17.02.2020

Cara-cara Untuk Mempelbagaikan Pelaburan Dan Hidup Bahagia

Diversification-article-illustrations_001-cover.jpg

Pempelbagaian portfolio (diversification) adalah pil penahan sakit anda jika ditakdirkan anda mengalami kerugian. Pedagang yang portfolionya seimbang biasanya berasa lebih yakin dan selamat menghadapi prospek kegagalan, menguruskan risiko dengan lebih baik, dan mengelakkan masalah kekurangan dana yang dramatik. Namun begitu, ia hanya boleh mengurangkan kesakitan, ia tidak menyembuhkan. Ingat, pempelbagaian semata-mata tidak dapat menjamin anda tidak akan rugi lagi atau anda akan membina kekayaan dalam setahun; ia berfungsi sebagai perisai, beg udara anda yang akan melembutkan impak dari nasib yang malang, menyelamatkan kewarasan anda, dan membuatkan anda berasa selamat.

02.03.2018

Ed Seykota - bapa perdagangan berkomputer.

Bukan lagi satu rahsia bahawa pasaran Forex telah banyak berubah sejak beberapa dekad lalu. Evolusi teknologi telah mengubah perdagangan selama-lamanya, namun tidak ramai yang tahu orang-orang di sebalik kemajuan ini. Pernahkah anda terdengar tentang Ed Seykota, seorang pedagang dengan bakat bersinar telah membawakan penyelesaian IT ke perdagangan Forex? Pulang atas modal beliau setanding dengan yang dicapai oleh Warren Buffet, George Soros atau William J. O'neil. Tidak syak lagi beliau di antara dewa perdagangan.

Edward Arthur Sekota dilahirkan pada 1946 di Belanda, tetapi sejak dari kecil telah berhijrah bersama keluarganya ke Amerika Syarikat. Bapanya mencuba nasib sebagai pedagang saham dan akhirnya menjadi mentor perdagangan pertama untuk anak lelakinya.

05.07.2017

Bagaimana untuk menukar dari daripada akaun demo kepada akaun sebenar tanpa rasa sakit

Ramai pedagang menunjukkan hasil yang hebat di akaun demo tetapi gagal apabila mereka memulakan dagangan sebenar. Kami membuat analisa penuh mengenai masalah ini dan memilih 4 langkah penting, yang akan membantu anda beralih ke akaun sebenar yang selesa.

1) Berdagang seperti Sebenar. Apabila anda tahu anda tidak berdagang dengan wang sebenar , emosi anda adalah lebih kurang terlibat, dan anda boleh membuat semua kesilapan yang mungkin. Ia adalah merbahaya kerana segala-galanya yang anda lakukan pada akaun demo akan menjadi kebiasaan .

Apabila anda membuka akaun demo, lupa bahawa ia adalah satu "demo" akaun. Menganggapnya sebagai satu akaun sebenar dengan wang sebenar anda di dalamnya. Memasuki perdagangan dengan strategi, pelan, pengurusan risiko dan lain-lain saiz dan leverage akaun demo anda harus boleh sama seperti akaun live anda akan menjadi. Jangan buka akaun demo $ 50,000 jika anda merancang untuk akaun sebenar $ 1000.

17.08.2018

Seorang gadis muda memutuskan untuk berdagang Forex dengan FBS

chick_866x450.jpg

Hello, semua! Ann kembali lagi dan sudah bersedia untuk kongsikan pengalaman berdagang menggunakan indikator termudah, "Moving Average" (Purata Bergerak). Di dalam artikel ini, saya akan menceritakan setiap langkah yang saya lakukan dan total keuntungan yang saya raih.

Seperti yang anda masih ingat, saya telah menerima Bonus $50 dan membuat $113 bagi 2 hari pertama saya berdagang. Tidak mampu hendak saya lafazkan dengan kata-kata betapa bangganya perasaan saya ketika itu. Malah jika dibandingkan dengan saat bila mana saya berjaya mencari wang sendiri buat kali pertama ketika di sekolah menengah, saya tidaklah bangga seperti baru-baru ini! Klik di sini untuk membaca bahagian pertama kisah saya.

22.02.2018

Steven Cohen adalah pedagang lagenda pasaran Forex

Setiap pendatang baru akan tertanya-tanya, apakah ciri-ciri yang patut ada pada seorang pedagang untuk mencapai kejayaan luar biasa di pasaran Forex. Kita telah fikirkan tentang ini berkali, mengimpikan tentang keuntungan yang besar, dalam masa yang sama penerapan kemahiran ini mengambil masa yang panjang dan usaha berterusan. Namun bolehkah anda bayangkan wujudnya orang yang memang lahir dengan naluri semulajadi seorang pedagang? Itulah keadaannya dengan pedagang paling hebat di Wall Street yang anda pasti tidak pernah dengari. Steven Cohen adalah pengurus dana lindung nilai Amerika yang disenaraikan sebagai orang ke-106 paling kaya di dunia dan yang ke-35 di Amerika Syarikat. 

09.03.2018

Richard Dennis - genius perdagangan komoditi.

Hari ini, internet penuh dengan kisah jatuh dan bangun, kejayaan dan kekecewaan di dalam pasaran Forex. Kita boleh menemui berdozen-dozen kisah sebegini yang memuaskan setiap selera. Namun anda sukar menemukan kisah hebat pelopor perdagangan komoditi yang sangat kaya dan genius, Richard Dennis.

Kisah Dennis adalah kisah lagenda perdagangan yang masih mampu membakar semangat pedagang baru hari ini. Lelaki ini pada usia 23 tahun, dilaporkan telah meminjam $1,600 dan menukarkannya menjadi $200 juta di dalam 10 tahun dengan berdagang komoditi. Pada usia beliau 26 tahun, dia sudah pun menjadi seorang pedagang jutawan.

“Prince of the Pit” ini dilahirkan di South Side, Chicago pada tahun 1949, di dalam sebuah keluarga Irish katolik yang agak miskin, di mana bapanya berkerja hanya sebagai pencuci tandas. Dennis menjadi utusan pesanan di lantai perdagangan Chicago Mercantile Exchange pada usia 17 tahun. Beberapa tahun selepas itu, beliau mula berdagang untuk akaun beliau sendiri di Mid America Commodity Exchange, sebuah lantai perdagangan aras permulaan di mana kontrak "mini" didagangkan. Untuk mengatasi peraturan yang memerlukan pedagang berusia sekurang-kurangnya 20 tahun, beliau berkerja sebagai utusan beliau sendiri, dan mengupa bapanya, yang berdagang bagi pihaknya di pit. Begitulah caranya beliau mendapat gelarannya.

25.02.2019

Bagaimanakah caranya untuk berdagang tanpa rugi?

Tips yang membinasakan dan petua emas

pic1.jpg

Setiap pedagang pasti mahu tahu cara-cara untuk berdagang tanpa kerugian. Malangnya, kita semua melakukan kesilapan. Adakalanya kelihatan seperti kita telah membuat keputusan yang genius, tetapi kemudian kita pelajari bahawa mustahil untuk membuat keputusan yang lebih bodoh dari apa yang kita telah lakukan.

Sememangnya tidak mungki untuk kita berdagang tanpa kerugian langsung, tetapi kita boleh meminimumkan risiko. Kami telah kumpulkan beberapa salah tanggapan yang paling lazim agar anda dapat mengelakkan kerugian yang besar. Baca petua-petua emas kami, dan senyumlah bila mengenangkan keputusan-keputusan "genius" lalu – dan jangan ulangi lagi kesilapan yang sama!

16.02.2018

Ingeborga Mootz adalah bintang paling menyinar di dunia Forex yang anda boleh temui online.

Bermula dengan perdagangan Forex, setiap dari kita mungkin perlu mendapatkan inspirasi dari para pedagang contoh yang berjaya. Kami bukan merujuk kepada pemain besar seperti George Soros, tetapi orang-orang biasa yang hidup di kalangan kita juga. Pernahkah anda terdengar tentang Ingeborga Mootz? Beliau adalah seorang jutawan berusia 96 tahun, tetapi dia bukanlah memang asalnya kaya. Malahan, sekurang-kurangnya 15 tahun lalu, beliau hanyalah seorang balu tua yang biasa. Namun sekarang, dia adalah salah seorang orang paling terkenal di Jerman.

22.01.2018

Kecerdasan Buatan akan mengubah Pasaran selama-lamanya

Awal tahun adalah waktu terbaik untuk bercakap tentang masa hadapan. Selain dari berita-berita ICO yang mendominasi media, anda mungkin pernah mendengar tentang satu lagi subjek hangat – kecerdasan buatan (AI, artificial intelligence). Jika ia tidak kedengaran menarik untuk anda, anda harus fikirkannya semula, kerana tidak kira sama ada anda mahu atau tidak, tidak lama lagi AI akan mengubah hidup anda selama-lamannya.

Kami telah melihat secara mendalam beberapa senario masa hadapan yang dibawakan oleh AI, dan telah menghimpunkan perkara-perkara yang paling akan mempengaruhi para pedagang.

Perlumbaan global AI

Dunia dihebohkan dengan teknologi-teknologi yang kononnya akan dibawakan oleh AI. Wang sudah pun dicurahkan ke dalam AI seperti air terjun dan ia tidak akan mengurang malah hanya akan bertambah di tahun-tahun mendatang. Menurut Bloomberg, AI akan menyumbang sebanyak $15.7 trilion kepada ekonomi dunia pada 2030. Itu sudah lebih dari gabungan KDNK China dan India.

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera