbuhan ekonomi tidak berubah. Bagaimana ini boleh berlaku? Jika tidak ada permintaan yang mencukupi untuk merangsang pertumbuhan ekonomi, mengapa harga boleh naik?

Fenomena ini berlaku pada tahun 1970-an apabila Amerika Syarikat meninggalkan standard emas. Apabila nilai dolar tidak lagi ditambat kepada emas, ia jatuh menjunam. Pada masa yang sama, harga emas melambung tinggi. Pada masa itu Pengerusi Rizab Persekutuan Paul Volcker menamatkan stagflasi dengan menaikkan kadar dana Fed menjadi dua digit. Dia mengekalkannya di paras tersebut cukup lama untuk menghapuskan jangkaan untuk inflasi yang selanjutnya.

Inflasi upah

Inflasi upah ialah kenaikan gaji nominal. Ini bermakna pekerja menerima gaji yang lebih tinggi. Sudah tentu, semua orang berpendapat bahawa mereka berhak untuk melihat gaji mereka dinaikkan, tetapi gaji yang lebih tinggi adalah salah satu elemen inflasi tolakan kos (cost-push inflation). Perkara itu boleh menyebabkan kenaikan pada harga barangan dan perkhidmatan suatu syarikat.

Inflasi asas

Kadar inflasi asas (atau fundamental) mengukur tekanan inflasi dalam ekonomi yang kebanyakannya disebabkan oleh kuasa pasaran, iaitu perubahan dalam harga yang hanya mencerminkan situasi penawaran dan permintaan dalam ekonomi berkenaan.

Inflasi jenis ini akhirnya akan meningkat jika tidak ada gejolak ekonomi, kejutan penawaran, perubahan harga atau gangguan lain yang tidak dapat diramalkan.

Momen teras

Inflasi teras

Kadar inflasi teras mengukur kenaikan harga dalam segala-galanya kecuali makanan dan tenaga kerana harganya sangat banyak berubah mengikut musim. Pengecualian ini menjadikan kadar teras lebih tepat daripada kadar inflasi utama dalam mengukur aliran inflasi asas, itulah sebabnya bank pusat lebih suka menggunakan kadar inflasi teras apabila mereka merangka dasar monetari. Mereka menggunakannya sebagai indikator utama untuk trend inflasi jangka panjang. Namun begitu, jika harga bahan api telah meningkat untuk jangka masa yang lama, ia boleh memberikan kesan ke atas inflasi teras dengan meningkatkan jangkaan harga.

CPI Teras VS CPE Teras

Inflasi teras diukur oleh Indeks Harga Pengguna (CPI) Teras dan Indeks Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) Teras. CPI mengukur harga untuk barangan dan perkhidmatan isi rumah. PCE mewakili harga barang dan perkhidmatan yang dibeli oleh pengguna. Jadi, jika ia adalah versi "teras" itu bermakna ia tidak mengambil kira makanan dan tenaga. PCE dan CPI Teras adalah seperti dua saudara; kedua-duanya membantu menentukan seberapa banyak inflasi wujud dalam ekonomi.

Pengiraan Inflasi

Jadi, sekarang apabila kita sudah mengenali semua definisi inflasi, mari lihat bagaimana kita boleh mengukur dan menganalisisnya.

Cara mengukur inflasi

Inflasi diukur dengan kadar inflasi, peratus perubahan harga dari satu tahun ke tahun yang lain. Kadar inflasi boleh diukur dengan beberapa cara yang berbeza:

  1. Indeks Harga Pengguna (CPI) mengukur total kos barangan dan perkhidmatan yang telah dibeli pengguna dalam satu tempoh tertentu menggunakan "sebakul" barangan tertentu, berdasarkan tinjauan isi rumah. Jadi, kenaikan kos sebakul barangan itu menunjukkan kepada kita inflasi. Suatu bakul terdiri dari pelbagai kumpulan produk seperti makanan dan minuman, penjagaan perubatan, pengangkutan, dsb.
  2. Sebaliknya, Indeks Harga Pengeluar (PPI) mengukur inflasi dari sudut pandangan pengeluar. PPI ialah ukuran purata harga yang diterima pengeluar untuk barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam negara. Ia dikira dengan membahagikan harga semasa yang penjual terima untuk bakul barangan dengan harganya pada satu tahun asas tertentu, kemudian mendarabkan hasilnya dengan 100.
  3. Indeks yang lazim digunakan yang ketiga ialah Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE). PCE mengukur perubahan harga untuk barangan dan perkhidmatan isi rumah berdasarkan data KDNK daripada pengeluar. Ia kurang spesifik berbanding CPI kerana ia mengasaskan anggaran harga berdasarkan harga yang digunakan dalam CPI, tetapi ia turut memasukkan anggaran daripada sumber lain. Seperti kedua-dua indeks lain di atas, kenaikan indeks ini dari satu tahun ke tahun yang lain menunjukkan inflasi.

Mengapa Pedagang Perlu Tahu Mengenai Inflasi

Pengumuman CPI (yang anda boleh semak di Kalendar Ekonomi) sangat popular di kalangan para pedagang kerana terdapat hubungan langsung antara inflasi, bank pusat dan matawang. Kebanyakan negara maju cuba mengekalkan kadar inflasi pada tahap 2%.

Apabila inflasi tinggi, bank pusat menaikkan kadar faedah. Akibatnya, permintaan terhadap matawang meningkat, kerana kadar faedah yang lebih tinggi menarik pelabur asing. Oleh itu, kadar tukaran pun melonjak. Dan sebaliknya: apabila inflasi terlalu rendah, bank pusat boleh menurunkan kadar faedah, permintaan untuk matawang berkemungkinan besar akan surut, jadi kadar tukaran pun akan menjunam.

Itu mempengaruhi semua matawang, tetapi kesannya lebih kuat ke atas USD, kerana pada masa ini, AS sedang bergelut dengan inflasi 7.5%.

Mari kita lihat satu contoh:

Pada 10 November 2021, Statistik Biro Buruh AS mengumumkan salah satu kadar CPI yang tertinggi iaitu sebanyak 0.9% pada tahun 2021. Selepas ia diumumkan, USD mengukuh berbanding mata wang lain, contohnya, USD/CAD meningkat sebanyak 2060 poin:

1.png

Apabila inflasi jatuh, pedagang akan bertaruh bahawa Rizab Persekutuan akan bertimbang rasa, membantu menaikkan harga saham dan bon. Sebaliknya, jika inflasi meningkat, pedagang akan sering percaya bahawa nilai aset keras seperti komoditi akan meningkat kerana Fed tampak kurang akomodatif.

Pedagang sentiasa memantau sama ada CPI yang diumumkan lebih kuat atau lebih lemah berbanding jangkaan. Memandangkan terdapat ketegangan, ia adalah peluang yang sesuai untuk berdagang kerana, dalam apa jua keadaan, pengumuman itu mencetuskan kemeruapan yang menyediakan banyak peluang untuk strategi perdagangan.

Kesimpulannya di sini, tidak semua jenis inflasi mengerikan. Selain itu, ini merupakan peluang yang amat baik untuk berdagang dengan perubahan pasaran ketika CPI, PPI dan CPE diumumkan.

Serupa

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera