20.12.2017

Kukuhkan keselamatan operasi perdagangan anda dan dapatkan manfaat dari penggunaan Pelayan Persendirian Maya (Virtul Private Server, Vps)

Secara tiba-tiba masa hadapan terealisasi dan pemayaan (virtualisation) mengambil peranan penting di dalam banyak bidang dalam bisnes, seperti perdagangan Forex, menjadikan pengehosan VPS untuk aplikasi kewangan lebih selamat dan efisien. Ia memberikan pengguna manfaat seperti privasi, kawalan, alokasi sumber yang terjamin, dan penyesuaian spesifikasi. Dengan tanggapan bahawa aplikasi perdagangan dan kewangan seringkali memerlukan lebih kestabilan dan kelajuan sambungan berbanding aplikasi lain, manfaat dari pengehosan maya adalah sangat besar.

VPS  Forex  atau Virtual Private Server adalah sesuatu yang sangat mirip dengan Cloud atau Virtual Box dan membolehkan kita menjalankan seberapa banyak sistem perdagangan yang mungkin di dalam satu mesin. Secara ringkasnya, ia adalah satu sistem maya yang dihoskan di sebuah pelayan yang tegap dan berkuasa tinggi khusus untuk menjalankan expert advisor tanpa henti dan bebas dari masukan dan komputer pedagang. Pelayan ini berjalan 24 jam sehari dengan perisian yang direka untuk mengatasi isu-isu sambungan internet yang boleh memperlahan atau menyekat kefungsian sebuah sistem perdagangan. Masalah seperti gangguan bekalan kuasa, kesulitan teknikal, serangan virus, dan lain-lain isu meletakkan pedagang dalam keadaan merugikan kerana risiko perlu menghentikan perdagangan. Dengan strategi yang mantap strukturnya dan keadaan pasaran menarik, perdagangan dengan mesin maya menawarkan prospek yang cerah dan potensi yang besar.

26.02.2018

Apa yang anime boleh ajarkan kepada anda tentang perdagangan Forex

Pernahkah anda perasan betapa banyak strategi Forex dan Expert Advisor sama ada mempunyai nama yang diambil, atau berbunyi seakan-akan diambil, dari anime? Nampaknya kecintaan seluruh dunia terhadap anime semakin kuat. 

Anda mungkin sedari betapa ia telah meresap ke hampir segenap kehidupan kita. Malahan jenama-jenama besar seperti Amazon, Nike, McDonald's, Nissan, Sony, New Balance dan banyak lagi telah mengiktiraf pengaruh anime dan menaja banyak judul yang terkenal. 

anime_trump.jpg

28.12.2017

Pelajari tentang pasaran Forex, ciri-ciri terasny dan tip-tip berguna untuk memulakannya

Pasaran Forex adalah sarat dengan peluang kewangan, menyediakan pelbagai perkakas perdagangan yang membantu dan ilmu pengetahuan yang mendalam. Seseorang yang bersedia untuk berkerja, menyerap bertan-tan ilmu pengetahuan, menganalisa arus data dan mencuba pengalaman pedagang-pedagang berjaya, akan pasti mencapai kejayaan akhirnya. Seperti di lain-lain bisnes, dengan mempunyai sasaran dan strategi yang spesifik, bersama dengan keupayaan kewangan yang kuat, seseorang boleh memulakan pendakian sukar ke puncak kejayaan Forex.

Pasaran Forex adalah pasarn tukaran matawang yang terpencar secara global (globally decentralized), di mana 5.1 trilion dolar A.S. bertukar tangan setiap hari. Ada lima pusat utama pasaran Forex di serata dunia – New York, London, Tokyo, Frankfurt dan Zurich. Ini bermakna seseorang tidak peru berada di lantai dagangan untuk terlibat dengan pasaran Forex. 

06.04.2020

Asas-asas Perdagangan Forex: Uji Diri Anda

global_blog.png

Anda tahu semua asas-asas perdagangan Forex? Anda benar-benar pasti? Jika anda tidak berasa sangsi dengan tahap pengetahuan anda, ambil ujian ini. Hati-hati, ia mungkin tidak semudah yang disangka – anda boleh sahaja melakukan kesilapan ;) 

Jika anda berasa seperti pelajar di waktu sebelum perperiksaan dan berasa lemah lutut, biasakan diri dengan Buku Panduan Forex dan pelajari semua yang anda perlu ketahui tentang istilah FX yang berkenaan. Kemudian buktikan anda cukup fasih dengan asas-asas perdagangan untuk menjadi pemain profesional di pasaran.

18.05.2022

MetaTrader 4 vs MetaTrader 5: Yang Mana Lebih Baik Di Tahun 2023?

MetaTrader 4 (MT4) dan MetaTrader 5 (MT5) ialah platform perdagangan yang paling popular di dunia, dibangunkan oleh MetaQuotes Software Corp. Berjuta-juta pedagang di seluruh dunia menggunakannya setiap hari dan menikmati perkhidmatan yang unggul. Tetapi apakah perbezaan di antara MT4 dan MT5, dan platform manakah yang lebih baik untuk anda?

Berikut ialah satu panduan dengan perbandingan lengkap antara MT4 vs MT5. Baca, pilih dan mula berdagang dengan broker yang andal di sisi anda!

25.06.2019

Bolehkah Anda Benar-benar Belanjakan $1 Bilion?

{PlayBuzz Element}

Baca lebih lanjut

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera