Perdagangan Kripto Automatik: Panduan Lengkap

Baca artikel ini di laman web FBS

cover.png

Perdagangan matawang kripto pertama kalinya bermula pada awal tahun 2010-an dan sejak itu ia telah berkembang secara aktif dari segi populariti. Pada masa kini, terdapat beribu-ribu matawang kripto sedang dalam edaran di pasaran kripto dan ada sekitar 300 juta pengguna matawang kripto di seluruh dunia. Perdagangan kripto kini dianggap sebagai salah satu cara yang paling menguntungkan untuk menjana pendapatan sebagai seorang pedagang. Oleh sebab itu, tidak hairanlah terdapat begitu ramai pedagang yang sanggup memanfaatkan pergerakan harga jangka pendek dalam pasaran kripto.

Walau bagaimanapun, tidak semua orang mempunyai masa dan sumber-sumber yang diperlukan untuk terlibat dalam perdagangan kripto secara konsisten. Nasib baiklah perdagangan kripto automatik boleh digunakan untuk ini. Dalam artikel ini, anda akan mempelajari apakah itu perdagangan kripto automatik, bagaimana ia berfungsi, kelebihan dan keburukan automasi, dan bagaimanakah cara untuk menggunakan perdagangan automatik untuk memaksimumkan keuntungan anda.

Apakah itu perdagangan kripto automatik?

Perdagangan kripto automatik ialah gaya perdagangan yang melibatkan penggunaan perisian khusus (bot perdagangan) untuk membeli dan menjual matawang kripto secara automatik apabila syarat-syarat tertentu dipenuhi. Bot perdagangan matawang kripto membolehkan para pedagang untuk mengambil kesempatan terhadap pergerakan harga tanpa perlu memantau sendiri situasi di pasaran.

Apabila anda berdagang tanpa menggunakan program automasi, anda mempunyai banyak tugasan yang perlu dilakukan: melihat carta, menganalisis data, menggunakan pelbagai alat dan indikator untuk mencari peluang terbaik untuk memasuki pasaran, mengira potensi risiko, melakukan pesanan beli atau jual, dan sebagainya. Semua ini boleh memberi tekanan apabila diuruskan pada masa yang sama, dan ini bukan perkara yang asing bagi para pedagang pada semua tahap kecekapan untuk hilang tumpuan dan terlepas maklumat penting yang boleh menjayakan atau mengagalkan suatu dagangan.

Walau bagaimanapun, bot perdagangan kripto tidak terjejas oleh masalah ini. Ia boleh, secara automatik (dan lebih cepat), mengumpul dan menganalisis data yang diperlukan dan membuka dan menutup dagangan jika syarat-syarat yang telah dimasukkan sebelum ini dipenuhi. Perisian perdagangan automatik boleh membantu para pedagang untuk menjimatkan banyak masa, tenaga, dan mereka dapat menjana keuntungan pada harga yang agak rendah.

Bagaimanakah perdagangan kripto automatik berfungsi?

Perisian dagangan kripto automatik dibina berasaskan algoritma. Algoritma mengandungi satu set arahan dan peraturan yang bertujuan untuk menyelesaikan suatu masalah. Oleh kerana perdagangan melibatkan penantian untuk keadaan tertentu berlaku, keseluruhan proses tersebut boleh diautomasikan dengan mencipta algoritma yang boleh menganalisis pasaran dan menjalankan dagangan apabila keadaan pasaran semasa mematuhi peraturan-peraturan algoritma tersebut.

Terdapat banyak variasi dan jenis program perdagangan automatik. Pertama, anda boleh mendapatkan Expert Advisor (EA). Perisian ini menganalisis pasaran mengikut tetapan yang anda sediakan dan memberikan anda signal-signal perdagangan. Contohnya, EA boleh memantau osilator RSI dan menghantar signal beli kepada anda setiap kali ia mencapai zon “terlebih jual”. Satu lagi yang boleh anda gunakan ialah bot yang berdagang semasa anda sedang sibuk dengan perkara-perkara lain. Bot tersebut mencari peluang perdagangan, membuka dan menutup perdagangan, dan mengurus risiko.

Bot-bot perdagangan adalah aplikasi luar dan tidak dibina ke dalam platform bursa secara lalai. Terdapat beberapa cara untuk mengintegrasikan perisian perdagangan automatik ke dalam platform, tetapi untuk bot perdagangan kripto, yang paling lazim ialah perdagangan Antara Muka Pengaturcaraan Aplikasi (API, Application Programming Interfaces) dan platform perdagangan terpencar.

  • Perdagangan API melibatkan penggunaan perisian tertentu (API) sebagai perantara antara bot perdagangan dan platform bursa. API membolehkan aplikasi yang berbeza berinteraksi antara satu sama lain. Untuk perdagangan, API menghubungkan akaun pedagang dengan bot perdagangan kripto, yang membolehkan ia menganalisis pasaran dan membuat pesanan perdagangan bagi pihak anda.
  • Platform perdagangan terpencar membolehkan para pedagang kripto berdagang secara langsung tanpa perlu melibatkan pihak ketiga, menyediakan cara paling selamat untuk mengintegrasikan perisian perdagangan kripto automatik. Platform perdagangan terpencar dibina berdasarkan teknologi blockchain yang menyimpan apa yang dinamakan sebagai kontrak pintar. Kontrak pintar adalah program yang mengandungi arahan untuk membuat pesanan perdagangan. Setelah semua syarat yang dinyatakan dalam kontrak pintar dipenuhi, blokchain akan memproses dan melaksanakan transaksi. Ketidakhadiran pihak ketiga dalam proses tersebut menjadikan bot perdagangan yang menggunakan teknologi ini lebih selamat untuk digunakan dan melindungi akaun perdagangan daripada campur tangan yang tidak dibenarkan.

Apakah sebenarnya yang boleh dilakukan oleh bot perdagangan?

Tidak kiralah bagaimana cara perisian perdagangan automatik diintegrasikan ke dalam platform perdagangan, bot perdagangan menguruskan senarai proses yang sama:

  • analisis data pasaran: untuk perdagangan yang berjaya, pedagang perlu menganalisis data pasaran, dan bot perdagangan juga boleh mengurus perkara ini. Ia mengekstrak maklumat yang diperlukan dengan lebih pantas berbanding apa yang boleh dilakukan manusia secara manual, dan kemudian menggunakan data yang diproses dan indikator analisis teknikal untuk meramalkan pergerakan pasaran pada masa hadapan dan mencari titik masuk;
  • agihan risiko: perkara lain yang boleh dilakukan oleh bot perdagangan ialah mengenal pasti cara untuk mengagihkan semula modal di antara beberapa pelaburan dan urusniaga yang sedang aktif mengikut arahan yang ditetapkan oleh pemegang akaun kripto;
  • melaksanakan urusniaga perdagangan: sebaik sahaja program tersebut mengenal pasti poin masuk dan keluar yang berpotensi, ia boleh melakukan pesanan beli atau jual pada pasaran. Kebanyakan bot perdagangan tertumpu pada beli rendah dan jual tinggi dalam julat harga yang telah ditetapkan, tetapi ia juga boleh digunakan untuk memanfaatkan perubahan harga antara dua bursa berbeza (dipanggil bot arbitraj).

Kelebihan-kelebihan perdagangan kripto automatik

Bot perdagangan automatik tidak mengambil masa yang lama untuk mengambil alih pasaran matawang kripto dan menjadi lebih popular berbanding perdagangan manual. Malah, ramai pedagang bukan kripto telah menyertai trend ini dan mula menggunakan bot perdagangan untuk memaksimumkan keuntungan daripada perdagangan mereka. Dan terdapat banyak sebab mengapa perdagangan automatik telah mendapat perhatian yang positif dari para pedagang, dan kita akan membincangkan perkara itu sekarang.

Keberkesanan

Seperti yang telah kami nyatakan, perdagangan adalah satu aktiviti yang memerlukan banyak tugasan dilakukan serentak. Bot perdagangan boleh melakukan banyak aktiviti yang berkaitan dengan perdagangan, daripada mengumpul data tentang keadaan pasaran semasa kepada mengira arah potensi pergerakan harga dan melaksanakan dagangan. Bot perdagangan juga menyelesaikan tugas-tugas ini dengan lebih pantas berbanding manusia, yang bermaksud ia juga dapat melaksanakan perdagangan dengan lebih cepat dan tanpa bertangguh.

Bot perdagangan, tidak seperti manusia, tidak akan penat dan boleh bekerja 24/7. Risiko untuk melakukan kesilapan dalam pengiraan juga boleh dikatakan tidak wujud (melainkan data yang dimasukkan ke dalam perisian tidak betul).

Menyingkirkan emosi

Emosi adalah tindak balas neurofisiologi kompleks yang dialami oleh manusia dalam kehidupan mereka. Emosi adalah semula jadi  dan perlu untuk kita kerana ia membantu kita memproses dunia di sekeliling kita dan membuat keputusan berdasarkan apa yang kita rasa. Walau bagaimanapun, dalam perdagangan, emosi sering menghalang proses dan bukannya membantu. Ramai pedagang yang terikat dengan dagangan mereka, dan berharap agar pasaran akhirnya akan bergerak ke arah yang mereka mahukan. Tetapi keterikatan terhadap emosi ini lebih mendatangkan kemudaratan daripada kebaikan, dan menyebabkan pedagang terlepas peluang perdagangan yang baik atau kehilangan wang.

Nasib baiklah emosi (atau ketiadaanya) juga adalah salah satu perbezaan utama antara manusia dan mesin. Bot perdagangan tidak terikat pada posisi terbuka. Ia secara klinikal mengikut peraturan dan arahan yang telah ditetapkan, dan apabila pasaran bergerak melepasi poin tertentu, ia menutup perdagangan tanpa teragak-agak, tidak seperti yang sering dapat dilihat dilakukan oleh pedagang manusia.

Pempelbagaian

Jika anda ingin meminimumkan risiko untuk portfolio perdagangan atau pelaburan anda, anda boleh mencuba dan mempelbagaikannya dengan melaburkan wang anda dalam pelbagai aset yang berbeza pada masa yang sama. Ini membolehkan anda melindungi modal anda jika salah satu perdagangan terbuka atau pelaburan anda gagal. Walau bagaimanapun, adalah sukar untuk sentiasa memantau satu pasaran, apatah lagi beberapa, begitu ramai pedagang dan pelabur tidak menggunakan peluang ini.

Ini satu lagi perkara yang boleh dibantu dengan bot perdagangan. Ia boleh memantau beberapa akaun perdagangan dan menggunakan strategi yang berbeza untuk pasaran yang berbeza. Apabila satu posisi mula mengalami kerugian, ia boleh mengesannya dengan cepat dan mengagihkan semula wang kepada dagangan-dagangan yang berbeza atau membuka yang baharu. Perdagangan automatik membolehkan anda memanfaatkan peluang perdagangan merentasi pelbagai pasaran tanpa perlu menanggung tekanan berbanding jika anda cuba mengurus beberapa dagangan pada masa yang sama.

1287-02.png

Kekurangan-kekurangan perdagangan kripto automatik

Sudah tentunya tidak ada apa yang 100% sempurna. Oleh itu, masih terdapat beberapa kelemahan yang harus dipertimbangkan oleh para pedagang sebelum menggunakan perisian perdagangan kripto automatik.

Kos penyelenggaraan

Bot perdagangan bukanlah percuma untuk digunakan, dan walaupun keuntungan jangka panjang akan membayar balik sebarang kos penyelenggaraan, anda masih perlu mengingati perkara tersebut semasa membangunkan pelan perdagangan anda. Lagipun, sesetengah pedagang lebih suka membina sistem mereka sendiri dari sifar, yang mana ia mungkin lebih selamat tetapi ia memerlukan lebih banyak wang untuk disediakan, melebihi semua keuntungan yang mungkin dibawa oleh sistem tersebut kepada anda. Perbelanjaan tambahan, seperti kos pelayan peribadi maya (VPS) untuk memastikan dagangan 24/7 yang lancar dan tidak terganggu, juga harus diambil kira.

Kurang fleksibiliti

Bot perdagangan dibuat untuk mengikuti arahan-arahan yang telah ditetapkan, yang menjadikan ia tidak berguna dalam pasaran yang sangat tidak menentu di mana harga bergerak terlalu pantas dan tidak dapat diramalkan untuk diikuti oleh program tersebut. Dalam kes ini, adalah lebih baik untuk beralih kepada perdagangan manual dan menggunakan strategi yang didorong oleh psikologi untuk memanfaatkan ketidaktentuan pasaran.

Kegagalan operasi

Sistem perdagangan automatik boleh berfungsi 24/7. Walau bagaimanapun, ia tidak selamat daripada gangguan sambungan Internet atau gangguan bekalan elektrik. Anda sebagai seorang pedagang harus bersiap sedia sekiranya perkara ini berlaku untuk membetulkan secepat mungkin sebarang ralat yang dialami bot anda akibat daripada masalah tersebut.

Perdagangan kripto automatik: strategi

Terdapat pelbagai strategi perdagangan yang berbeza yang boleh anda gunakan pada sistem perdagangan kripto automatik anda. Walau bagaimanapun, sebelum melaksanakan suatu strategi, adalah penting untuk melakukan ujian silam (backtest) terhadap sistem tersebut. Backtest menunjukkan sama ada strategi itu kukuh atau tidak dengan menggunakan data-data silam untuk mengujinya. Jika pada akhir uji semula, strategi tersebut membawa lebih banyak keuntungan daripada kerugian, maka ia boleh digunakan seterusnya di pasaran sebenar.

Mengenai strategi apa yang perlu digunakan semasa menggunakan sistem perdagangan kripto automatik, berikut adalah beberapa strategi yang paling popular yang boleh anda sertakan dalam perdagangan anda:

  • Perdagangan grid. Perdagangan grid merujuk kepada strategi perdagangan bot yang melibatkan pemilihan pelbagai aras harga untuk melaksanakan pesanan perdagangan. Apabila harga menyentuh salah satu aras harga, bot akan memulakan perdagangan secara automatik. Setiap pesanan beli mempunyai pesanan jual sepadan yang diletakkan beberapa aras lebih tinggi, yang menyerupai grid. Strategi ini agak mudah dan menunjukkan hasil yang baik dalam pasaran dengan kemeruapan harga biasa.
  • Perdagangan abitraj. Bot perdagangan arbitraj memantau dua bursa berbeza dan memanfaatkan perbezaan harga di antara keduanya. Strategi ini melibatkan pembukaan perdagangan yang sangat kerap dan pantas (kadangkala hanya bertahan beberapa milisaat) dan secara amnya dikaitkan dengan risiko rendah, walaupun masih terdapat bahaya gelincir, yang berlaku apabila dagangan dilaksanakan pada harga yang berbeza daripada harga yang diminta yang disebabkan oleh kemeruapan pasaran.
  • Perdagangan momentum. Strategi perdagangan ini berkisar pada perdagangan dalam trend pasaran semasa. Bot perdagangan mengumpulkan data tentang jumlah matawang kripto yang didagangkan, kemeruapan pasaran, rangka masa trend dan untuk mengenal pasti kekuatan dan hala tujunya. Kemudian, jika data menunjukkan bahawa trend tidak kehilangan momentum dan masih bergerak ke arah yang sama, bot akan membuka perdagangan baharu sehingga momentum tersebut hilang.
  • Perdagangan pengembalian min. Strategi pengembalian min (mean reversion) adalah berasaskan idea bahawa harga aset akan sentiasa berbalik kepada trend yang stabil yang asas selepas tempoh kemeruapan pasaran atau turun naik harga yang ketara. Strategi ini bertujuan untuk memanfaatkan perubahan jangka panjang dan melampau dalam harga aset dengan andaian bahawa ia akan kembali semula kepada trend sebelumnya. Bot perdagangan boleh mengira trend ini dan merancang perdagangan anda agar bersesuaian dengannya sambil mengambil kira bagaimana pergerakan pasaran semasa boleh mempengaruhi purata min trend asas.

Dengan mengetahui strategi ini, ia boleh membantu anda memahami dengan lebih baik cara sistem perdagangan automatik berfungsi dan perkara yang sememangnya mampu ia lakukan.

Kesimpulan

Walaupun terdapat beberapa ketidaksempurnaan, perdagangan kripto automatik adalah alternatif yang baik bagi perdagangan secara manual. Bot perdagangan adalah sangat cekap masa dan boleh dipercayai, ia boleh membantu anda mencapai hasil yang mungkin tidak dijangkakan dan memaksimumkan keuntungan perdagangan anda.

Jika anda ingin mengautomasikan dagangan kripto anda dengan FBS, anda boleh menggunakan MetaTrader 5 untuk melakukan perkara tersebut. MT5 menawarkan EA serta menyokong bot perdagangan. Selain itu, anda boleh menyediakan dan menggunakan VPS anda sendiri. Ini ialah suatu alat khas yang membolehkan anda kekal dalam talian tanpa gangguan walaupun anda biasanya tidak mempunyai sambungan Internet yang stabil. Ia adalah satu kemestian untuk berdagang secara automatik kerana sambungan yang lancar ke platform dan penghantaran isyarat secara pantas adalah penting untuk perdagangan yang berjaya.

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.