1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Panggilan Margin: Apakah Ia & Cara Untuk Mengelakkannya
2024-05-27 • Dikemaskini

Panggilan Margin: Apakah Ia & Cara Untuk Mengelakkannya

cover.png

Anda mungkin pernah terdengar tentang sesuatu kejutan yang tidak disenangi oleh pedagang: panggilan margin. Dan kami berharap anda tidak akan mengalami sendiri betapa buruknya kesan panggilan margin ini ke atas wang anda.

Panggilan margin ialah permintaan dari broker agar pedagang meningkatkan nilai akaun margin mereka kepada suatu baki minimum yang ditetapkan oleh broker. Malangnya, sesetengah pedagang yang berdagang dengan margin tidak tahu mengenai risiko-risiko yang berkaitan.

Tetapi walaupun bunyinya seram, ketakutan terhadap panggilan margin tidak mencegah pedagang daripada merisikokan portfolio mereka. Jadi, mari kita ringkaskan istilah ini yang menyebabkan kesulitan kepada akaun pedagang dan ketahui apa itu panggilan margin dan cara untuk mengelakkannya. Sebabnya mudah: sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna.

Poin-poin utama

  • Panggilan margin berlaku apabila nilai akaun pedagang menyusut melepasi suatu paras margin minimum yang telah disyaratkan oleh broker tersebut.
  • Pedagang boleh mencetuskan panggilan margin apabila mereka berdagang dengan leveraj yang tinggi tanpa dana yang mencukupi dalam akaun mereka.
  • Panggilan margin biasanya berlaku semasa pasaran berkemeruapan tinggi atau jika ia mengalami pergerakan yang tidak dijangka di pasaran.
  • Untuk memenuhi panggilan margin, pedagang boleh mendepositkan lebih banyak dana atau menutup beberapa posisi.
  • Pedagang boleh mengelakkan panggilan margin dengan memahami keperluan margin, menggunakan pesanan Renti Rugi, mengecilkan skala posisi (scaling in) dan memahami strategi perdagangan mereka dengan lebih jelas.

Apakah itu panggilan margin

Panggilan margin merujuk pada perdagangan margin, iaitu kaedah yang popular dalam kalangan pedagang untuk meningkatkan kuasa beli mereka dan membuat urusniaga yang lebih besar. Dengan membuka akaun margin, pedagang boleh berdagang dengan margin. Ini bermaksud mereka boleh menggunakan wang sendiri serta meminjam wang daripada broker untuk mendagangkan instrumen tertentu. Perdagangan margin boleh membawa keuntungan yang besar, tetapi ia juga boleh meningkatkan kerugian.

“Menggunakan margin adalah sangat bagus apabila pasaran bergerak seperti yang dijangka, tetapi panggilan margin adalah teruk sekali.”

Pedagang perlu sedar bahawa ia hadir bersama dengan risiko yang harus sentiasa diawasi – panggilan margin, yang menandakan bahawa nilai instrumen yang dipegang dalam akaun margin tersebut telah menyusut. Dalam erti kata lain, panggilan margin berlaku apabila nilai akaun pedagang jatuh lebih rendah daripada paras margin minimum yang ditetapkan oleh broker mereka.

Ya, setiap syarikat broker mempunyai syarat paras minimum margin mereka sendiri yang perlu dipenuhi oleh pedagang semasa berdagang dengan margin. Sesetengah broker mensyaratkan paras minimum yang lebih tinggi berbanding broker lain, dengan sebahagian daripada mereka meletakkan paras tersebut setinggi 30–40%. FBS menetapkan paras margin minimum pada tahap 40% untuk menyediakan syarat-syarat yang paling memudahkan pelanggan mereka.

Apakah yang mencetuskan panggilan margin

Panggilan margin boleh dicetuskan oleh beberapa faktor, tetapi sebab yang paling lazim ialah perdagangan dengan leveraj yang tinggi dan dana yang tidak mencukupi dalam akaun. Apabila pedagang menggunakan leveraj, mereka sebenarnya meminjam wang daripada broker mereka untuk membuka posisi yang lebih besar.

Namun demikian, leveraj mungkin tidak memihak kepada pedagang apabila pasaran berkemeruapan tinggi, ekonomi jadi tidak menentu atau harga berubah-ubah dengan mendadak, yang menyebabkan kerugian besar dan boleh menyusutkan nilai akaun mereka dengan cepat.

Strategi perdagangan yang salah dan dibina dengan lemah juga boleh mencetuskan panggilan margin.

Bilakah panggilan margin berlaku

Panggilan margin biasanya berlaku semasa pasaran berkemeruapan tinggi atau terjadi pergerakan harga yang mengejut. Berita, laporan ekonomi, peristiwa tertentu atau faktor-fakor lain boleh menyebabkan pergerakan pasaran yang mendadak. Namun, panggilan margin boleh berlaku pada bila-bila masa.

Pedagang yang menggunakan leveraj yang tinggi dan tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk menanggung kerugian mereka berkemungkinan tinggi menerima panggilan margin semasa pasaran sedang meruap.

Bagaimana cara untuk memenuhi panggilan margin

Jika pedagang menerima panggilan margin, mereka harus serta-merta memenuhinya tetapi tidak lewat dari tarikh yang ditetapkan, iaitu biasanya antara dua hingga lima hari.

Untuk memenuhi panggilan margin, pedagang mempunyai dua pilihan:

  1. Deposit dana tambahan ke akaun. Mendeposit lebih banyak wang boleh meningkatkan nilai akaun dan membawanya kembali melebihi tahap minimum margin yang diperlukan.
  2. Tutup beberapa posisi. Menutup beberapa pesanan boleh membantu mengurangkan risiko keseluruhan dan mencegah kerugian yang lebih besar.

Apabila panggilan margin berlaku, pedagang mesti memilih untuk sama ada mendeposit dana tambahan atau menutup beberapa posisi yang sedang aktif pada akaun tersebut. Jika tidak, broker boleh menutup beberapa posisi yang diperlukan untuk membawa baki anda kembali ke tahap yang disyaratkan dan kadangkala ini dilakukan tanpa notis.

Pedagang yang berhadapan dengan panggilan margin boleh menghubungi broker mereka untuk menentukan tarikh akhir dan penyelesaian yang lain. Jangan lupa bahawa FBS mempunyai khidmat sokongan pelanggan pelbagai bahasa 24/7 yang sedia menjawab soalan-soalan pelanggan.

frame.png

Bagaimana cara mengelakkan panggilan margin

Jika anda tidak memahami konsep perdagangan margin dan bagaimana panggilan margin berfungsi, anda mungkin terkejut dengan akaun anda yang meledak secara tiba-tiba.

Tetapi pedagang boleh mencegah kejadian yang memudaratkan ini. Berikut kami berikan beberapa tips untuk mengelak panggilan margin:

  • Berdagang dengan pemahaman yang jelas.

Sebelum berdagang dengan margin, pertimbangkan secara berhati-hati sama anda benar-benar memerlukannya. Jika ya, fahami tentang perdagangan margin, kemeruapan dan strategi perdagangan dan gunakan teknik-teknik pengurusan risiko untuk mengurangkan kesilapan yang boleh mendatangkan kerugian.

  • Ketahui syarat-syarat margin SEBELUM anda membuka sebarang pesanan.

Dilengkapi semua maklumat ini, anda boleh memilih leveraj yang sesuai dan memastikan anda mempunyai dana yang mencukupi untuk menampung urusniaga anda. Selain itu, pantau pesanan dan baki margin anda dengan kerap.

  • Gunakan pesanan Renti Rugi atau trailing stop.

Pesanan seperti itu boleh mengehadkan kerugian anda dan mengawal nilai akaun anda daripada jatuh lebih rendah dari tahap minimum margin yang disyaratkan.

  • Kurangkan saiz posisi dan bukannya membuka semua pesanan sekali gus.

Penskalaan (scaling in) bermaksud anda mula dengan kecil dan berkembang secara beransur-ansur: anda membuka satu pesanan kecil dan kemudian menambah lagi apabila harga bergerak mengikut ramalan anda, mengubah Renti Rugi. Dengan itu, anda boleh mengurangkan risiko dan memilih leveraj yang sesuai.

Gunakan beberapa tips ini, strategi yang kukuh dan pembelajaran berterusan, untuk mengelakkan panggilan margin dalam perjalanan perdagangan anda.

Cara mengira panggilan margin: contoh formula

Katakan seorang pedagang mempunyai akaun margin dengan $20,000 dan memutuskan untuk membeli 500 unit saham XYZ pada harga $50 seunit. Jumlah kos pesanan itu ialah $25,000 ($50 setiap unit x 500 unit)

Andaikan broker menetapkan syarat paras margin sebanyak 50%, pedagang harus menyediakan $12,500 (50% daripada $25,000) dan meminjam $12,500 yang selebihnya daripada broker untuk melengkapkan pembelian ini.

Jika nilai saham XYZ menyusut kepada $40 per unit, jumlah nilai pesanan itu ialah $20,000 ($40 setiap unit x 500 unit) – bersamaan dengan baki permulaan dalam akaun margin pedagang.

Walau bagaimanapun, pedagang masih berhutang kepada broker $12,500 yang dipinjam untuk membeli saham itu. Oleh kerana nilai pelaburan telah jatuh menjadi lebih rendah daripada paras margin 50% yang disyaratkan, pedagang akan menerima panggilan margin daripada broker untuk mendeposit dana tambahan atau sekuriti untuk membawa kembali nilai akaun ke tahap margin yang diperlukan.

Untuk mengira jumlah panggilan margin, broker menggunakan formula yang sama seperti dalam contoh di atas:

Jumlah Panggilan Margin = (Nilai Semasa Sekuriti Dalam Akaun x Keperluan Margin) - Baki Akaun

Dalam kes ini, jumlah panggilan margin ialah:

Jumlah Panggilan Margin = ($20,000 x 50%) - $12,500

Jumlah Panggilan Margin = $10,000 - $12,500

Jumlah Panggilan Margin = -$2,500

Oleh itu, pedagang mesti mendepositkan tambahan $2,500 untuk memenuhi panggilan margin dan mengekalkan posisi mereka dalam saham XYZ. Jika pedagang gagal memenuhi panggilan margin, broker boleh mencairkan sebahagian atau semua pesanan yang sedang aktif untuk menampung hutang tertunggak.

Apakah tahap risiko perdagangan margin

Perdagangan menjadi lebih berisiko dengan perdagangan margin. Potensi keuntungan yang lebih besar juga bermakna kerugian berpotensi untuk menjadi lebih besar. Penggunaan leveraj boleh melesapkan baki akaun pedagang dengan cepat jika pasaran bergerak bertentangan dengan jangkaan mereka. Selain itu, panggilan margin boleh menyebabkan stres dan sukar diuruskan dalam pasaran yang pesat berubah.

Sesiapa yang ingin berdagang dengan margin harus peka dengan situasi pasaran dan toleransi risiko yang kukuh. Tidak dapat tidak, anda perlu mempertimbangkan risiko perdagangan margin dengan teliti sebelum memulakannya.

Kesimpulan

Perdagangan margin mungkin cara yang lumayan untuk berdagang dan meningkatkan potensi keuntungan, tetapi ia juga melibatkan risiko tinggi. Pedagang yang ingin berdagang dengan margin harus memahami pasaran, perdagangan margin dan toleransi risiko. Mereka juga perlu menyediakan dana tambahan untuk memenuhi panggilan margin sekiranya ia berlaku. Jika pedagang menerima panggilan margin, mereka harus memenuhi keperluan yang ditetapkan dengan cepat bagi mengelakkan pencairan sekuriti.

  • 1986

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera