Analisis Teknikal dalam Perdagangan Forex
Untuk menjadi seorang pedagang Forex profesional, anda harus mempelajari analisis teknikal dan cara menggunakannya dalam amalan perdagangan anda. Dengan menggunakan pelbagai alatan teknikal, pedagang Forex boleh melihat carta pasangan matawang secara terperinci dan menentukan pilihan perdagangan yang terbaik untuk melaksanakan dagangan matawang. Makalah ini meneroka alatan analisis teknikal utama, yang menggambarkan kepentingannya dalam perdagangan.
Apakah itu analisis teknikal dalam Forex?
Analisis teknikal merangkumi pelbagai alatan dan aksi yang digunakan para pedagang untuk meramalkan tingkah laku pasaran berdasarkan data pasaran yang terdahulu.
Dalam Forex, analisis teknikal ialah suatu konsep dalam penilaian pasaran Forex yang berdasarkan perubahan-perubahan sejarah. Matlamat analisis teknikal adalah untuk membantu para penganalisis teknikal dan pedagang menentukan arah harga pasangan matawang yang seterusnya. Penganalisis percaya bahawa pasaran bersifat kitaran, dan tingkah lakunya boleh diramalkan.
Tidak seperti penganalisis fundamental yang mengkaji berita-berita kewangan dan perniagaan, khabar-khabar angin, prestasi korporat syarikat dan faktor-faktor politik, penganalisis teknikal menerokai data-data perdagangan silam. Perdagangan teknikal seperti itu melibatkan pembelajaran garisan pepenjuru dan mendatar untuk mengenal pasti aras sokongan dan rintangan. Para penyokong analisis teknikal bergantung pada carta, pola dan indikator Forex.
Bagaimanakah cara untuk menggunakan analisis teknikal dalam Forex?
Cara terbaik untuk belajar tentang pasaran untuk berdagang adalah dengan menggabungkan analisis teknikal dan fundamental. Semasa meneliti data statistik seperti perubahan dalam kadar dan inflasi, situasi geopolitik, dan faktor-faktor ekonomi dan kewangan lain yang mempengaruhi kadar pertukaran matawang, ia juga penting untuk menggunakan alatan teknikal untuk menentukan pergerakan masa depan pasaran Forex dan memanfaatkannya.
Mari kita bincangkan alatan utama analisis teknikal yang boleh membantu para pedagang Forex untuk membuat pemerhatian terperinci carta pasangan matawang untuk peluang perdagangan yang terbaik.
Aras-aras sokongan dan rintangan sebagai alatan analisis teknikal asas
Apabila anda mula menggunakan analisis teknikal dalam Forex, adalah lebih baik untuk anda belajar tentang aras-aras sokongan dan rintangan terlebih dahulu. Aras-aras ini menunjukkan di mana harga berhenti bergerak dalam satu arah dan menyongsang, yang membantu anda memahami trend pasaran dan signal perdagangan, dan menjadi asas untuk strategi anda pada masa depan.
Sokongan
Sokongan ialah aras harga di mana downtrend berkebarangkalian tinggi akan berhenti kerana permintaan tertumpu di situ. Apabila harga yang menurun melanggar sokongan pada carta, ia berkemungkinan besar akan melantun dalam arah yang bullish.
Sebagai contoh, anda membuka urusniaga short bagi pasangan matawang EURUSD, dan nilai pasangan itu menurun, memihak kepada anda. Akhirnya, ia mencapai aras sokongan yang telah diuji dan dipertahankan sebelum ini. Ketika ini, ia adalah peluang yang terbaik untuk menutup urusniaga, menjangkakan akan berlakunya penyongsangan daripada paras terendah itu.
Rintangan
Rintangan pula ialah aras harga di mana kenaikan berkemungkinan besar akan terhenti kerana bekalan bertumpu di situ. Apabila harga bergerak naik dan tiba di satu titik di mana ia ragu-ragu, ia telah menemui rintangan dan berkemungkinan akan melantun ke arah bearish.
Sebagai contoh, anda sedang berdagang USDCAD secara long di mana harga naik secara konsisten. Kemudian, anda menyedari bahawa pergerakan harga terhenti pada aras rintangan tertentu – peluang yang baik untuk keluar dari urusniaga perdagangan tersebut dan kekal positif.
Garisan trend
Garisan trend ialah alat yang penting untuk analisis teknikal. Dalam carta, garisan trend ialah garisan pepenjuru maya yang lurus dan mengarah ke atas atau ke bawah selari pergerakan harga, yang menghubungkan paras terendah dan tertinggi aksi harga. Garisan trend menggambarkan pergerakan harga semasa dalam satu arah, yang dipanggil trend. Terdapat beberapa garisan trend berbeza yang boleh anda gunakan dalam Forex.
Garisan trend bullish
Garisan trend bullish ialah garisan lurus yang bergerak naik dan menghubungkan paras-paras terendah candle semasa uptrend. Garisan bullish itu menghadkan uptrend dari bawah dan bertindak sebagai sokongan untuk pergerakan harga. Ia bergerak ke atas manakala sudut kecondongannya berbeza bergantung pada kekuatan trend – semakin rendah kecondongannya, semakin lemah trend tersebut.
Pasaran bullish adalah peluang yang baik untuk urusniaga long. Anda boleh membeli pasangan matawang jika anda menjangkakan harga berkemungkin besar akan meningkat, anda akan mengaut keuntungan.
Penghujung suatu uptrend berlaku selepas harga menembusi ke bahagian bawah garisan trend bullish dan mula menurun – penembusan bearish.
Garisan trend bearish
Garisan trend bearish ialah garisan lurus yang bertentangan sifatnya dengan garisan bullish dan bertindak sebagai rintangan. Garisan bearish menggambarkan pergerakan harga semasa downtrend. Ia dilukis di atas candlestick harga dan bermula dengan candle pertama yang mempunyai momentum menaik, yang kemudian diikuti oleh sebatang candle yang lain, yang menunjukkan peralihan ke arah harga yang lebih rendah.
Trend bearish menunjukkan sentimen pesimis pasaran tentang masa depan pasangan matawang apabila pedagang mula menjual matawang untuk mendapatkan keuntungan daripada penurunan harga.
Trend sideways (mendatar)
Jenis garisan trend ketiga berlaku apabila penawaran dan permintaan hampir sama. Trend mendatar menunjukkan ketiadaan satu arah pergerakan yang jelas.
Ramai pedagang Forex memanggil trend mendatar sebagai "flat". Terdapat apa yang dipanggil waktu sepi dalam pasaran apabila ramai pedagang lebih suka menunggu pergerakan harga tertentu. Keadaan pasaran seperti ini mengecewakan para pedagang trend. Walau bagaimanapun, anda boleh berjumpa dengan beberapa profesional yang menggunakan trend mendatar untuk memihak kepada mereka menggunakan strategi scalping. Memandangkan trend mendatar adalah fenomena yang biasa dalam Forex dan berlaku dalam semua pasangan matawang, kami syorkan agar anda belajar cara menggunakan situasi perdagangan ini untuk manfaat anda.
Indikator analisis teknikal Forex
Pedagang forex, penyokong analisis teknikal, bergantung pada indikator yang berbeza dalam amalan perdagangan mereka. Indikator analisis teknikal boleh dibahagikan kepada dua kategori berdasarkan tempoh masa signal yang ia berikan.
Indikator peramal (leading indicators)
Indikator peramal berfungsi sebagai indikator yang meramalkan perubahan masa depan dalam pasaran dan digunakan untuk meramalkan aktiviti harga. Indikator ini memberikan signal sebelum penyongsangan benar-benar berlaku di carta. Kelebihan indikator peramal yang paling ketara ialah ia boleh memaklumkan terlebih dahulu tentang penyongsangan pergerakan harga yang akan muncul agar anda boleh merancang perdagangan anda.
Walau bagaimanapun, indikator utama tidak boleh dipercayai 100% dan sering memberikan signal palsu. Itulah sebabnya para pedagang Forex harus menggabungkan indikator peramal dengan alatan analisis teknikal lain dalam rutin perdagangan harian mereka.
Beberapa indikator utama yang paling popular ialah Indeks Kekuatan Relatif (RSI), Osilator Stokastik, dan Williams %R.
Indikator lamban (lagging indicators)
Kita boleh memanggil indikator lamban sebagai pengesahan trend kerana ia memberikan signal sejurus selepas acara tersebut muncul pada carta lantas mengesahkannya. Indikator seperti ini mempunyai kadar kejayaan signal yang agak tinggi, tetapi pada masa yang sama, jika berdagang berdasarkan indikator seperti ini, para pedagang akan memasuki pasaran dengan agak lewat. Itulah sebabnya para pedagang cenderung untuk terlepas sebahagian besar daripada aksi harga.
Indikator lamban yang paling meluas ialah Moving Average atau Purata Bergerak (mudah, eksponen, berwajaran volum, dianjak, dsb.), Parabolic SAR dan Purata Bergerak Tumpuan Capahan (MACD, Moving Average Convergence Divergence).
Tidak ada indikator yang sentiasa tepat. Jadi, lebih baik untuk menggunakan pengesahan, terutamanya apabila anda membuka urusniaga dengan signal indikator peramal dengan posisi yang kecil dan kemudian membesarkan volumnya selepas indikator lamban mengesahkannya.
Pola carta analisis teknikal
Pola carta analisis teknikal ialah satu set aksi harga yang membentuk bentuk geometri tertentu pada carta dan membolehkan para pedagang meramalkan pergerakan harga selanjutnya dalam pasaran dengan kebarangkalian yang tinggi. Pola carta memudahkan kita berdagang Forex. Mereka membantu para pedagang membuat keputusan yang munasabah dalam aktiviti perdagangan mereka. Kelemahan utama pola carta ialah ia boleh dilihat dengan subjektif Jadi, pada carta yang sama, pedagang yang berpengalaman boleh menentukan pola yang tidak tipikal dan mendapat manfaat, manakala pedagang baru mungkin menemui bentuk yang standard dan rugi.
Terdapat dua jenis utama pola carta:
- Pola-pola penyongsangan. Bentuk carta sebegini menunjukkan perubahan yang akan datang dalam trend pasaran yang sedang berlangsung. Kita pertimbangkan lima pola penyongsangan yang boleh diandalkan: double top, double bottom, triple bottom, baji (wedges), head and shoulders, segi tiga simetri dan triple top.
- Pola-pola carta penerusan. Pola carta jenis ini menggambarkan trend yang sedang berlangsung akan berterusan pada masa hadapan. Pola carta penerusan yang paling popular ialah panji (pennants), bendera (flag), segi empat tepat (rectangles) dan baji/wedges (boleh menjadi pola penyongsangan dan boleh juga berfungsi sebagai pola penerusan).
Pedagang harus ingat bahawa pasaran Forex dibuka sepanjang masa, dan lazimnya penutupan untuk suatu hari adalah pembukaan untuk hari berikutnya.
Pola-pola candlestick
Dalam Forex, pola candlestick ialah candle individu atau pembentukan berbilang candle yang menggambarkan pergerakan harga dan memberikan gambaran menyeluruh aktiviti perdagangan. Pola candlestick agak berinformatif, dan itulah sebabnya ia menjadi suatu trend di kalangan pedagang Forex. Selain itu, alat analisis teknikal ini tidak sofistikated dan sesuai untuk para pedagang pemula.
Terdapat dua jenis pola candlestick yang utama – penyongsangan dan penerusan.
- Pola candlestick penyongsangan ialah candlestick yang terletak sekian-sekian rupa, yang menunjukkan trend semasa sedang berakhir dan membuka laluan kepada trend yang lain. Pedagang boleh menemui dengan pelbagai pola candlestick yang berbeza: hammer, hanging man, engulfing, morning star, shooting star, dan evening star.
- Pola candlestick penerusan ialah candlestick yang menggambarkan bahawa trend jangka pendek berdasarkan beberapa candle sebelumnya akan bergerak dalam arah yang sama. Terdapat beberapa pola candlestick penerusan yang boleh dipercayai: deliberation, concealing baby swallow, mat hold, dan method.
Pola candlestick ialah alat yang penting untuk para pedagang Forex. Penganalisis teknikal percaya bahawa anda boleh belajar banyak perkara daripada formasi ringkas ini untuk meramalkan sentimen pasaran masa depan dan dapat memanfaatkannya.
Kesimpulan
Secara ringkasnya, analisis teknikal dalam perdagangan Forex adalah kaedah penilaian pasaran yang tidak boleh diremehkan. Kecairan yang tinggi dalam Forex berkaitan dengan bilangan peserta, volum dagangan, dan kepekaan pasaran terhadap keadaan dan kecenderungan yang berbeza, yang bermaksud Forex adalah pasaran yang sentiasa berubah dan terdedah kepada pola yang berulang. Analisis teknikal Forex bermanfaat untuk pedagang dalam meramalkan arah pergerakan harga yang menyediakan pilihan terbaik untuk masuk dan keluar dari pasaran. Ia termasuk banyak alatan dan indikator yang membuka banyak peluang untuk perdagangan yang berjaya.
Panduan dan cadangan kami akan membantu anda untuk mengetahui lebih lanjut tentang analisis teknikal dan aspek-aspek perdagangan yang lain. Sertai kami dan rintis kembara perdagangan anda dengan FBS!
SOALAN LAZIM
Adakah para pedagang profesional menggunakan analisis teknikal?
Analisis teknikal adalah kaedah yang digunakan oleh para pedagang fundamental dan teknikal. Namun, berpegang kepada analisis fundamental, ramai pedagang fundamental mengesahkan keputusan mereka untuk memasuki perdagangan hanya selepas mempertimbangkan pola carta dan alat analisis teknikal yang lain.
Bagaimanakah cara untuk mempelajari analisis teknikal?
- Pelajari konsep asas dan alatan asas analisis teknikal.
- Gunakan pengetahuan anda dalam persekitaran yang terkawal.
- Berdagang dalam pasaran sebenar.
- Terus tingkatkan pengetahuan anda tentang analisis teknikal.
Apakah jenis-jenis analisis dalam Forex?
Lazimnya, analisis pasaran Forex terbahagi kepada tiga jenis: fundamental, teknikal, and sentimental.