1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Gunakan carta-carta Forex untuk tindak balas yang lebih pantas ke atas perubahan dinamik harga
2024-06-07 • Dikemaskini

Gunakan carta-carta Forex untuk tindak balas yang lebih pantas ke atas perubahan dinamik harga

Bolehkah anda bayangkan apabila mempelajari statistik mudah di sekolah menengah atau di universiti betapa ia mungkin membantu anda menjadi pedagang Forex yang berjaya suatu hari kelak? Percaya atau tidak, carta-carta Forex adalah salah satu perkakas perdagangan paling berkuasa yang digunakan untuk membandingkan harga semasa dengan harga silam dan menduga pola serta pergerakan harga di masa hadapan. Mari kita lihat apa yang anda benar-benar perlu tahu untuk menggunakan carta Forex dengan paling efisien.

Carta Forex memaparkan dinamika harga pelbagai pasangan matawang berdasarkan data silam. Ia memberikan wawasan dan pola pasaran matawang yang sangat ampuh, membolehkan analisis teknikal dilakukan. Hakikatnya, para peserta pasaran menggunakan data-data carta untuk menentukan sama ada untuk membuka atau menutup posisi. Carta adalah instrumen optimal untuk menganalisa trend dan pola. Untuk pedagang-pedagang yang memahami carta, ia agak mudah untuk menjangkakan ke mana pasaran akan bergerak. 

Kebanyakan strategi  perdagangan Forex  sama ada berdasarkan kepada analisa carta. Carta Forex membolehkan faktor seperti kemeruwapan dan momentum dilihat dan difahami dengan sekilas pandang. Tanpa carta, adalah sangat sukar untuk menganalisa faktor-faktor ini dan membuat keputusan perdagangan yang bijak. Kebanyakan pedagang-pedagang yang terkenal menggunakan perkakas analisis teknikal seperti carta dan graf untuk membina strategi emas mereka dengan jayanya. Carta-carta tersebut mengandungi volum dagangan, korelasi harga dan volum, atau harga relatif kepada pelbagai indikator seperti momentum dan indikator kekuatan.

Kebanyakan pedagang Forex menggunakan platform MetaTrader 4, yang menyediakan tiga rupa cart Forex; carta garisan, carta bar, dan carta candlestick. Ketiga-tiga jenis carta ini adalah yang paling lazim digunakan dan sangat dikenali di dalam komuniti perdagangan Forex.

Carta garisan adalah sejenis carta yang menampilkan maklumat sebagai siri titik data yang disambungkan oleh segmen-segmen garisan. Ia adalah jenis carta yang asas dan lazim di banyak bidang. Ia adalah lanjutan dari carta taburan, dan dihasilkan dengan menyambungkan sejujuk titik-titik yang mewakili bacaan individu, disambung dengan segmen-segmen garisan. Carta garisan biasanya digunakan untuk memvisualkan trend data dalam suatu tempoh, lantas garisan ini biasanya dilukis secara kronologi. Kelebihannya adalah pada keringkasannya, ia membolehkan harga penutupan dalam satu tempoh dilihat dengan jelas dan mudah difahami. Harga ditunjukkan di bahagian tepi carta, dan tarikh ditunjukkan di bahagian bawah carta. Satu garisan menunjukkan harga penutupan bagi setiap tempoh rangka masa. 

graph2.png

Carta candlestick berasal dari Jepun zaman kuno. Ia pada mulanya digunakan oleh pedagang-pedagang beras Jepun untuk menjejak perubahan harga beras. Ketika ini, carta jenis ini adalah antara yang paling digemari di kalangan para pedagang. Maklumat yang diberikan oleh carta candlestick adalah sangat mirip dengan yang diberikan oleh carta bar. Setiap kandil mewakili satu rangka masa. Ia terdiri dari tubuh dan juga bayang. Tubuh adalah bahagian tebal kandil yang menunjukkan julat antara harga buka dan tutup jika tubuh diisi dengan warna itu bermakna harga penutupannya lebih rendah dari harga ia dibuka, dan jika tubuh kandil telus ia adalah sebaliknya. Dua garisan di setiap hujung tubuh dipanggil bayang. Ia menandakan harga tertinggi dan terendah di dalam tempoh masa yang sama.

graph1.png

Anda mungkin tertanya-tanya jenis carta Forex yang mana harus anda gunakan. Ada pelbagai perkakas teknikal yang membantu pedagang untuk menjangkakan pergerakan pasaran dan mengelak kebarangkalian rugi. Setiap jenis carta memberikan pedagang maklumat tertentu yang boleh digunakan untuk membuat keuntungan. Pilih antara pelbagai perkakas teknikal yang tersedia berdasarkan pelan perdagangan dan jangkaan anda.

Kebanyakan pedagang lebih gemar menggunakan carta candlestick kerana ia memberikan maklumat paling penting tentang pasangan matawang dari sudut pandang teknikal dengan persembahan terbaik, tetapi anda harus mencuba semua perkakas yang ada untuk mencari yang paling sesuai dengan anda. Tafsiran carta Forex yang baik membolehkan pembinaan strategi perdagangan yang efisien dan maju selangkah demi selangkah untuk mencapai sasaran kewangan dan cita-cita.

Baca lebih lanjut

  • 4966

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera