1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Matawang yang kurang popular boleh menjadi medan baru untuk pedagang yang bijak
2023-05-29 • Dikemaskini

Matawang yang kurang popular boleh menjadi medan baru untuk pedagang yang bijak

majors_minors_3_-04.jpg

Ada satu perkara yang tiada siapa beritahu kepada pedagang-pedagang newbies di permulaan karier Forex mereka: anda tidak semestinya perlu berdagang pasangan matawang major sahaja untuk mendapatkan untung yang besar. Malahan, berdagang pasangan matawang yang tidak popular, dengan mengaplikasikan ilmu tertentu, boleh membawa faedah besar juga. 

Kebanyakan panduan online dan sifu-sifu perdagangan mencadangkan para pedagang baru fokus kepada pasangan matawang klasik dan popular seperti: Dollar AS, Euro, GBP, Franc Switzerland, Yen Jepun. Sebabnya adalah mudah – sekilas pandang, pasangan-pasangan matawang major, yang sering disebut ringkas sebagai "majors" lebih mudah dipantau, mempunyai spread yang lebih tipis dan kecairan yang lebih tinggi. Namun adalah penting untuk anda ingat ada berdozen-dozen pasangan tersedia untuk anda.

Ciri-ciri utama semua pasangan-pasangan major adalah spread yang terendah justeru kos perdagangan yang minimum. 

Pasangan-pasangan major setakat ini adalah yang paling popular, lantas mempunyai kecairan yang lebih tinggi. Secara praktiknya, mereka membentuk 85% dari pusing ganti dagangan harian pasaran Forex. Ini bermakna sekitar 4.5 trilion dolar didagangkan untuk pasangan matawang major sahaja.

Meski pun benar pasangan-pasangan ini adalah yang paling banyak didagangkan, major ada beberapa kekurangan yang signifikan. Oleh kerana wujud sasaran untuk menyeimbangkan matawang di bank-bank pusat AS dan EU sering melakukan "suntikan" wang pada waktu-waktu kritikal, menyebabkan para pedagang kecil menanggung kerugian. Matawang-matawang ini lebih terdedah kepada turun-naik, peningkatan dan kejatuhan nilai, akibat dari faktor-faktor fundamental.

Jika anda ingin mencuba sesuatu yang baru atau anda mencari lebih banyak peluang, mengapa tidak anda pilih pasangan matawang minor, juga dipanggil sebagai "minors" dan pasangan matawang silang (cross pairs)? Pasangan silang, adalah semua pasangan yang tidak menampilkan USD.

majors_minors_1.jpg

Apakah itu pasangan matawang minor?

Dalam perdagangan Forex, pasangan matawang minor biasanya menampilkan Euro, Yen atau Pound British. Minor yang paling lazim termasuklah:

EUR/GBP (EURO/ Pound British) EUR/AUD (EURO/Dolar Australia) GBP/JPY (Pound British/Yen Jepun) NZD/JPY (Dolar New Zealand/Yen Jepun) GBP/CAD (Pound British/Dolar Kanada)

Harga matawang-matawang ini cenderung berubah dengan kerap, jadi jika anda lakukan analisis dengan betul, anda boleh mencapai kejayaan besar.

Pasangan matawang minor kurang popular dan mempunyai kos spread yang lebih besar. Ini kerana kos bergantung kepada seberapa aktifnya suatu pasangan matawang didagangkan – prinsip bekalan dan permintaan asas. Oleh kerana pasangan-pasangan matawang minor mempunyai kecairan yang rendah, broker mengenakan spread yang lebih tinggi. Kebanyakan pasangan matawang minor mempunyai spread di antara 10-20 pips. Sebagai petua, pasangan yang paling eksotik mempunyai spread yang tertinggi. Ia juga lebih sukar diramal turun naik kadar harganya.

Namun begitu, terdapat senario di mana mendagangkan minor benar-benar mempunyai faedah:

 • Bila seorang pedagang itu suka mengikuti trend. Pasangan silang (crosses) cenderung untuk membentuk trend yang lebih panjang dan lebih kuat berbanding pasangan-pasangan major.

 • Bila salah satu matawang dalam pasangan major menunjukkan sifat yang sangat meruwap. Pasangan minor boleh menawarkan peluang berdagang yang lebih baik di dalam situasi seperti ini. Contohnya, jika seorang pedagang itu keliru dengan dinamik dolar AS, beliau boleh dagangkan pasangan seperti GBP/CAD, lantas tidak ada perlunya lagi untuk menganalisa berita-berita daripada Amerika Syarikat. 

 • Bila seseorang pedagang mahu mengembangkan portfolio beliau untuk menambah kepelbagaian dengan mendagangkan pasangan-pasangan minor.

• Bila para pedagang mahu mendapatkan manfaat dari perbezaan kadar faedah di dua negara. Seseorang pedagang itu boleh membeli matawang yang kadar faedahnya lebih tinggi, dalam masa yang sama menjual matawang yang kadarnya lebih rendah. Minor-minor dalam Forex menawarkan banyak peluang untuk strategi sebegini.

Kelebihan utama berdagang dengan minor adalah anda boleh mempunyai lebih banyak instrumen Forex untuk diselidiki tentang kebarangkalian peluang berdagang yang tinggi. Kemeruwapan juga boleh jadi lebih tinggi pada instrumen sebegitu. Anda boleh elakkan perdagangan USD yang rumit dan sukar. Tambahan lagi, anda boleh mencapai lebih banyak dengan menganalisa pasangan-pasangan minor kerana mereka mempunyai trend yang jelas dan pergerakan mereka boleh diterangkan dengan logik berdasarkan pergerakan keluar masuk modal ke negara terbabit, perbezaan kadar faedah, dan selera risiko pelabur-pelabur antarabangsa.

majors_minors_2_-02.jpg

Apakah pasangan minor terbaik untuk didagangkan?

Untuk perdagangan trend klasik, yang paling digemari dan yang terbaik untuk didagangkan adalah pasangan-pasangan matawang yang mengandungi Yen: EUR/JPY, GBP/JPY, AUD/JPY, NZD/JPY. 

Anda akan terkejut bila mendapati, bahawa Yen Jepun telah terbukti sebagai pasangan matawang paling konsisten sepanjang tiga tahun lepas. Mendagangkan pasangan matawang yang mengandungi JPY memberikan peluang lebih cerah untuk untung berbanding pasangan-pasangan lain. 

Beberapa tip untuk dagangkan pasangan matawang minor:

1. Untuk menjadikan peluang keberjayaan anda lebih cerah, anda perlu mula dengan mendagangkan satu atau beberapa pasangan matawang, dan istiqamah dengan pilihan tersebut. Dengan cara ini, lebih mudah untuk anda uruskan dagangan dan maksimumkan keuntungan anda. 

2. Belajar sebanyak yang mungkin tentang pasangan matawang yang dipilih. 

Dalam perkataan lain, lihat pada suatu matawang dari segi latarbelakang politik, kewangan dan ekonominya. Cari maklumat tentang faktor-faktor fundamental yang menjadi kebergantungannya dan jika ia tertakluk kepada analisis teknikal agar anda boleh meramalkan turun naik maksimum harganya dengan tepat.  

3. Takrifkan sesi perdagangan bagi pasangan matawang yang dipilih dan rancang waktu kerja anda yang bersesuaian.

Walaupun benar pasaran Forex adalah pasaran terbuka 24 jam sehari, ada tiga sesi utama: sesi Tokyo, sesi London dan sesi Amerika Syarikat. Pasangan matawang dengan dolar AS turun naik dengan lebih rancak sewaktu sesi Amerika, begitu juga dengan Yen Jepun dan sesi Asia, dan seterusnya.

4. Ingatlah, tiada yang boleh menggantikan pengalaman berdagang. Lebih banyak anda berdagang, anda akan lebih mengenali pasangan matawang pilihan anda, sifat-sifat tersendirinya, dan kemungkinan turun naik harganya.  

Cubalah sekarang!

Baca lebih lanjut

  • 4737

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera