Margin Account

Akaun Margin

Sebuah akaun margin adalah akaun perbrokeran yang membolehkan pelanggan menggunakan leveraj untuk membeli sekuriti. Ini bermakna pemilik akaun boleh berhutang dengan broker untuk membuat pelaburan. Peraturan margin dikawal selia oleh persekutuan, tetapi keperluan margin dan faedah boleh berbeza-beza di kalangan broker dan peraih.

MENCERAKINKAN Akaun Margin

Pembukaan akaun margin disediakan oleh kebanyakan broker dan ini memberikan anda kuasa membeli yang tinggi tanpa memerlukan pelaburan tunai yang banyak di pihak pedagang. Untuk memahami bagaimana akaun margin boleh membantu, pertimbangkan pelabur yang membeli saham berjumlah $50, di mana harga pasaran saham tersebut telah meningkat kepada $75 USD. Jika beliau telah membayar dengan tunai, pulangan bagi pelaburan beliau adalah 50%, satu angka yang bukan kecil Bagaimana pun, seandainya beliau membayar $25 USD secara tunai dan $25 USD menggunakan dana yang dipinjam menerusi margin, pulangan beliau adalah 100%. Beliau masih perlu membayar balik wang yang beliau pinjam, tetapi dengan mengulangi pinjaman margin untuk beberapa pembelian, beliau akan meningkatkan keuntungannya, asalkan harga saham tersebut meningkat.

Pro dan Kontra Akaun Margin

Akaun margin ditawarkan oleh broker-broker yang membenarkan para pelabur untuk meminjam wang untuk membeli sekuriti. Pelabur boleh membayar hanya 50% dari harga pembelian dan meminjam selebihnya dari broker. Broker mengenakan faedah kepada pelabur tersebut untuk hak meminjam wang dan menggunakan sekuriti tersebut sebagai cagaran. Bagaimana pun, di dalam pasaran yang meruwap, broker boleh mengira nilai akaun pada waktu penutupan dan mengira panggilan pada hari berikutnya secara masa-nyata. Pinjaman margin berpotensi menjadi perkakas bernilai dalam situasi yang betul, tetapi waspada yang ia boleh menggandakan keuntungan dan juga kerugian.

Apabila ekuiti akaun anda merudum dan anda berada di bawah ambang margin penyelenggaraan broker anda, broker berhak untuk mengeluarkan "Margin Call". Margin Call mengatakan bahawa broker anda boleh melepaskan pegangan posisi anda tanpa izin anda untuk mendapatkan dana mereka semula, atau mereka boleh meminta anda untuk mendepositkan modal tambahan ke akaun anda agar anda berada di atas paras ambang margin penyelenggaraan.

Pembelian menggunakan margin biasanya dilakukan untuk pelaburan jangka pendek disebabkan oleh caj faedah. Margin berfungsi dengan baik bila pelaburan meningkat nilainya tetapi ia melumpuhkan bila nilainya menurun. Kerana itulah akaun margin lebih sesuai untuk pelabur yang sofistikated yang mahir dalam tuntutan dan risiko tambahan pelaburan.

Peraturan Persekutuan Berkenaan Akaun Margin

Rizab Persekutuan menghadkan amaun yang boleh dipinjam menggunakan margin sehingga 50% dari nilai pembelian. Akaun margin perlu bila menjual saham secara short, dan biasanya digunakan oleh mereka yang mahu meleverajkan pelaburan mereka, bukan mereka yang tidak mampu membeli sekuriti pada harga penuh.

Selain dari itu, akaun margin tidak boleh digunakan untuk membeli saham menggunakan margin untuk akaun persaraan individu (IRA), akaun Uniform Gift to Minor (UGMA), saham amanah atau lain-lain akaun amanah; akaun-akaun ini memerlukan deposit tunai. Tambahan lagi, akaun margin tidak boleh digunakan bila pembelian saham kurang dari $2,000; membeli saham terbitan awam awal (IPO); membeli saham pada kurang dari $5 sesaham, atau untuk perdagangan saham di mana-mana selain dari Bursa Saham New York (NYSE) atau Pasaran Nasional NASDAQ.

Walaupun penggunaan margin berleveraj tinggi boleh meningkatkan potensi keuntungan, para pedagang harus mempertimbangkan dengan cermat risiko dan kos penggunaannya sebelum membuka dagangan mereka.

Undur

2023-05-03 • Dikemaskini

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera