Mengurangkan Spread Pengurupan Matawang: Apakah Maknanya Bagi Pedagang?

Baca artikel ini di laman web FBS

cover.png

Semasa anda meninjau broker-broker Forex yang berpotensi dijadikan broker anda, anda mungkin perasan bahawa sesetengah daripada mereka mengenakan komisen bagi melaksanakan setiap urusniaga perdagangan sementara yang lain pula mendakwa mereka menawarkan servis tanpa komisen. Dalam kebanyakan situasi, ini bermakna broker tersebut tidak mencaj komisen tetapi mereka melaksanakan apa yang disebut sebagai spread pengurupan matawang (exchange spread) yang boleh membantu untuk meminimumkan kos transaksi.

Dalam artikel ini, anda akan ketahui dengan lebih lanjut apa itu spread pengurupan matawang, bagaimana ia dikira, dan samada spread pengurupan matawang ini boleh dikurangkan.

Apakah itu spread?

Semasa anda berdagang Forex, biasanya anda akan melakukannya melalui broker, iaitu orang tengah yang menjual dan membeli matawang kepada dan daripada pedagang. Oleh kerana pedagang tidak berdagang di pasaran Forex secara terus tetapi menggunakan perkhidmatan broker, terdapat perbezaan antara harga ketika pedagang menjual matawang dan harga ketika pedagang membelinya. Perbezaan inilah yang dipanggil sebagai spread.

Sebagai contoh, jika anda menukarkan matawang di bank, anda akan lihat bank akan menawarkan untuk menjual matawang kepada anda dengan harga yang lebih tinggi berbanding harga yang bank sedia untuk tawarkan kepada anda jika mereka ingin membeli matawang yang sama daripada anda. Perbezaan di antara harga jual dan beli ini adalah apa yang disebut sebagai spread, dan ia adalah keuntungan yang diperoleh oleh bank dan broker yang menggunakan yuran perdagangan jenis ini bagi transaksi-transaksi mereka.

1021-2.png

Bagaimanakah spread berbeza dengan komisen?

Kedua-dua komisen dan spread mempunyai fungsi yang sama — sebagai pembayaran bagi perkhidmatan broker. Namun, kaedahnya adalah berbeza.

Spread sudah sedia dimasukkan dalam harga yang disebutkan kepada pedagang semasa mereka mula-mula membuat urusniaga perdagangan. Spread boleh bersifat malar (tetap) atau fleksibel. Spread yang fleksibel boleh dilaraskan oleh broker bergantung pada keadaan semasa pasaran manakala spread malar kekal sama walaupun keadaan pasaran berubah-ubah. Satu lagi perkara yang perlu diingat ialah anda perlu membayar spread sekali sahaja bagi setiap urusniaga.

Untuk komisen pula, ia dicaj oleh broker sebagai kos tambahan dan tidak disekalikan dalam sebutharga. Kebiasaannya, komisen adalah tetap, bermakna anda perlu membayar amaun yang sama bagi perdagangan bervolum tinggi dan rendah. Komisen juga dicaj sebanyak dua kali bagi setiap urusniaga iaitu semasa anda memasuki posisi dan sekali lagi ketika anda keluar.

Pilihan yang mana yang lebih baik untuk anda bergantung pada gaya perdagangan dan keperluan peribadi anda. Tetapi, kebanyakan pedagang Forex lebih gemar untuk menggunakan spread kerana ia boleh dilaraskan dan menawarkan lebih banyak peluang yang menguntungkan untuk pedagang.

Bagaimanakah harga matawang disebut?

Berdagang Forex bermaksud membeli satu matawang seraya menjual matawang yang lain. Dalam erti kata lain, Forex melibatkan pemerdagangan pasangan matawang, yang ditunjukkan pada carta sebagai USDCAD atau EURUSD. Matawang pertama pada suatu pasangan dipanggil matawang asas, sementara matawang kedua dipanggil matawang sebutharga.

Semasa harga pasangan matawang disebutkan, harga yang anda lihat mewakili jumlah matawang sebutharga yang diperlukan untuk membeli satu unit matawang asas. Sebagai contoh, jika USDJPY didagangkan pada kadar 134.2600, ini bermakna anda akan dikenakan bayaran sebanyak 134.26 yen Jepun untuk membeli $1 dolar A.S.

1021-1.png

Bagaimanakah cara mengira spread?

Mengetahui cara mengira sebutharga pasangan matawang boleh membantu anda untuk mengenal pasti jumlah spread yang perlu anda bayar. Jika anda melihat pada harga ask dan harga bid bagi pasangan matawang, anda akan perasan bahawa ia berbeza. Jadi untuk mengira spread anda perlu menolak harga bid (harga jual) daripada harga ask (harga beli).

Jadi, jika GBPUSD didagangkan pada 1.2102/1.2105, nilai spread adalah 1.2105 - 1.2102, bersamaan dengan 0.0003 (atau 30 poin).

Spread Tetap Dan Terapung

Seperti yang anda ketahui, spread boleh bersifat malar (tetap) atau fleksibel (terapung).

Spread tetap kekal sama walaupun keadaan pasaran berubah-ubah. Ini boleh menjadi satu kelebihan dalam pasaran yang meruap atau jika pedagang baru sahaja mula berdagang kerana kos transaksi kekal sama dan tidak ada risiko untuk spread melebihi keuntungan. Bagaimanapun, spread malar boleh mengalami requote (harga disemak dan anda diberikan harga baharu) tanpa notis, di mana jika situasi ini berlaku, ia boleh mengganggu perdagangan anda.

Spread terapung pula akan dilaraskan mengikut perubahan keadaan pasaran. Ia boleh mengecil semasa tidak banyak aksi yang berlaku di pasaran dan melebar semasa kemeruapan semakin tinggi. Spread terapung bergantung pada tahap bekalan dan permintaan matawang, jadi apabila anda menjangkakan banyak tindakan pasaran akan berlaku (contohnya, selepas siaran data ekonomi atau acara/peristiwa utama lain), anda harus bersedia untuk spread yang lebih besar. Berdagang dengan spread yang meruap boleh mendatangkan risiko yang tinggi untuk pedagang baharu kerana kos transaksi lebih mudah untuk melebihi keuntungan keseluruhan urusniaga perdagangan. Tetapi ini memberikan lebih ketelusan untuk perdagangan dan membolehkan anda untuk melihat apa sebenarnya yang anda bayar.

Bagaimana cara untuk berdagang dengan spread yang rendah?

Bagi pedagang, adalah lebih menguntungkan untuk mereka berdagang semasa spread sedang tipis. Lebih sedikit wang yang dibelanjakan untuk kos transaksi, lebih banyak wang yang anda akan dapat laburkan dalam perdagangan anda, serta meningkatkan keuntungan keseluruhan anda.

Sebab utama untuk spread yang tipis ialah kecairan yang tinggi. Apabila volum perdagangan pasaran mengalami lonjakan, spread secara umumnya akan kekal sangat tipis. Jika suatu pasangan Forex sangat popular dalam kalangan pedagang, lebih mudah bagi mereka untuk membeli dan menjualnya, serta menukarkan pembelian mereka menjadi keuntungan. Lebih banyak pasangan matawang didagangkan, lebih banyak spread yang diterima oleh broker. Tetapi jika perdagangan berjalan dengan perlahan dan kecairan juga rendah, broker tidak akan mendapat banyak pulangan jika mereka mengekalkan jumlah spread yang tipis, inilah yang akan menyebabkan jumlah spread yang perlu dibayar oleh pedagang meningkat.

Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada kecairan yang tinggi di pasaran:

  • Masa perdagangan. Pasaran Forex dibuka 24 jam pada hari bekerja, ini bermaksud anda boleh meneruskan perdagangan pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun, terdapat had tertentu apabila ia melibatkan perdagangan matawang yang kurang didagangkan oleh ramai orang. Sebagai contoh, pasaran Forex Eropah dan Asia menjadi aktif semasa waktu hari bekerja standard, dan tidak bertindih antara satu sama lain. Ini bermakna, katakan anda berdagang yen Jepun semasa pasaran Forex telah beralih ke sesi dagangan Eropah, anda tidak akan melihat banyak kecairan, bermakna spread untuk JPYUSD akan jadi jauh lebih tinggi berbanding pasangan matawang berasas Euro.
  • Kemeruapan. Apabila pasaran meruap, kadar pertukaran boleh berubah-ubah secara rawak juga. Disebabkan ini, spread mungkin akan menjadi lebih lebar untuk mengimbangi ketidakstabilan di pasaran dan untuk memadankan tahap bekalan dan permintaan yang sentiasa berubah-ubah. Inilah sebabnya adalah sangat mencabar bagi pedagang yang cuba untuk mengurangkan kos transaksi semasa berdagang dalam pasaran yang meruap.
  • Peristiwa politik dan acara ekonomi. Peristiwa politik dan acara ekonomi boleh mempengaruhi kekuatan sesuatu matawang, menarik lebih atau kurang minat daripada pedagang. Ia juga boleh menyebabkan kemeruapan sementara pada pasaran, yang mana ia boleh meningkatkan spread ke tahap lebih tinggi.

Kadangkala, broker juga boleh mengurangkan spread mereka sebagai tawaran promosi bagi menggalakkan pedagang untuk lebih aktif di pasaran. Apabila ini berlaku, anda mempunyai peluang untuk memanfaatkan spread yang rendah tanpa perlu risau tentang kemeruapan atau kecairan yang tinggi.

Sebagai contoh, FBS telah mengumumkan suatu tempoh bila mana spread baharu yang lebih rendah diperkenalkan untuk semua instrumen kewangan, termasuk pengurangan spread sebanyak 10% untuk EURUSD, pengurangan 25% untuk USDJPY dan pengurangan hampir 60% untuk USDCAD. Kami syorkan agar anda memanfaatkan tawaran ini selagi anda boleh.

Kesimpulan

Spread ialah sejumlah bayaran yang dicaj oleh broker kepada anda kerana menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh mereka. Spread boleh bersifat malar ataupun berubah-ubah, dan kedua-dua jenis ini boleh dimanfaatkan mengikut keperluan anda. Jika broker anda mengenakan spread terapung, anda boleh tunggu sehingga pasaran memasuki fasa kecairan tinggi dan mendapatkan kelebihan semasa paras spread rendah.

Jika anda sedang mencari broker dengan spread yang lebih baik, FBS mempunyai beberapa tawaran yang mungkin menarik minat anda, daripada akaun standard dengan spread 5 poin terapung dan juga akaun tanpa spread, semuanya bergantung pada pilihan anda. Dan jangan lupa untuk menyemak tawaran promosi istimewa (dan terhad) kami dan dapatkan kelebihan daripada spread yang rendah.

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.