Bagaimana caranya untuk menjadi Pedagang Yang Berjaya? Petua Untuk Menambah Baik Mindset Perdagangan Anda

Baca artikel ini di laman web FBS

CREATIVE-102_cover_2.jpg

Apa itu mindset perdagangan?

Anda mungkin pernah mendengar ramai jurulatih perdagangan (trading coach) mengatakan bahawa mindset perdagangan yang positif adalah penting jika anda ingin mencapai sesuatu dalam dunia perdagangan. Kedengaran seperti tidak munasabah? Tapi nanti dahulu, realiti menunjukkan bahawa mindset perdagangan sebenarnya adalah salah satu faktor utama yang membawa kepada perdagangan yang berjaya.

Apabila anda berdagang, anda perlu bersedia untuk menghadapi risiko, untuk mengendalikan risiko ini dan malah kerugian wang. Jadi cara anda bertindakbalas dengan situasi ini – kekal tenang atau terikut-ikut dengan emosi dan membuat keputusan yang terburu-buru akibat terdesak – mempengaruhi keberhasilan perdagangan anda. Anda mungkin mengetahui segala-galanya tentang perdagangan dan mempunyai dana yang tidak terbatas, tetapi jika anda mempunyai mindset yang tidak betul, anda tidak akan melihat hasil seperti yang anda harapkan.

Artikel ini mengajarkan anda tentang kepentingan mindset yang positif dalam perdagangan, cara untuk meningkatkan mentaliti perdagangan anda, perkara yang membuatkan seorang pedagang berjaya dan cara menjadi seorang pedagang cemerlang.

CREATIVE-102_inner1.jpg

Mengapa mindset yang positif itu penting?

Seperkara mengenai pasaran kewangan yang kebanyakan pedagang terlupa ialah perdagangan tidak mempunyai emosi. Tidak ada keadaan pasaran yang — secara sejatinya — baik atau buruk. Perasaan anda terhadap perdagangan bergantung sepenuhnya pada anda. Perkara yang anda anggap sebagai perdagangan yang rugi mungkin peluang yang baik untuk orang lain. Jadi, perdagangan, pada dasarnya, adalah subjektif dan bergantung kepada emosi dan tindakan pedagang.

Bagaimana anda bertindak di bawah tekanan bergantung pada mindset anda. Semua makhluk yang hidup bertindak mengikut naluri apabila mereka berada dalam bahaya, dan manusia juga tidak terkecuali. Para pedagang tidak terkecuali. Pergerakan pasaran yang tidak dijangka juga boleh tergolong dalam kategori “bahaya” dalam otak kita, jadi ramai pedagang menjadi mangsa emosi mereka sendiri dan membuat keputusan yang boleh menyebabkan mereka kerugian wang.

Apatah lagi, semua pola carta yang anda pelajari untuk meramalkan pergerakan harga masa hadapan sebenarnya adalah berdasarkan psikologi pedagang. Apabila situasi pasaran yang tertentu muncul, sesetengah pedagang menjadi emosional secara berlampauan, manakala yang lain menggunakannya untuk mencari lebih banyak peluang-peluang perdagangan.

Secara asasnya, semua pergerakan pasaran bergantung pada cara pedagang lain bertindak. Itulah sebabnya mengapa ianya penting untuk mempunyai mindset perdagangan yang positif dan menjauhkan emosi seperti ketakutan dan kebimbangan daripada perdagangan. Kerana ia akan menghambat kejayaan anda dalam perdagangan. Dengan memisahkan emosi anda daripada urusniaga anda, anda akan dapat melihat pasaran dengan gambaran yang lebih besar dan tidak menjadikan kesilapan diri anda sebagai satu peluang yang boleh digunakan oleh pedagang lain.

Petua Terbaik Untuk Memantapkan Mentaliti Perdagangan Anda

Walaupun anda belum mempunyai mindset perdagangan yang betul sekarang, ini tidak bermakna anda langsung tidak mempunyai harapan. Sentiasa ada jalan untuk memperbaiki mentaliti anda. Di bawah, kita akan bincangkan tip-tip untuk menjadi pedagang yang lebih tenang.

Kuasai mindset pedagang yang betul

Tidak kira apa jua tahap kepakaran anda, untung atau rugi dalam perdagangan adalah di luar kawalan anda. Perdagangan itu sendiri sangat sukar diramalkan. Anda tidak boleh meramalkan pergerakan pasaran seterusnya secara 100%. Tetapi apa yang anda boleh lakukan ialah menyediakan strategi pengurusan risiko dan mematuhinya. Anda perlu menerima bahawa urusniaga yang rugi adalah sebahagian daripada lumrah kehidupan mana-mana pedagang dan ia tidak sekali-kali mencerminkan kebolehan anda sebagai pedagang. Adakalanya anda cuma perlu bertenang dan tunggu. Jangan biarkan diri anda dibelenggu tekanan dan emosi kerana ia akan membayangi rancangan dan strategi yang telah anda buat semasa anda tenang dan rasional.

Terus belajar

Tidak kira apa yang anda lakukan untuk mencari rezeki, pembelajaran adalah sebahagian daripada setiap pekerjaan. Anda perlu sentiasa memperoleh pengetahuan baharu untuk terus mendahului persaingan dalam dunia yang kompetitif ini. Dalam perdagangan, pembelajaran juga kunci untuk membangunkan mindset yang betul untuk berdagang. Lebih banyak yang anda tahu tentang pelbagai teknik, alatan, pola, strategi, dan situasi pasaran, semakin kecil kebarangkalian anda akan berasa panik dan tersungkur dek emosi anda.

Jangan biarkan kerugian menjadi tidak terkawal

Ini adalah contoh utama emosi yang mengatasi pemikiran yang logik. Ramai pedagang baharu berpendapat bahawa jika urusniaga mereka menjadi negatif, mereka hanya perlu membiarkannya. Semakin lama anda membiarkan perdagangan anda yang rugi terbuka, semakin besar kemungkinan kerugian anda berkembang dan semakin sukar untuk memulihkan baki anda. Itulah sebabnya mengapa pedagang berpengalaman tahu bahawa adalah lebih baik untuk menutup urusniaga yang rugi lebih awal dan sebaliknya fokus pada posisi yang menguntungkan.

Simpan jurnal perdagangan dan buat pemerhatian secara berkala

Jurnal perdagangan sangat berguna, terutamanya jika anda baru memulakan langkah anda sebagai pedagang profesional. Gunakannya untuk menyimpan rekod semua urusniaga yang pernah anda buat. Sebaik sahaja anda menutup urusniaga anda, anda perlu mencatatkan berapa banyak keuntungan dan kerugian yang dihasilkan. Menyimpan semua maklumat ini di satu tempat boleh membantu anda menganalisis perkara yang perlu diperbaiki dalam strategi dagangan anda, apakah kesilapan yang biasa anda lakukan dan bagaimana anda boleh menghindarinya pada masa hadapan.

Perhatikan tindakan pedagang lain yang berjaya

Mencontohi tauladan orang lain adalah cara yang baik untuk menguasai sebarang kemahiran. Perdagangan juga tidak terkecuali. Memerhatikan cara pedagang berjaya bekerja, cara mereka menganalisis pasaran dan apakah motivasi di sebalik setiap keputusan mereka boleh membantu anda melatih pemikiran logik anda sendiri dan membantu anda untuk kekal lebih berhati-hati apabila menguruskan perdagangan anda sendiri.

Kawal emosi anda

Emosi adalah sebahagian daripada kehidupan seharian kita. Walau bagaimanapun, tidak ada tempat untuk emosi dalam dunia perdagangan. Emosi seperti ketakutan dan ketamakan adalah perkara biasa dalam bidang kerja ini. Begitu banyak urusniaga yang baik akhirnya musnah kerana pedagang berasa takut dan menarik diri terlalu awal, atau pedagang menjadi terlalu tamak dan terlepas peluang untuk mengambil keuntungan mereka. Sentiasa pastikan minda anda stabil dan jangan biarkan emosi menguasai perdagangan anda.

Ingatkan diri anda bahawa perdagangan tidak berhutang kepada anda apa-apa

Hukum Newton ketiga menyatakan bagi setiap aksi akan ada reaksi yang setara dalam arah yang bertentangan. Tetapi, ini tidak terpakai untuk pasaran kewangan. Jika urusniaga anda jatuh merudum, jangan berharap pasaran akan berubah arah. Sebaliknya, tutup urusniaga ini dan buka urusniaga yang baharu untuk mengambil kesempatan terhadap perkembangan baharu ini. Pasaran tidak bukan fizik Newtonian, jadi menunggu untuk harga kembali ke tahap yang anda inginkan mungkin hanya sia-sia.

CREATIVE-102_inner2.jpg

Ciri-ciri Utama Pedagang Yang Berjaya

Jadi sekarang anda tahu apa yang patut dan tak patut dilakukan untuk membangunkan mindset yang betul, perhatikan beberapa ciri yang dikongsi oleh semua pedagang yang berjaya. Pada hakikatnya, semua pedagang yang berjaya:

  • selesa mengambil risiko. Jika anda tidak boleh’ menerima kemungkinan untuk rugi, maka perdagangan bukan untuk anda. Urusniaga yang rugi adalah sebahagian daripada perdagangan, dan pedagang yang berjaya boleh menerima bahawa dagangan mereka mungkin mengakibatkan kerugian, bukannya membawa keuntungan;
  • mampu menyesuaikan diri dengan cepat dengan keadaan pasaran yang berubah-ubah. Pedagang yang berjaya sentiasa bersedia untuk menukar strategi dagangan mereka jika diperlukan oleh pasaran. Mereka tidak mempunyai ikatan emosi dengan kerja mereka dan sentiasa bersedia untuk mengikut ke mana sahaja arus pasaran pergi;
  • mampu melihat pasaran secara objektif. Mereka berdedikasi untuk memanfaatkan mana-mana pasaran dengan sepenuhnya. Mereka tidak membiarkan emosi diri mereka mengatasi keupayaan mereka untuk berfikir secara waras dan membuat keputusan pantas;
  • tidak terjejas secara emosi dengan perdagangan yang untung atau rugi. Kedua-dua urusniaga yang untung atau rugi adalah sebahagian daripada kerjaya mana-mana pedagang. Terlalu memfokuskan pada hasil setiap urusniaga boleh menghalang keupayaan anda untuk berfikir secara waras apabila ia berkaitan dengan posisi aktif yang lain;
  • pedagang yang mampu mendisiplinkan diri sendiri. Pedagang yang berjaya tahu cara mengira risiko dan merancang strategi mereka berlandaskannya. Mereka tidak berjudi dan mereka tahu bila masanya untuk menutup urusniaga dan mengambil keuntungan mereka;
  • sedar bahawa pasaran tidak boleh diramalkan. Pedagang yang berjaya tahu bahawa pasaran tidak berfungsi berdasarkan beberapa algoritma yang direka. Mereka bersedia untuk menerima apa sahaja yang ditawarkan oleh pasaran pada masa itu dan tidak berasa kecewa apabila pasaran mengubah alirannya.

Tabiat Pedagang Yang Berjaya

  • Pedagang yang berjaya tahu mereka perlu mentaksir dan menilai prestasi mereka secara berkala. Ini membantu mereka untuk mencari aspek yang perlu ditambah baik dan belajar dari kesilapan mereka yang lalu.
  • Pedagang yang berjaya adalah fleksibel. Mereka tidak terikat dengan perdagangan dan strategi semasa dan sentiasa bersedia untuk membuat perubahan apabila perlu. Mereka tahu bila perdagangan harus ditutup dan bila perlu beralih ke objektif seterusnya.
  • Pedagang yang berjaya tidak teragak-agak untuk merisikokan wang mereka jika mereka melihat ada peluang yang jelas untuk membuat keuntungan. Mereka faham kejayaan bukan untuk mereka yang takut untuk mengambil risiko. Walaupun begitu, mereka tidak terburu-buru untuk berdagang tanpa berfikir tentang pilihan yang mereka ada serta tidak akan merisikokan sejumlah wang jika belum betul-betul bersedia.

Kami berharap dengan mengetahui semua perkara ini dapat membantu anda memupuk mindset perdagangan yang positif. Sentiasa ingat untuk berhati-hati, fikirkan keputusan anda dengan sebaik-baiknya dan jangan biarkan emosi anda menguasai kewarasan fikiran anda!

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.