1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Sebab Akaun Forex Dibekukan Dan Apa Tindakan Yang Perlu Dilakukan
2023-09-25 • Dikemaskini

Sebab Akaun Forex Dibekukan Dan Apa Tindakan Yang Perlu Dilakukan

cover.png

Semasa berdagang Forex, anda mungkin berhadapan dengan situasi di mana akaun anda dibekukan. Artikel ini akan menerokai sebab-sebab mengapa akaun Forex boleh berhadapan dengan isu ini dan mencadangkan cara untuk menangani dan mencegahnya daripada berlaku.

Apakah itu Forex?

Forex, singkatan daripada forex exchange, ialah pasaran kewangan terbesar dan paling cair yang beroperasi 24 jam, lima hari seminggu. Ia melibatkan perdagangan pasangan matawang. Contohnya, jika pedagang yakin bahawa nilai euro akan meningkat berbanding dolar AS, mereka mungkin akan membeli EURUSD. Matlamatnya adalah untuk mendapatkan keuntungan daripada turun naik kadar tukaran antara dua matawang.

Apakah itu akaun yang dibekukan?

Akaun Forex dikatakan beku apabila pedagang kehilangan akses dan tidak boleh melaksanakan urusniaga perdagangan baharu, menguruskan urusniaga sedia ada, atau mengeluarkan dana. Situasi ini sangat mengecewakan dan memberikan tekanan kepada pedagang serta boleh menyebabkan mereka terlepas peluang dan berpotensi untuk mengalami kerugian kewangan.

Apakah sebab akaun Forex dibekukan?

Beberapa perkara boleh menyebabkan akaun dibekukan.

Pelanggaran syarat regulator

Broker Forex mempunyai peraturan bagi melindungi wang pelanggan mereka. Apabila pedagang membuka akaun, mereka bersetuju dengan beberapa peraturan, termasuk untuk mengesahkan identiti mereka melalui peraturan Kenali Pelanggan Anda (KYC, Know Your Customer). Jika broker mengesyaki terdapatnya penipuan, akaun akan dibekukan sehingga identiti pelanggan tersebut disahkan.

Kecurigaan terdapatnya perdagangan haram

Terlibat dalam aktiviti perdagangan haram, seperti pengubahan wang haram atau pembiayaan aktiviti pengganas boleh menyebabkan akaun Forex dibekukan. Broker dan pihak berkuasa bertanggungjawab untuk mengesan dan mencegah aktiviti sedemikian untuk mengekalkan integriti sistem kewangan.

Dana tidak mencukupi

Sebab biasa akaun Forex dibekukan adalah kekurangan dana untuk membuka pesanan atau melaksanakan panggilan margin. Apabila baki akaun pedagang jatuh di bawah aras margin yang sepatutnya, broker boleh membekukan akaun tersebut untuk menyekat kerugian yang lebih teruk daripada berlaku.

Masalah teknikal

Pedagang menggunakan platform perdagangan untuk melaksanakan perdagangan. Atas sebab yang berbeza, masalah teknikal boleh berlaku. Jika broker mengesyaki terdapat kesilapan teknikal yang mempengaruhi hasil perdagangan, mereka mungkin bertindak membekukan akaun tersebut untuk mengelakkan tindakan yang tidak disengajakan.

Broker berhadapan dengan isu undang-undang

Broker Forex mesti mematuhi undang-undang dan peraturan negara tempat di mana mereka beroperasi. Jika broker melanggar undang-undang ini atau berhadapan dengan masalah undang-undang, seperti bankrap atau sekatan undang-undang, akaun pelanggan-pelanggan mereka boleh dibekukan bagi melindungi kepentingan pelanggan.

Pelanggaran dasar broker

Setiap broker Forex mempunyai terma dan syarat yang perlu dipatuhi oleh pedagang. Melanggar syarat ini bermaksud akaun anda akan dibekukan. Sesetengah broker juga mungkin membekukan akaun yang tidak aktif atau disyaki digodam.

Reasons to Get Frozen in Forex and How to Resolve It_1200x675_1.png

Apa yang perlu dilakukan jika akaun Forex anda dibekukan

Berdepan dengan akaun yang dibekukan boleh membuat pedagang berasa tertekan, tetapi pedagang boleh mengambil beberapa tindakan untuk menangani situasi tersebut.

Kekal tenang dan hubungi khidmat pelanggan

Langkah pertama adalah untuk kekal tenang. Sikap panik hanya akan memburukkan keadaan. Hubungi khidmat pelanggan broker tersebut. Mereka boleh menjelaskan perihal pembekuan dan cara untuk menyelesaikannya. Khidmat pelanggan FBS tersedia 24/7 dalam 19 bahasa menerusi support@fbs.com.

Semak makluman atau pemberitahuan

Broker selalunya menghantar pemberitahuan atau makluman melalui e-mel atau platform perdagangan mereka. Semak sebarang komunikasi dari broker yang mungkin menjelaskan sebab-sebab akaun dibekukan.

Sahkan maklumat akaun

Pastikan semua maklumat akaun terkini dan tepat. Butiran lapuk atau tidak tepat boleh menjadi antara sebab mengapa akaun dibekukan.

Semak terma dan syarat

Baca terma dan syarat broker sekali lagi. Memahami dasar mereka boleh menjelaskan sebab mengapa akaun anda dibekukan.

Tangani isu margin atau dana

Jika pembekuan adalah disebabkan oleh dana yang tidak mencukupi atau keperluan margin, tambah deposit untuk mencukupkan dana anda. Ini boleh mempercepatkan tindakan untuk mengaktifkan semula akaun tersebut.

Dapatkan nasihat perundangan

Nasihat perundangan mungkin diperlukan jika anda yakin bahawa pembekuan tersebut adalah tidak adil atau anda tidak dapat menyelesaikannya. Pakar perundangan boleh membimbing anda untuk mengambil tindakan yang bersesuaian.

Cara mengelakkan akaun anda dibekukan

Pencegahan adalah penting jika ia berkaitan dengan pembekuan akaun. Pedagang boleh mengambil beberapa tindakan untuk mengelakkan perkara ini daripada terjadi.

Patuh pada keperluan kawal selia

Patuhi peraturan yang ditetapkan oleh pengawal selia. Ini termasuk amalan aktiviti perdagangan yang telus, penyimpanan rekod yang baik, dan elakkan manipulasi pasaran.

Lengkapkan pengesahan dan dokumentasi

Sahkan akaun anda dengan menyerahkan semua dokumen yang diperlukan oleh broker. Ini akan membantu pengesahan identiti dan status kewangan anda serta mengurangkan salah faham.

Elakkan panggilan margin

Pantau aras margin akaun anda dengan kerap. Elakkan panggilan margin yang tak dijangka yang disebabkan oleh dana yang tidak mencukupi dapat mencegah akaun anda daripada disekat.

Berdaganglah dengan broker yang bereputasi

Pilih broker yang dikawal selia dengan rekod prestasi yang boleh diandalkan. Broker-broker ini mempunyai kemungkinan yang lebih rendah untuk terlibat dalam amalan tidak beretika atau menghadapi isu undang-undang secara tiba-tiba yang turut memberi kesan kepada akaun anda.

Sentiasa hormati peraturan

Elakkan aktiviti perdagangan yang mencurigakan atau manipulasi harga. Tindakan sedemikian boleh membawa kepada pembekuan akaun dan tindakan undang-undang.

Kekal aktif

Log masuk ke akaun anda dengan kerap, walaupun anda tidak berdagang. Akaun yang tidak aktif boleh mencetuskan tindakan keselamatan, kerana broker ingin memastikan akaun tersebut tidak dikompromi.

Semak kestabilan platform

Isu teknikal boleh timbul tanpa diduga. Sentiasa ambil tahu tentang sebarang kemas kini platform atau gangguan teknikal untuk memastikan kelancaran perdagangan.

Kesimpulan

Akaun Forex yang dibekukan boleh mengganggu aktiviti pedagang dan menyebabkan tekanan yang tidak perlu. Dengan memahami sebab pembekuan akaun dan mengambil langkah proaktif untuk menghalangnya, pedagang boleh mengetahui selok-belok pasaran Forex yang kompleks dengan lebih efektif. Sentiasa bermaklumat, patuh kepada peraturan, dan memilih broker yang bereputasi adalah langkah penting untuk pengalaman perdagangan yang berjaya dan lancar di dunia dinamik Forex.

  • 1322

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera