Panduan Tentang Perdagangan Forex Penawaran dan Permintaan

Panduan Tentang Perdagangan Forex Penawaran dan Permintaan

2023-02-16 • Dikemaskini

Kebanyakan pedagang lebih suka berdagang menggunakan indikator teknikal seperti RSI dan MACD. Yang lain pula suka menggunakan carta kosong untuk membuat keputusan mereka. Tidak syak lagi, garisan sokongan dan rintangan adalah komponen yang penting dalam rutin seorang pedagang. Kami ingin meluaskan potensi perdagangan anda, dan dengan itu kami ingin memperkenalkan anda kepada zon penawaran dan permintaan dalam perdagangan forex. Di dalam manual ini, anda akan belajar cara mengenal pasti dan mengambil kesempatan dari zon-zon ini untuk mencapai maslahat anda.

Maksud Perdagangan Permintaan dan Penawaran

Konsep penawaran dan permintaan berasal dari teori ekonomi yang sama namanya. Penawaran bermaksud bilangan barang yang tersedia kepada pengguna, manakala permintaan ialah keperluan terhadap barang tersebut. Lebih banyak penawaran atau penawaran yang ada di pasaran, lebih mudah harga aset jatuh. Sebaliknya, permintaan yang tinggi biasanya menaikkan harga lantas dari keinginan pelanggan untuk membeli sesuatu barang.

Dalam perdagangan, orang menggunakan penawaran dan permintaan sebagai kawasan rintangan dan sokongan di mana harga aset mungkin memperlahan atau berpatah balik. Sekilas pandang ia tampak serupa dengan garisan rintangan dan sokongan. Walau bagaimanapun, terdapat sebab-sebab fundamental mengapa zon penawaran dan permintaan wujud.

Perdagangan penawaran dan permintaan adalah berkenaan membuka pesanan anda berdasarkan zon di mana harga cenderung untuk berpatah balik disebabkan oleh pelbagai faktor. Bila digabungkan dengan teknik-teknik perdagangan lain, perdagangan penawaran dan permintaan memberikan kita satu alat yang komprehensif dan mujarab yang boleh membawa keputusan anda ke tahap yang baharu.

Berdagang dengan Zon Permintaan dan Penawaran

Zon penawaran ialah tempat pedagang dan pelabur cuba menjual suatu aset di atas sebab-sebab fundamental dan teknikal. Sesetengah peserta pasaran menjual kerana aset sudah mencapai sasaran mereka. Yang lain pula melakukan perkara yang sama disebabkan oleh perubahan persekitaran ekonomi atau berita yang telah mengubah prospek aset. Biasanya, harga bertindak balas secara mendadak kepada zon penawaran, bermakna ada terdapat banyak minat untuk menjual.

XAUUSDH4.png

Begitu juga dengan zon permintaan. Zon permintaan ialah kawasan harga dengan minat membeli yang kuat di bawah aksi harga semasa. Ramai pelabur tidak mahu membeli aset tersebut sehingga ia turun dan mencapai zon permintaan kerana seseorang boleh mendapat pulangan yang lebih besar dari portfolio tersebut. Melihat pada carta di bawah, kita dapat melihat banyak minat untuk membeli di dalam zon permintaan, kemungkinan besar disebabkan oleh volum pesanan belian yang besar di aras ini.

USDCADDaily.png

Perkara paling penting yang perlu anda ketahui ialah zon penawaran dan permintaan adalah kawasan yang menarik untuk ramai pedagang. Selanjutnya, kami akan membincangkan peringkat-peringkat berdagang dengan zon penawaran dan permintaan. Anda akan mendapati ia komprehensif dan mudah untuk diceburi.

Bagaimana Cara Untuk Berdagang Di Dalam Zon Penawaran Dan Permintaan

Untuk merancang perdagangan anda dengan betul, anda perlu menetapkan titik masuk, pesanan renti rugi dan pesanan ambilan untung. Mula-mula sekali, anda perlu menyemak carta dan mencari aset yang kelihatan seperti ini:

GBPUSDWeekly.png

Seterusnya, kita perlu menentukan zon permintaan untuk aset tersebut. Takrifkan sempadan atas dan bawah zon permintaan dengan meletakkan garis sokongan di bahagian bawah carta. Hasilnya, kita akan mendapat zon permintaan untuk aset tersebut.

GBPUSDWeekly2.png

Kemudian, kita harus menentukan titik masuk untuk urusniaga ini. Kami akan ulas lebih lanjut mengenai pelbagai strategi perdagangan di dalam panduan ini kelak tetapi buat masa ini, anggap sahaja kita sedang berdagang dengan strategi perdagangan penawaran dan permintaan yang paling biasa, iaitu perdagangan julat. Oleh itu, kita akan cuba mencari peluang untuk membuka entri long di suatu tempat di dalam zon permintaan. Untuk aset di atas (GBPUSD), entri haruslah dibuka di antara 1.1408 dan 1.2000.

Dalam perdagangan penawaran dan permintaan adalah penting untuk memahami bahawa apabila aset itu turun lebih rendah, peluang untuk ia berpatah balik adalah lebih tinggi kerana terdapat semakin ramai pelabur dan pedagang yang berpendapat bahawa instrumen itu berharga dan sudah terlebih jual.

Strategi Perdagangan Penawaran dan Permintaan

Strategi Perdagangan Julat

Strategi perdagangan penawaran dan permintaan yang paling tipikal ialah perdagangan julat. Peraturannya mudah: anda mencari aset dengan zon penawaran atau permintaan yang kuat dan masuk berurusniaga bila ia melantun. Pergerakan terkini di pasangan EURUSD ini boleh digunakan sebagai contoh.

EURUSDH4.png

Setiap zon yang menyebabkan pergerakan ke atas adalah zon permintaan, dan begitulah sebaliknya. Pasangan itu telah bergerak dari zon penawaran ke zon permintaan. Oleh itu, strategi perdagangan ini adalah berdasarkan prinsip menunggu harga memasuki kawasan tersebut dan membuka pesanan dalam arah yang bertentangan.

Peraturannya hampir sama dengan perdagangan sokongan dan rintangan, tetapi zon permintaan dan penawaran biasanya lebih luas. Dalam kes di rajah di atas, adalah bijak untuk membuka urusniaga short berhampiran zon 1.0790 dan urusniaga long di bawah garisan 1.0660. Perhatikan bahawa jika harga menembusi zon permintaan, ia boleh menjadi penawaran dengan cepat.

Strategi Penembusan (Breakout)

Seperti biasa, zon penawaran dan permintaan tidak kekal selamanya. Pada satu ketika, sentimen berubah, pasaran mula mengambil kira data baharu dalam penilaian harga yang mereka fikirkan wajar, dan imbangan penguasaan beralih daripada bulls kepada bears, dan sebaliknya. Oleh itu, anda harus tahu cara menggunakan strategi penembusan (breakout strategy) apabila berdagang dengan zon penawaran dan permintaan. Berikut kami berikan satu contoh:

USDJPYWeekly.png

Di carta di atas, yen menyentuh zon permintaan sebanyak empat kali. Selepas sentimen berubah, zon permintaan kehilangan kuasanya dan bertukar menjadi zon penawaran. Itulah sebabnya USDJPY menjunam ke bahagian bawah kawasan tersebut dan membuat ujian semula sebelum melanjutkan penurunan. Perhatikan dan ambil maklum tentang peningkatan kemeruapan selepas penembusan berlaku. Ia boleh membantu kita melihat perbezaan di antara penembusan yang tulen dan yang palsu.

Strategi penembusan ini satu kesinambungan yang logik bagi perdagangan julat lantas dari sifat pasaran yang bergerak dari satu pengukuhan ke pengukuhan yang lain, yang tidak dapat kita nafikan dan elakkan. Oleh itu, lebih banyak sentuhan zon penawaran atau permintaan yang anda lihat, lebih besar kebarangkalian penembusan akan berlaku. Seperti yang kami nyatakan sebelum ini, sila beri perhatian kepada pergerakan yang meruap kerana ia bermakna proses penilaian semula telah bermula.

Menggunakan Zon Penawaran dan Permintaan sebagai Parameter Pengurusan Risiko

Zon permintaan dan penawaran sangat serupa dengan sokongan dan rintangan; oleh itu, kawasan ini menunjukkan tempat di mana seorang pedagang boleh meletakkan stop dan limit.

Kawasan ini membolehkan pedagang melaksanakan pendekatan risiko kepada ganjaran (risk to reward) yang amat bermanfaat dalam perdagangan. Pedagang julat yang menjual di zon penawaran boleh menetapkan pesanan stop di atas zon penawaran dan meletakkan sasaran mereka di zon permintaan. Pedagang yang konservatif boleh meletakkan sasaran di atas zon permintaan atau menerapkan beberapa teknik pengurusan risiko yang lain.

Tips Untuk Menggunakan Penawaran Dan Permintaan Dalam Perdagangan Forex

Gunakan Rangka Masa Yang Panjang Untuk Mengenalpasti Zon Penawaran dan Permintaan

Perdagangan penawaran dan permintaan biasanya merujuk kepada kerja-kerja mengenal pasti zon di mana tindak balas adalah luar biasa kuat. Anda boleh berdagang pada rangka masa yang lebih kecil, tetapi pergerakan harga cenderung lebih hingar-bingar dan huru-hara. Pemain-pemain besar seperti pedagang institusi, bank dan pelabur, menggunakan rangka masa yang lebih besar untuk menghindari turun naik yang tidak perlu. Oleh itu, adalah lebih baik untuk anda melakukan perkara yang sama dan kejar urusniaga yang lebih rendah risikonya. Main besar!

Kenal Pasti Pergerakan Yang Kuat Di Luar Zon Penawaran dan Permintaan

Pantau sentimen pasaran secara berterusan dan cuba untuk meramalkan reaksi yang mungkin terjadi apabila harga memasuki zon penawaran atau permintaan. Pergerakan yang tidak menentu dan tajam dalam arah zon biasanya menandakan potensi terjadinya penembusan. Oleh itu, aset mungkin akan meneruskan pergerakannya dalam arah yang sama.

Gunakan Indikator Untuk Mengesahkan Zon Penawaran dan Permintaan

Indikator seperti RSI dan MACD sangat membantu dalam mengenal pasti zon penawaran dan permintaan. Mereka boleh memberi anda bayangan tentang penerusan atau pembalikan yang berpotensi berlaku. Jika harga bergerak di dalam zon penawaran dan osilator RSI tidak berada di dalam zon terlebih beli, maka terdapat peluang yang tinggi aset berkenaan akan terus naik lebih tinggi. Sebaliknya, angka yang tinggi pada carta RSI seiring dengan harga yang mencapai kawasan penawaran menandakan kemungkinan penyongsangan arah.

Serupa

Strategi Perdagangan Pin Bar
Strategi Perdagangan Pin Bar

Ada kalanya carta atau pola candlestick boleh memberikan signal masuk yang baik jika ia terletak pada aras tertentu. Pin Bar salah satu pola candlestick yang paling andal dan terkenal, dan apabila pedagang menemuinya di carta, mereka menjangkakan harga akan berubah arah tidak lama lagi.

Strategi Perdagangan Money Flow Index
Strategi Perdagangan Money Flow Index

Di antara beratus-ratus indikator dan alat teknikal yang berbeza untuk pedagang, Indeks Kekuatan Relatif (RSI, Relative Strength Index) salah satu yang paling popular kerana keringkasannya dan, pada masa yang sama, keampuhannya dalam pelbagai senario perdagangan. Di dalam artikel ini, kami ingin memberitahu anda tentang satu lagi alat yang serupa dengan RSI tetapi dengan beberapa pelarasan yang hebat.

Strategi Intrahari Yang Mudah (Pola Candlestick + RSI)
Strategi Intrahari Yang Mudah (Pola Candlestick + RSI)

Terdapat banyak strategi berharga yang memerlukan pengetahuan tentang pola candlestick dan osilator. Walau bagaimanapun, bukan semua strategi tersebut menguntungkan. Apabila anda mula berdagang dengannya, anda boleh berhadapan dengan situasi di mana strategi tidak berfungsi mengikut jangkaan anda.

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera