Ramalan Saham AI: 7 Saham Potensi Tinggi Untuk Tahun 2024

Baca artikel ini di laman web FBS

AI Stock Prediction_ Potential 7 Stock to Buy in 2024.png

Penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam pelaburan telah membawa kepada transformasi perdagangan saham. AI telah merevolusikan analisis pasaran kewangan, memudahkan proses membuat keputusan pelabur dan meningkatkan ketepatan ramalan. Dalam artikel ini, anda akan menerokai ramalan saham AI dan cara untuk menganalisis saham berpotensi untuk dibeli dengan ChatGPT.

Pelaburan dengan AI

01.png

Minat dalam kecerdasarn buatan, berdasarkan Google Trends

Peningkatan trend dalam carian internet untuk kata kunci “artificial intelligence” (kecerdasan buatan) adalah jelas, dengan momentum yang ketara untuk produk yang dikenali sebagai ChatGPT daripada Open AI.

ChatGPT yang dibangunkan oleh OpenAI, ialah model bahasa berkuasa yang telah menemui kejayaan melalui penggunaan dalam sektor perbankan, pengendalian volum data yang besar, pemprosesan maklumat pelanggan dan menjalankana analisis.

Rangkaian neural ini boleh membantu dalam penilaian risiko dan membangunkan strategi kewangan dengan menganalisis data kewangan syarikat serta memberikan pengesyoran. Penggunaan ChatGPT dalam firma broker, misalnya Robinhood yang terkenal mengesahkan keberkesanan pendekatan ini. Penyelidik dari Korea Selatan juga telah menjalankan kajian yang menyokong kejayaan penggunaan ChatGPT dalam menghasilkan strategi pelaburan.

Cara menggunakan AI untuk nasihat pelaburan dalam 3 langkah

Penilaian saham

Apabila anda menghampiri ChatGPT dengan permintaan untuk analisis pelaburan yang khusus, respons AI ini biasanya seperti berikut:

ChatGPT

Saya tidak mempunyai akses kepada data masa nyata dan tidak dapat memberikan ramalan yang tepat berkenaan pergerakan harga jangka pendek, termasuk saham NVIDIA (NVDA). Ia disyorkan untuk mempertimbangkan keputusan pelaburan berdasarkan kajian yang teliti, mempertimbangkan matlamat pelaburan anda dan memahami risiko-risiko yang berkaitan.

Walau bagaimanapun, terdapat satu cara untuk memintas kelemahan ini.

Bayangkan anda ingin menerima tinjauan tentang beberapa syarikat dan inudstri mereka, seperti Microsoft, Oracle, TSMC, Snowflake Inc., IBM dan Baidu. Anda harus mengaturkan permintaan anda seperti berikut:

02.png

003.png

Microsoft Corporation (MSFT):

  • Kekuatan: Microsoft ialah syarikat teknologi terkemuka yang menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan, termasuk perisian, perkhidmatan awan dan perkakasan. Kedudukan kewangan yang kukuh, pertumbuhan pendapatan yang konsisten dan pengagihan produk yang meluas menyumbang kepada kestabilannya.
  • Risiko: Persaingan dalam industri teknologi adalah ketat, dan Microsoft menghadapi cabaran daripada pemain utama yang lain. Tambahan pula, penilaian sahamnya mungkin sensitif kepada perubahan keadaan ekonomi yang lebih luas.

Oracle Corporation (ORCL):

  • Kekuatan: Oracle dikenali dalam pasaran perisian korporat dan pengkomputeran awan. Syarikat ini mempunyai reputasi yang kukuh kerana sistem pengurusan pangkalan data dan penyelesaian perisian perniagaan keluarannya.
  • Risiko: Landskap teknologi bersifat dinamik, dan Oracle bertandingan dengan persaingan bukan sahaja dari pemain tradisional tetapi juga pemain baru. Peralihan ke perkhidmatan awan juga boleh mempengaruhi permintaan produk perisian tradisional Oracle.

Taiwan Semiconductor Manufacturing Company Limited (TSMC):

  • Kekuatan: TSMC adalah pemain penting dalam industri pengilangan semikonduktor yang menyediakan perkhidmatan kepada pelbagai jenis pelanggan. Permintaan yang semakin meningkat untuk teknologi semikonduktor yang canggih memihak kepada TSMC.
  • Risiko: Industri semikonduktor adalah bermusim dan sensitif kepada keadaan ekonomi global. Faktor-faktor geopolitik dan potensi gangguan rantaian bekalan boleh mempengaruhi perniagaan TSMC.

Snowflake Inc (SNOW):

  • Kekuatan: Snowflake ialah sebuah syarikat yang mengkhusus dalam storan data awan, dan platformnya dikenali untuk kebolehskalaan dan fleksibiliti. Kepentingan analitis data dan pengkomputeran awan yang semakin meningkat mempersembahkan peluang pertumbuhan untuk Snowflake.
  • Risiko: Snowflake beroperasi dalam pasaran yang kompetitif, dan jangkaan pelabur boleh mempengaruhi penilaiannya. Prestasi kewangan syarikat ini juga bergantung pada penggunaan teknologi awan secara keseluruhan.

International Business Machines Corporation (IBM):

  • Kekuatan: IBM ialah syarikat teknologi dengan pengalaman luas dan portfolio yang pelbagai, termasuk perkhidmatan awan, kecerdasan buatan dan penyelesaian korporat. Syarikat ini mempunyai kehadiran yang kuat dalam perkhidmatan IT.
  • Risiko: IBM menghadapi cabaran untuk menyesuaikan kepada perubahana pesat landskap teknologi. Pertumbuhan pendapatan syarikat ini mesti lebih konsisten serta bersaing dengan pemain tradisional dan baru.

Baidu Inc (BIDU):

  • Kekuatan: Baidu adalah pemain penting dalam industri teknologi Cina, terutamanya dalam perkhidmatan internet dan kecerdasan buatan. Syarikat ini memegang kedudukan utama dalam carian dalam talian di China.
  • Risiko: Baidu beroperasi dalam pasaran yang kompetitif dan dikawal ketat. Perubahan regulatori di China, serta keadaan ekonomi global boleh mempengaruhi prestasi syarikat ini. Selain itu, pelaburan Baidu dalam teknologi baru boleh mengambil sedikit masa untuk menghasilkan keuntungan yang signifikan.

Risiko-risiko Lazim:

  • Keadaan Pasaran dan Ekonomi: Semua syarikat ini dipengaruhi oleh keadaan ekonomi dan trend pasaran yang lebih luas.
  • Perubahan Teknologi: Kemajuan teknologi yang pantas boleh menjejaskan kerelevenan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat ini.
  • Risiko Kawal Selia: Syarikat-syarikat yang beroperasi di rantau yang berbeza adalah tertakluk pada perubahan peraturan yang mempengaruhi operasi dan prestasi kewangan mereka.
  • Persaingan: Setiap syarikat menghadapi persaingan dalam industri tersendiri, dan dinamik pasaran boleh mempengaruhi bahagian pasaran dan keberuntungan.

Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa pelaburan sentiasa membawa risiko, dan berunding dengan penasihat kewangan dan menjalankan penyelidikan menyeluruh adalah dinasihatkan sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan.

Kenal pasti indikator utama

Kami juga mengesyorkan penggunaan data laporan kewangan untuk analisis yang lebih terperinci. Langkah seterusnya ialah untuk bertanya tentang indikator utama yang perlu diberikan tumpuan.

04.png

05.png

Semasa membuat keputusan pelaburan, adalah penting untuk mempertimbangkan pelbagai indikator industri untuk mendapat pemahaman yang komprehensif tentang kesihatan kewangannya, potensi pertumbuhan dan prestasi keseluruhan. Berikut adalah beberapa indikator utama yang harus diberi tumpuan:

1. Perolehan dan Pertumbuhan Perolehan:

  • Lihat jumlah pendapatan syarikat dan pertumbuhannya sehinnga kini. Pertumbuhan pendapatan yang konsisten biasanya satu tanda positif.

2. Perolehan dan Perolehan Setiap Saham (EPS):

  • Semak perolehan bersih dan EPS syarikat. Pertumbuhan perolehan yang positif adalah penting untuk kemampanan jangka panjang.

3. Margin Keuntungan:

  • Analisis margin keuntungan kasar, operasi dan bersih. Margin yang lebih tinggi menandakan keberkesanan dan keberuntungan.

4. Tahap Hutang dan Nisbah Hutang-Ekuiti:

  • Nilaikan tahap hutang syarikat dan keupayaannya untuk menguruskan hutang. Nisbah hutang-ekuiti yang lebih rendah secara umumnya adalah lebih baik.

5. Aliran Tunai:

  • Menilai aliran tunai operasi. Aliran tunai yang positif adalah penting untuk pelaburan dan operasi seharian.

6. Pulangan pada Ekuiti (ROE) dan Pulangan pada Aset (ROA):

  • ROE mengukur betapa baiknya syarikat menjana pulangan untuk pemegang sahamnya, manakala ROA menandakan keberkesanan dalam penggunaan aset.

7. Hasil Dividen dan Nisbah Bayaran:

  • Jika anda berminat dengna saham yang membayar dividen, semak nibsah hasil dividen dan bayaran. Dividen yang mampan adalah penting.

8. Nilai Buku:

  • Bandingkan nilai pasaran saham dengan nilai bukunya. Ini boleh memberi pemahaman tentang sama ada saham ini dinilai lebih tinggi atau dinilai lebih rendah.

9. Nisbah Harga-Perolehan (P/E):

  • Pertimbangkan nisbah P/E untuk menilai penilaian saham dibandingkan dengan perolehannya. P/E yang lebih rendah mungkin menandakan penilaian yang lebih menarik.

Analisis laporan kewangan

Kami juga mengesyorkan penggunaan data laporan kewangan untuk analisis yang lebih terperinci. Dengan akses kepada data terbuka seperti laporan kewangan syarikat di platform TradingView, anda boleh memuat naik maklumat itu kepada AI dan melakukan analisis.

Cari saham di platform itu, pergi ke 'Financials' dan pilih 'Statements' untuk melihat penyata pendapatan. Salin data ini dan muat naik ke ChatGPT.

Berdasarkan data yang diberikan, AI akan menjana ringkasan yang menyerlahkan poin-poin utama. Ia boleh mengaturkan maklumat ini dalam bentuk jadual juga.

06.png

07.png

Terima gambaran keseluruhan

Selepas melengkapkan langkah-langkah di atas, AI akan memberikan gambaran keseluruhan aset itu. Lihat contoh saham NVIDIA yang berikut:

8.png

Jumlah Hasil:

  • Jumlah hasil NVIDIA menunjukkan pertumbuhan signifikan, mencecah $44.87 bilion pada tempoh laporan terakhir (TTM).
  • Pertumbuhan tahunan juga mengagumkan, dengan peningkatan sebanyak 205.51% berbanding tempoh yang sama pada tahun yang lepas.

Untung Kasar:

  • Untung kasar mengikuti trend positif, iaitu pada $31.34 bilion (TTM) pada masa ini.
  • Pertumbuhan untung kasar tahunan harus diberi perhatian, dengan peningkatan 321.78%.

Pendapatan Operasi:

  • Pendapatan operasi melihat pertumbuhan ketara, mencecah $20.61 bilion (TTM).
  • Kadar pertumbuhan tahunan pula amat mengagumkan, dengan peningkatan 1633.28% dibandingkan dengan tahun lalu.

Pendapatan Bersih:

  • Pendapatan bersih menunjukkan pertumbuhan konsisten, mencecah $18.89 bilion (TTM).
  • Kadar pertumbuhan tahunan adalah luar biasa, dengan peningkatan 1259.26% berbanding tempoh yang sama pada tahun yang lalu.

Perolehan Setiap Saham (EPS):

  • Kedua-dua EPS asas dan dicairkan menunjukkan pertumbuhan yang kuat, memaparkan trend positif dalam keberuntungan syarikat ini.

EBITDA:

  • EBITDA melihat peningkatan signifikan, mencecah $22.16 bilion (TTM).
  • Kadar pertumbuhan tahunan adalah tinggi, dengan peningkatan 971.40%.

Tahap Hutang:

  • Penganalisis tidak memberikan maklumat khusus tentang tahap hutang. Ia dinasihatkan untuk mempertimbangkan kedudukan hutang syarikat untuk penilaian kewangan yang komprehensif.

Perbelanjaan Operasi:

  • Jumlah perbelanjaan operasi telah meningkat, iaitu $24.26 bilion (TTM). Ini termasuk kos seperti Penyelidikan dan Pembangunan dan perbelanjaan jualan/pemasaran.

Ringkasnya, NVIDIA telah mempamerkan prestasi kewangan yang teguh, ditandakan oleh hasil yang besar dan pertumbuhan pendapatan. Tumpuan syarikat pada teknologi inovatif dan kedudukan pasaran yang kukuh menyumbang kepada prospek kewangannya yang positif. Walau bagaimanapun, pelabur juga harus mempertimbangkan faktor seperti arah aliran industri, landskap kompetitif, dan sebarang potensi risiko yang berkaitan dengan pasaran semikonduktor.

Ambil perhatian bahawa keputusan pelaburan harus dibuat berdasarkan analisis menyeluruh terhadap pelbagai faktor, dan disyorkan untuk berunding dengan profesional kewangan sebelum membuat pilihan pelaburan.

Seperti yang dilihat, ChatGPT menganggap aset ini sebagai pelaburan dengan masa depan yang cerah. Walau bagaimanapun, ia masih belum mengabaikan potensi risiko yang perlu dipertimbangkan.

Tinjauan Pasaran AI Untuk 2024

Mari kita lihat gambaran keseluruhan kewangan yang lebih terperinci tentang gergasi teknologi: Microsoft, Oracle, TSMC, Snowflake Inc, IBM dan Baidu, menggunakan kecerdasan buatan dalam laporan syarikat, mengikut arahan di atas:

Microsoft

  1. Jumlah Hasil: $56.52 bilion, kenaikan sebanyak 12.76%.
  2. Untung Kasar: $40.22 bilion, kenaikan sebanyak 15.99%.
  3. Untung Operasi: $26.89 bilion, kenaikan sebanyak 24.99%.
  4. Untung Bersih: $22.29 bilion, kenaikan sebanyak 26.97%.
  5. Perolehan Setiap Saham (EPS): Pertumbuhan peroleh utama dan dicairkan yang kuat.
  6. EBITDA: $30.82 bilion, kenaikan sebanyak 26.77%.
  7. Perbelanjaan Operasi: $29.62 bilion.

Oracle

  1. Jumlah Hasil: $51.63 bilion, kenaikan sebanyak 8.17%.
  2. Untung Kasar: $33.84 bilion, kenaikan sebanyak 13.73%.
  3. Untung Operasi: $14.90 bilion, kenaikan sebanyak 22.11%.
  4. Untung Bersih: $10.14 bilion, kenaikan sebanyak 43.77%.
  5. Perolehan Setiap Saham (EPS): Pertumbuhan EPS yang positif.
  6. EBITDA: $21.07 bilion, kenaikan sebanyak 14.55%.
  7. Perbelanjaan Operasi: $36.73 bilion.

TSMC

  1. Jumlah Hasil: $38.17 bilion, penurunan sebanyak 0.44%.
  2. Untung Kasar: $20.92 bilion, penurunan sebanyak 10.55%.
  3. Untung Operasi: $17.05 bilion, penurunan sebanyak 12.86%.
  4. Untung Bersih: $15.52 bilion, penurunan sebanyak 11.82%.
  5. Perolehan Setiap Saham (EPS): $0.07, penurunan sebanyak 12.50%.
  6. EBITDA: $26.04 bilion, penurunan sebanyak 1.87%.
  7. Perbelanjaan Operasi: $21.12 bilion, penurunan sebanyak 5.49%.

Snowflake Inc

  1. Jumlah Hasil: $734.17J, kenaikan YoY +31.80%.
  2. Untung Kasar: $1.72B, pertumbuhan YoY +38.89%.
  3. Untung Operasi: -$260.62J, pertumbuhan YoY -26.50%.
  4. Untung Bersih: -$214.25J, pertumbuhan YoY -6.63%.
  5. Perolehan Setiap Saham (EPS): Asas -$0.65, pertumbuhan YoY -3.65%.
  6. EBITDA: -$228.15J, pertumbuhan YoY -29.64%.
  7. Perbelanjaan Operasi: $994.80J.

IBM

  1. Jumlah Hasil: $61.17 bilion, kenaikan sebanyak 4.57%.
  2. Untung Kasar: $32.98 bilion, kenaikan sebanyak 8.78%.
  3. Untung Operasi: $8.93 bilion, kenaikan sebanyak 48.35%.
  4. Untung Bersih: $6.92 bilion, pertumbuhan YoY tidak dinyatakan.
  5. Perolehan Setiap Saham (EPS): Perolehan setiap saham yang positif, pertumbuhan spesifik tidak ditentukan.
  6. EBITDA: $13.31 bilion, pertumbuhan tidak ditentukan.
  7. Perbelanjaan Operasi: $52.24 bilion.

Baidu

  1. Jumlah Hasil: $18.80 bilion, kenaikan sebanyak 0.11%.
  2. Untung Kasar: $9.66 bilion, kenaikan sebanyak 5.53%.
  3. Untung Operasi: $2.98 bilion, pertumbuhan YoY tidak dinyatakan.
  4. Untung Bersih: $3.21 bilion, pertumbuhan YoY tidak dinyatakan.
  5. Perolehan Setiap Saham (EPS): Perolehan setiap saham yang positif, pertumbuhan spesifik tidak ditentukan.
  6. EBITDA: $4.02 bilion, pertumbuhan tidak ditentukan.
  7. Perbelanjaan Operasi: $15.82 bilion.

Pertimbangan lazim untuk semua syarikat:

  • Keadaan Pasaran dan Ekonomi: Semua syarikat ini dipengaruhi oleh keadaan ekonomi dan trend pasaran yang lebih luas.
  • Perubahan teknologi: Perkembangan pesat teknologi boleh mempengaruhi kerelevanan produk dan perkhidmatan.
  • Risiko kawal selia: Operasi di rantau berbeza mendedahkan syarikat kepada perubahan kawal selia, mempengaruhi operasi dan prestasi kewangan mereka.
  • Persaingan: Setiap syarikat menghadapi persaingan dalam industri tersendiri, dan dinamik pasaran boleh mempengaruhi bahagian pasaran dan keberuntungan.

Ringkasan

Har ini, kita melihat bagaimana AI meramal masa depan syarikat berdasarkan data terbuka. Adalah penting untuk ditekankan bahawa semasa menyemak instrumen kewangan menggunakan ramalan saham AI boleh memudahkan pembangunan strategi kewangan, membuat keputusan perdagangan termaklum masih memerlukan penyelidikan individu yang teliti dan analisis teliti keadaan pasaran semasa.

Soalan Lazim

Apakah saham pilihan untuk pelaburan pada 2024?

Berikan perhatian kepada syarikat yang secara aktif melabur dalam pembangunan AI. Pengilang cip dan pembangun perisian akan mendapat manfaat secara langsung daripada permintaan yang semakin meningkat untuk AI.

Syarikat yang menggunakan AI boleh menjangkakan peningkatan hasil melalui peningkatan kecekapan dan jualan yang lebih tinggi yang berkaitan dengan produk yang dioptimumkan untuk penggunaan AI, bersama dengan strategi pengedaran dan pemasaran yang dipertingkatkan.

Dalam pandangan kami, tiga syarikat teratas ialah:

Microsoft: Syarikat yang terlibat dalam membangunkan dan menyokong perisian untuk komputer peribadi. Ia juga merupakan peneraju pengkomputeran awan, mendayakan penciptaan dan penyelenggaraan aplikasi korporat.

Taiwan Semiconductor (TSMC): Kilang pembuatan semikonduktor terbesar dunia yang mengkhusus dalam pembuatan semikonduktor kontrak untuk syarikat teknologi utama, termasuk Microsoft dan NVIDIA.

NVIDIA: Pembangun cip terbesar di dunia tanpa keupayaan pengilangannya. Cip NVIDIA digunakan dalam konsol permainan, kendedaan berautonomi dan tradisional, perkhidmatan awan dan pusat pemproses data.

Apakah 3 saham teratas AI yang harus dibeli sekarang?

Berdasarkan data kewangan yang diberikan, ini adalah kedudukan subjektif 3 syarikat AI teratas untuk sebagai pilihan pelaburan antara Microsoft, Oracle, TSMC, Snowflake Inc, IBM, dan Baidu:

Microsoft (MSFT):

  • Microsoft menonjol dengan pertumbuhan yang kukuh dan konsisten merentas pelbagai metrik kewangan, termasuk jumlah hasil, untung kasar, untung operasi dan untung bersih. Portfolio syarikat ini yang pelbagai dan prestasi konsisten menjadikannya pesaing yang kuat.

Taiwan Semiconductor Manufacturing Company (TSMC):

  • TSMC menunjukkan kestabilan yang luar biasa. Sebagai pemain kritikal dalam industri semikonduktor, kepentingan strategik dan trend kewangan positif TSMC meletakkannya dalam posisi yang kukuh.

Baidu Inc (BIDU):

  • Baidu meraih kedudukan tiga teratas dengan pertumbuhan untung bersih yang kukuh, terutamanya pada suku tahun pertama dan kedua tahun 2023. Peranannya sebagai pemain yang penting dalam industri teknologi Cina menjadikannya lebih menarik.

Apakah harga saham AI pada tahun 2025?

Ramalan harga saham khusus untuk syarikat pelaburan AI pada tahun 2025 sememangnya tidak pasti disebabkan faktor yang mempengaruhi pasaran saham, termasuk keadaan ekonomi, kemajuan teknologi, peraturan dan prestasi syarikat individu. Pertumbuhan sektor AI dijangka berterusan, dipacu oleh aplikasi industri yang meluas.

Syarikat yang menerajui inovasi AI mungkin mengalami permintaan yang lebih tinggi untuk penawaran mereka. Kemajuan teknologi seperti pembelajaran mesin dan robotik akan membentuk semula landskap kompetitif, memihak kepada syarikat di barisan hadapan dalam inovasi. Menyesuaikan diri dengan rangka kerja kawal selia yang berkembang, terutamanya dalam privasi data dan etika AI, adalah penting untuk daya tahan operasi. Memantau peristiwa dan keadaan ekonomi global serta sentiasa menyesuaikan diri dengan prestasi syarikat individu adalah faktor penting untuk pelaburan saham AI.

Adakah 2024 bakal menjadi tahun yang bagus untuk pasaran saham?

Prestasi pasaran saham pada tahun 2024 bergantung pad campuran beberapa faktor yang kompleks. Keadaan ekonomi, perolehan korporat, kadar faedah, perisitwa geopolitik, kemajuan teknologi, sentimen pelabur dan acara global yang tidak dijangka menyumbang kepada dinamik pasaran. Kesihatan kewangan, keberuntungan korporat dan kestabilan global berkemungkinan tinggi pengaruh yang kritikal.

Walau bagaimanapun, meramalkan keputusan pasaran kekal tidak pasti, menekankan kepentingan kepelbagaian, menganalisis saham berpotensi untuk dibeli, membuat keputusan termaklum, dan pertimbangan toleransi risiko individu bagi pelabur yang mengemudi landskap dinamik pasaran saham.

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.