1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Cara Menggunakan Kalendar Ekonomi Untuk Meningkatkan Keuntungan Perdagangan Forex Anda
2023-08-25 • Dikemaskini

Cara Menggunakan Kalendar Ekonomi Untuk Meningkatkan Keuntungan Perdagangan Forex Anda

cover.png

Untuk meraih keuntungan dalam perdagangan, anda perlu mahir menganalisa keadaan pasaran. Walau bagaimanapun, mengetahui peristiwa-peristiwa yang boleh mempengaruhi prestasi aset anda sama pentingnya dengan menganalisa ciri-ciri teknikal pasaran. Terdapat pelbagai perkongsian yang komprehensif tentang alat analisis teknikal yang boleh dijumpai di luar sana, tetapi pedagang (terutamanya pedagang pemula) seringkali terlupa tentang analisis fundamental.

Salah satu alat yang paling penting untuk membantu pedagang menjejaki peristiwa-peristiwa ini ialah kalendar ekonomi. Dalam artikel ini, anda akan mempelajari cara kalendar ekonomi berfungsi, maklumat boleh didapati daripadanya dan cara menggunakannya dalam perdagangan.

CREATIVE-2439 _1200x675_2 (1).png

Apakah itu kalendar ekonomi?

Perhatikan mana-mana carta harga, anda akan mendapati harga sentiasa naik dan turun. Namun begitu, terdapat masa apabila ia mengalami kemeruapan yang sangat tinggi, naik dan turun secara dramatik dan membentuk garisan bergerigi merentas carta. Walaupun kemeruapan dengan kadar tertentu adalah lazim pada jam-jam tertentu di pasaran, ketidakstabilan yang lebih tinggi biasanya didorong oleh faktor-faktor luaran.

Faktor-faktor ini termasuklah peristiwa yang dijangka atau tidak dijangka yang mempengaruhi minat pedagang terhadap aset-aset tertentu.

Adalah mustahil untuk meramal peristiwa tertentu yang boleh mempengaruhi kesediaan para pedagang untuk melabur dalam sesuatu aset. Ini termasuklah perisitwa bersifat geopolitik, bencana alam dan keadaan lain yang tidak dapat diramal. Apabila sesuatu kejadian berlaku di pentas dunia yang menyebabkan pedagang tak senang duduk memikirkan kedudukan wang mereka, pedagang akan bertindak balas dengan tegas, yang seterusnya mempengaruhi pasaran.

Tetapi harga pasaran juga boleh dipengaruhi oleh acara-acara berjadual. Penyiaran data ekonomi, pengumuman perolehan syarikat, kenyataan rasmi dan sebagainya memberi kesan yang signifikan ke atas pasaran kewangan, mempengaruhi tanggapan keberuntungan aset-aset yang terlibat. Acara-acara berjadual berlaku sepanjang tahun, jadi mungkin sukar untuk mengingati setiap pengumuman yang mungkin relevan kepada anda. Di sinilah kalendar ekonomi memainkan peranan.

Kalendar ekonomi ialah jadual tentang pengumuman akan datang yang berpotensi tinggi untuk mempengaruhi pergerakan harga pelbagai aset. Oleh itu, ia alat analisis fundamental yang penting.

Walaupun anda bergantung sepenuhnya pada analisis teknikal dan yakin dengan pengiraan anda, pengabaian penyiaran data ekonomi boleh menjejaskan strategi perdagangan anda. Kalendar ekonomi memaklumkan anda mengenai berita tentang aktiviti ekonomi, mendedahkan keadaan semasa sebuah ekonomi dan memberi pedagang lebih banyak maklumat untuk merancang langkah-langkah seterusnya.

Cara kalendar ekonomi berfungsi

Walaupun terdapat pelbagai variasi alat ini dalam talian, anda berkemungkinan tinggi menemui kalendar yang diaturkan sebagai sebuah jadual dengan beberapa kolum.

calendar.png

Kalendar ekonomi FBS

Kalendar standard termasuk maklumat tentang jenis acara-acara yang berkaitan, tarikh dan masa yang dijadualkan, aset yang boleh dipengaruhi, dan nilai sebenar, nilai jangkaan dan nilai yang terakhir dicatat. Dalam keadaan tertentu, kalendar ekonomi juga memberitahu pedagang tentang jangkaan seberapa besar kesan pengumuman ke atas aset-aset.

Kalendar ekonomi juga bertindak sebagai arkib aktiviti ekonomi yang direkodkan sebelum ini. Anda boleh menyemak data beberapa tahun sebelum ini dan melihat bagaimana petistiwa tertentu memberi kesan kepada pasaran kewangan pada masa lalu.

Data yang terdapat dalam kalendar ekonomi

Kalendar ekonomi secara amnya mengandungi bermacam-macam data yang berkaitan dengan pelbagai pengumuman. Tetapi itu tidak bermaksud pedagang mesti mengikuti setiap acara yang tersenarai. Anda patut ketahui terlebih dahulu apakah aktiviti-aktiviti ekonomi yang ditandakan dalam kalendar ekonomi, dan yang mana satu yang relevan dengan strategi perdagangan pilihan anda.

  • Keputusan bank pusat. Bank pusat mempunyai kawalan ke atas dasar kewangan dan mengawal bekalan wang sesebuah negara. Apabila sebuah negara mengalami pergolakan ekonomi, bank pusat akan mengubah kadar faedah. Ini mempengaruhi nilai matawang negara itu di pasaran global dan aspek-aspek ekonomi yang lain.
  • Kadar inflasi. Inflasi adalah masalah yang sangat menyusahkan dan menjejaskan mana-mana sahaja negara di seluruh dunia. Inflasi mengimpak pelbagai aspek ekonomi sesebuah negara: pekerjaan, kuasa pembelian pengguna, nilai matawang nasional, dsb. Mengikuti pengumuman tentang Indeks Harga Konsumer (CPI) dan Indeks Harga Pengeluar (PPI) sesebuah negara boleh membantu anda mengenal pasti inflasi tinggi.I Pengetahuan tentang kadar inflasi semasa memberi anda maklumat tentang dasar kewangan jangka pendek sesebuah negara dan memberikan lebih banyak masa kepada anda untuk melaraskan strategi perdagangan anda.
  • Kadar Pengangguran. Kadar pengangguran menunjukkan keadaan semasa pasaran buruh negara tertentu. Laporan ini menunjukkan jumlah pekerja yang menganggur dalam pasaran buruh yang giat berusaha mencari pekerjaan. Kadar pengangguran yang tinggi menandakan bahawa terdapat kekurangan pekerjaan yang tersedia kepada orang ramai. Ini boleh ditafsirkan sebagai ekonomi yang lemah atau inflasi yang bakal tiba.
  • Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). KDNK ialah indikator yang mengukur pengeluaran domestik sesebuah negara dengan mengira jumlah nilai wang semua barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan di negara tersebut dan dijual di pasaran. KDNK dilaporkan pada setiap suku tahun, jadi anda boleh menjejaki prestasi keseluruhan ekonomi negara itu untuk ketahui sama ada anda boleh menjangka pengukuhan matawang atau tidak.
  • Indeks Pengurus Pembelian (PMI). Indikator ini menunjukkan aktiviti pengilangan terkini di sesebuah negara. Jika nilai PMI melebihi 50, ekonomi negara tersebut sedang berkembang dan mempengaruhi kadar matawang nasional secara positif.
  • Jualan Runcit. Kadar jualan runcit ialah indikator yang bagus tentang aktiviti dan kestabilan ekonomi sesebuah negara. Jualan runcit yang tinggi menunjukkan ekonomi sedang berkembang, manakala jualan yang berkurangan secara amnya menandakan terdapat masalah dalam ekonomi negara. Akhirnya, maklumat ini mempengaruhi nilai matawang nasional negara tersebut.
  • Laporan perolehan syarikat. Selain data ekonomi am, anda juga boleh mendapati maklumat tentang pengumuman berjadual daripada syarikat-syarikat individu. Sebagai contoh, semua syarikat menerbitkan laporan pendapatan suku tahunan tentang hasil keuntungan terkini mereka. Pengumuman ini berkait secara langsung dengan kejayaan perniagaan syarikat itu, jadi maklumat ini amat penting kepada pedagang saham dan pelabur.

Seperti yang anda boleh lihat, kalendar ekonomi merampai senarai pelbagai jenis pengumuman data ekonomi dan berita, dan beberapa data yang disenaraikan di atas hanyalah sebahagian kecil daripadanya. Untuk menggunakannya untuk kelebihan anda, anda perlu meluangkan sedikit masa untuk menyelidik peristiwa-peristiwa yang berkaitan dengan aset perdagangan pilihan anda.

Kelebihan menggunakan kalendar ekonomi

Mengetahui cara membaca kalendar ekonomi adalah kemahiran yang tidak ternilai. Mari kita terokai faedah-faedah kalendar ekonomi dan bagaimana ia dapat membantu anda menjadi seorang pedagang yang berjaya.

  • Kesedaran. Jika anda tidak merujuk kalendar ekonomi, anda mungkin mengalami kejutan apabila data yang besar disiarkan dan menggerakkan pasaran. Pengetahuan tentang berita yang akan datang boleh memaklumkan anda tentang impak yang boleh melanda, awal-awal lagi.
  • Perancangan yang lebih cekap. Apabila anda membuat rancangan perdagangan, anda menetapkan peraturan-peraturan khas untuk anda ikuti. Apabila peristiwa ekonomi yang penting berlaku, rancangan perdagangan anda mungkin menjadi tidak berguna lagi. Tetapi jika anda tahu mengenai peristiwa-peristiwa ini secara awal dan bagaimana ia mungkin mempengaruhi pasaran, anda boleh menyediakan strategi dan peraturan tambahan untuk memanfaatkan perkembangan baharu.
  • Analisis yang komprehensif. Walaupun analisis teknikal membantu anda memahami dengan lebih baik sentimen pasaran semasa, analisis fundamental memberikan gambaran tentang masa dan bagaimana sentimen pasaran boleh berubah. Dengan menggabungkan pelbagai jenis alat analisis pasaran, anda boleh meraih lebih banyak data untuk menghasilkan strategi perdagangan yang lebih andal.

Ingat, berhati-hati bila berdagang dengan kalendar ekonomi. Jika sesuatu acara membawa berita yang tidak dijangka, menyebabkan harga bergerak dalam arah yang bertentangan dengan jangkaan, anda berisiko terperangkap dalam pasaran yang meruap. Sentiasa fikirkan semua kesudahan yang mungkin sebelum anda memberikan komitmen kepada satu strategi sahaja.

Cara menggunakan kalendar ekonomi untuk perdagangan Forex

Perdagangan Forex berkait secara langsung dengan kadar tukaran matawang nasional. Oleh itu, pengumuman ekonomi dan berita yang berkaitan dengan keadaan ekonomi sesebuah negara, serta mempengaruhi nilai matawangnya, juga memberi kesan kepada pasaran Forex.

Strategi-strategi utama

Kebanyakan pedagang Forex menggunakan kalendar Forex untuk menentukan pengumuman yang akan mempengaruhi pasangan matawang pilihan mereka. Secara amnya, ada dua pelan tindakan yang diikuti pedagang apabila kejadian-kejadian ini berlaku: mengambil kesempatan daripada pergerakan harga dan menghindarkan diri.

Oleh kerana berita ekonomi utama sentiasa menyebabkan pergolakan dalam pasaran kewangan, ramai pedagang memilih untuk menghindar dari berdagang semasa data dan berita sedemikian diumumkan. Apabila lebih ramai pedagang menyertai pasaran dalam percubaan untuk mengaut keuntungan daripada berita, kemeruapan pasaran meningkat, lalu menjadikannya lebih sukar untuk mencari titik masuk atau keluar yang andal.

Pada masa yang sama, kemeruapan juga menarik pedagang yang suka memanfaatkan perubahan harga jangka pendek, dikenali sebagai scalping. Strategi-strategi ini dianggap berisiko tinggi, oleh demikian pedagang novis dinasihatkan agar tidak mencuba strategi ini.

Pengumuman ekonomi yang harus dipantau

Seperti yang dikongsi sebelum ini, pedagang Forex harus memberi perhatian dengan teliti kepada berita dan acara berkenaan keadaan ekonomi tempatan dan global. Acara sedemikian termasuk pengumuman bank, laporan kadar inflasi, data pasaran buruh dan KDNK, perubahan harga dan bekalan komoditi, dsb.

Ia juga penting untuk mengikuti berita tentang matawang dunia yang utama, terutamanya dolar AS. USD telah lama diterima sebagai matawang rizab global, oleh itu, keadaan ekonomi AS boleh memberi impak kepada semua Forex dan lain-lain jenis pasaran kewangan.

Gunakan kombinasi beberapa alatan

Pengetahuan asas sangat penting untuk berjaya dalam perdagangan, tetapi penggunaan kaedah-kaedah lain untuk menganalisa pasaran juga sesuatu yang wajib. Semasa melibatkan diri dalam perdagangan kalendar ekonomi, jangan lupa menggunakan alat analisis teknikal untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci tentang pasaran dan potensinya.

Ringkasan

Perdagangan adalah perniagaan yang memerlukan banyak kemahiran, ia sangat mencabar tetapi mampu membuahkan hasil yang lumayan. Sungguh pun begitu, seberapa terperinci sekali pun rancangan perdagangan yang anda bina, anda boleh kehilangan wang sekiranya anda mengabaikan maklumat terkini industri. Kalendar ekonomi adalah alat yang bagus untuk membantu anda mengikuti acara-acara akan datang yang berkaitan dengan aset pilihan anda. Mudah digunakan, kalendar ekonomi akan memberitahu anda bila acara tertentu dijadualkan untuk berlaku dan bagaimana ia memberi impak kepada pasaran kewangan. Jadi, tingkatkan keuntungan perdagangan Forex anda, semak kalendar ekonomi di laman web kami atau dalam MetaTrader dengan mengklik View – Add toolbox – Calendar dan fikirkan cara untuk menggunakannya bersama toolkit anda.

SOALAN LAZIM

Apakah itu kalendar ekonomi?

Kalendar ekonomi secara asasnya merupakan alat analisis fundamental yang menyediakan jadual tentang pengumuman data ekonomi yang akan datang. Semua acara-acara yang termasuk dalam kalendar berpotensi tinggi untuk mempengaruhi pergerakan harga pelbagai aset perdagangan.

Sebagai pedagang Forex apakah data dalam kalendar ekonomi yang wajar diberikan fokus?

Pedagang Forex harus memberi tumpuan kepada pengumuman data ekonomi dan berita mengenai keadaan ekonomi tempatan dan global. Acara-acara sedemikian termasuk pengumuman bank pusat, laporan kadar inflasi, data KDNK, harga komoditi, indeks kewangan, dsb.

Bagaimana cara menggunakan kalendar ekonomi sebagai seorang pedagang baharu?

Pedagang pemula boleh merujuk kepada kalendar ekonomi untuk membiasakan diri dengan perdagangan. Perhatikan bagaimana harga berubah selepas acara tertentu, hadkan bilangan aset yang difokuskan dan elakkan pasaran yang meruap.

Bagaimana cara menggunakan kalendar ekonomi untuk meningkatkan strategi Forex saya?

Kalendar ekonomi adalah alat berguna yang boleh memberi anda lebih banyak maklumat tentang aset yang anda minati dan potensi perubahan harga, seterusnya membolehkan anda membuat perancangan awal.

  • 1092

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera