Panduan Muktamad untuk berdagang DAX30

Panduan Muktamad untuk berdagang DAX30

2023-01-25 • Dikemaskini

Di dalam realiti pasaran yang tidak stabil, kita cenderung untuk memberikan lebih banyak perhatian kepada pergerakan S&P dan NASDAQ untuk mendapatkan gambaran yang menyeluruh tentang situasi di pasaran saham. Dalam masa yang sama, kita terlupa bahawa indeks-indeks ini lebih banyak mencerminkan prestasi ekuiti-ekuiti Amerika. Maksudnya, untuk menilai pasaran negara-negara tertentu dan untuk mengambil kesempatan dari berita serantau, anda perlu mempertimbangkan indeks domestik. Indeks-indeks ini terdiri dari syarikat-syarikat yang mempunyai permodalan terbaik di negara berkenaan.

Sebagai contoh, barometer utama suasana ekonomi Jerman adalah DAX30, yang menjejak nilai 30 syarikat terbesar yang didagangkan di Bursa Saham Frankfurt (FSE). Ada banyak sebab mengapa para pedagang menyukai indeks ini. Salah satu darinya, tentu sahaja, adalah status Jerman sebagai ekonomi termaju di Zon Euro. Ini bererti, indeks tersebut mengambil kira situasi di Eropah dan juga di Jerman.

DAX30: pengenalan

The Deutscher Aktien Index (DAX) adalah representasi 30 syarikat terbesar yang mempunyai kecairan tertinggi. Kejayaan syarikat-syarikat ini sukar diremehkan kerana mereka adalah manifestasi hasil dari "Keajaiban Ekonomi Jerman" - iaitu kebangkitan semula ekonomi Jerman selepas Perang Dunia Ke-2. Syarikat-syarikat ini bersifat multinasional dan ia meliputi pelbagai industri: dari farmaseutikal hinggalah ke automotif dan servis kewangan. Pernahkah anda mendengarkan tentang syarikat seperti Adidas, BMW, Siemens, atau Volkswagen? Nah, mereka itu cuma sebahagian kecil dari barisan 30 gergasi DAX.

Apakah yang diperlukan oleh sebuah syarikat untuk dimasukkan ke dalam DAX30?

Ada beberapa peraturan yang dituntut dari sebuah syarikat sebelum ia boleh dimasukkan ke dalam DAX.

  • Pertama, sekurang-kurangnya tiga tahun telah berlalu sejak IPO mereka dilancarkan.
  • 15% dari permodalan setiap syarikat tersebut haruslah didagangkan secara terbuka.
  • Ia harus menghasilkan pendapatan atau mempunyai ibu pejabat di Jerman.

Indeks ini berwajaran permodalan, yang bermaksud syarikat-syarikat yang mempunyai permodalan nasional tertinggi memberi impak terbesar kepada indeks tersebut. Pengiraan ini berdasarkan kepada kaedah apungan bebas, yang mengambil kira hanya bilangan saham yang sudah pun tersedia. Justeru, kaedah ini mengabaikan ekuiti yang tidak boleh dibeli atau dijual.

Bagaimana cara berdagang DAX30?

Tentu sekali, mustahil untuk kita membeli atau menjual indeks itu sendiri. Sebaliknya, anda boleh mengambil kesempatan dari pergerakannya dengan memperdagangkan kontrak niaga hadapan CFD. Ia adalah instrumen kewangan yang disediakan oleh broker-broker, yang memberikan anda peluang untuk berdagang di atas perubahan indeks, dengan menggunakan leveraj. Dengan FBS, anda boleh berdagang DAX30, selain dari indeks-indeks lain, baik di MetaTrader 4 mahupun di MetaTrader 5.

1 picturer.png

Setelah anda memasang platform berkenaan, lihat di bahagian kirinya dan anda akan temui senarai pelbagai aset. Ini adalah tetingkap "Market Watch". Biasanya, anda tidak diperlihatkan semua instrumen yang ada sebaik selepas platform dibuka buat pertama kali. Jika anda klik butang kanan pada tetingkap "Market Watch", anda akan ditunjukkan pelbagai pilihan, salah satunya adalah "Show all". Selepas mengklik butang ini, anda akan lihat kontrak niaga hadapan CFD dengan pelbagai huruf dan nombor. Itu adalah maklumat tentang tarikh luput. Sebagai contoh, untuk kontrak-kontrak perdagangan yang luput pada Jun 2020, anda perlu memilih kontrak DAX30-20M.

Table.png

Apakah waktu perdagangan untuk DAX30?

FBS membolehkan anda berdagang DAX30 dari 3:15 hingga 22:55 waktu MT (MetaTrader).

Notis penting: senggang harga yang besar boleh terbentuk di indeks selepas pembukaan justeru dari bilangan pesanan yang besar yang terkumpul sewaktu pasaran tutup. Selain itu, kemeruapan meningkat sepanjang waktu operasi Bursa Saham Frankfurt (9:00-21:00 waktu MT).

Apakah yang menggerakkan DAX30?

Sekiranya anda mempertimbangkan DAX30 untuk dijadikan salah satu pelaburan anda, anda perlu tahu apa yang menjadi pendorong turun-naik nilainya.

  1. Pertama sekali, jangan lupa tentang sentimen risiko. Indeks bertindak balas dengan sangat sensitif terhadap peristiwa di pasaran global. Sekiranya sesuatu yang membimbangkan berlaku (contohnya, kes Covid-19 di seluruh dunia), pasaran dilanda penghindaran risiko (risk aversion). Lantaran dari itu, indeks saham akan bergerak menurun. Sebaliknya pula, sentimen risiko akan menaikkan indeks.
  2. Pemacu kedua indeks berkaitan dengan dinamik saham-sahamnya yang mempunyai permodalan terbesar. Sebagai contoh, berita bahawa syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa, akan menerima bailout 9 bilion euro dari kerajaan Jerman menambahkan optimisme terhadap kenaikan DAX30.
  3. Keadaan ekonomi negara asal suatu indeks adalah penentu harganya yang ketiga. Untuk DAX30, kita perlu memberi tumpuan kepada data Jerman dan perkembangan terkini Zon Euro. Berita mengenai langkah-langkah rangsangan dari pemerintah Jerman dan Bank Pusat Eropah, PMI yang lebih baik daripada yang dijangkakan, dan imbangan dagang jelas akan meningkatkan permintaan terhadap ekuiti-ekuiti Jerman.
  4. Yang terakhir tetapi tidak kurang pentingnya, pantau berita tentang pasaran tempatan dari sumber-sumber Jerman.

Bagaimana keadaan DAX30 di bulan Jun 2020?

Selepas terjelepuk ke paras di bawah 8,200 pada bulan Mac 2020, keadaan berjalan lancar kembali untuk indeks Jerman. Sentimen risiko positif di seluruh pasaran justeru dari pelonggaran langkah-langkah lockdown dan langkah-langkah rangsangan oleh kerajaan Jerman, menjurus ke arah pemulihan berbentuk V bagi DAX30. Sejak akhir bulan Mac, ia telah bergerak dengan sangat tajam, akhirnya membentuk saluran harga yang menaik. Permulaan bulan Jun sangat positif bagi DAX30, kerana ia telah melintasi paras 12,000 dan hampir menyentuh aras rintangan di $12,500. Peluang yang baik untuk pembeli akan terbuka setelah tahap tersebut ditembusi. Sekiranya itu berlaku, indeks dijangka akan terus meningkat sehingga setinggi 13,000. Osilator stokastik serta RSI sudah di zon "overheat", jadi wujud kemungkinan akan berlku pembetulan jangka pendek yang akan mencari aras 12.000. Para penjual akan kembali aktif selepas breakout di paras 11,900-12,000, di mana sasaran yang mungkin bagi mereka terletak di 11,600.

Ketahui analisis untuk DAX30 bagi waktu semasa.

3453.png

LOG MASUK

Serupa

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera